MAKANAN

Kedai Kek Yang Sedap Di Kuala Terengganu

May 16, 2014
Kek Yang Sedap di Kuala Terengganu

Kedai Kek Yang Sedap Di Kuala Terengganu | Perempuan dan kek memang tak dapat dipisahkan.Bagai isi dengan kuku.Tetapi jangan pula terkejut bila ada juga kaum Adam yang begitu fanatik dengan kek.Hehe.Adik saya contohnya begitu gemar akan apa jenis kek sekalipun.Tetapi bukan mudah nak cari kedai kek yang sedap di kawasan tempat tinggal kita.

Di Kuala Terengganu,bukan lagi satu masalah bagi saya dan keluarga untuk mencari kedai kek yang sedap memandangkan kami sendiri sudah tinggal di kawasan yang sedang membangun dan boleh dikatakan setiap bandar ada kedai kek.Bagi mereka yang masih tercari-cari kedai kek yang sedap di Kuala Terengganu,bolehlah berkunjung ke SweetPea Bakery yang terletak di Paloh Sungai Kiat,Kuala Terengganu.Kedai kek ini dahulunya hanya beroperasi di rumah,tetapi kini tampil dengan perubahan baru dengan pembukaan kedai offline  pertama mereka yang berkonsepkan English Style.

kedai kek sedap di kuala terengganu

kedai kek sedap di kuala terengganu

 

Boleh dikatakan sebulan tu,hampir 6-7 kali saya pergi.Memang tak puas makan kek diorang ni.Roti di kedai Kek SweetPea Bakery ni juga tak kurang hebatnya.Roti yang lembut dan rangup memang buat sesiapa sahaja terangkat.Satu memang tak cukup.Antara kek sedap yang pernah kami sekeluarga beli ialah:

 

Tu baru sebahagian.Hehe.Banyak lagi yang kami sekeluarga pernah beli tapi tak sempat nak snap sebab dah gian nak makan kek sedap.Di Kuala Terengganu,memang susah nak jumpa yang betul-betul kena dengan citarasa kita.Ada juga dah jumpa yang sedap,tapi servis pula mengecewakan.Sekali dua boleh di telan,kali ketiga keempat memang tak boleh nak telan dah.Rela merangkak pergi cari kedai lain.Dah jumpa kedai kek yang sedap ni memang melekat la sampai bila-bila.Hehe.

Antara kek yang paling laris di SweetPea Bakery ini ialah Cheese Lemon Cake,Rainbow Cake,Donut gebu,Servis dan perkhidmatan yang diberikan oleh staff di SweetPea Bakery juga tidak mengecewakan.Murah dengan senyuman dan layanan yang sangat mesra membuatkan kami sekeluarga tidak jemu untuk singgah di SweetPea Bakery.

Saya berani jamin anda pasti takkan menyesal untuk singgah di SweetPea Bakery.Memang terbaik!

Maklumat Lanjut:

SweetPea Bakery (KLIK)
013-9235592 / 0139235590

Kek Yang Sedap di Kuala Terengganu

Peta Lokasi SweetPea Bakery

 

Ihsan Gambar:SweetPea Bakery

You Might Also Like

6 Comments

  • Reply Azhafizah May 17, 2014 at 9:21 AM

    nampak sedap! decoration kek pun cantik n suasana kedai pun best je nak masuk 🙂

  • Reply liyliz yusof Jun 20, 2014 at 5:32 PM

    uish lama tk mkn cakes.

  • Reply dee Aug 1, 2015 at 6:00 PM

    bleh tk range harge sis ?? btw kt stu mhal tk ??

  • Reply dee Aug 1, 2015 at 6:04 PM

    btw ad tk harge dye dlm 50 mcm tu.. nk beli for my mom befday

  • Reply Tempahan Kek Sedap Di Kuala Terengganu - Dunia Farisya Oct 22, 2016 at 6:48 PM

    […] Tempahan Kek Sedap Di Kuala Terengganu […]

  • Leave a Reply