KESIHATAN

Ephyra Pilihanku Phase 2 : Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra

May 12, 2014
ephyra

ephyra

Ephyra.Kali pertama saya mendengar mengenai Ephyra adalah melalui pembacaan dari blog Eyriqazz.Ketika itu saya tertanya-tanya.

Apa kehebatan Ephyra?

Produk Ephyra ni berkesan sangat ke  sampaikan ramai blogger review?

Produk ni dah lama ke?

Pelbagai persoalan bermain jauh di sudut pemikiran.Sehinggalah Denaihati Network membuka peluang kepada semua blogger untuk menyertai Contest Review Ephyra Phase 1 Untuk Peserta Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 di mana semua peserta berpeluang untuk mendapat satu kotak Ephyra sebagai bekalan selama 30 hari.Pucuk dicita ulam mendatang.Tanpa berfikir panjang,saya membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam Contest Ephyra Phase 1 ini.

Kenapa Saya Pilih Ephyra?

Pada awal penyertaan lagi,saya sudah berniat untuk menghadiahkan kepada Abah saya sekotak Ephyra hasil daripada penyertaan ini.Untuk pengetahuan pembaca juga,Abah saya disahkan menghidap penyakit Varicose Vein.Bermula dari luka yang kecil dibahagian kaki,akhirnya melarat teruk ditambah pula dengan suasana kerja Abah yang tidak menentu.Proses penyembuhan luka Abah tidak begitu memberansangkan.Pelbagai jenis rawatan dan ubat telah diikhtiarkan oleh kami sekeluarga.Sebab itulah saya membuat keputusan untuk membantu Abah melalui cara ini,dengan mencuba Ephyra.

EPHYRA

Saya nekad memilih Ephyra kerana Ephyra dikatakan mampu mengatasi masalah proses pemulihan yang lambat.Dalam entri kali ini,saya tidak ingin untuk menceritakan mengenai Ephyra.Tetapi hari ini saya ingin berkongsi perubahan yang dilalui oleh Abah saya setelah 30 hari menggunakan Ephyra.

Tiada Lagi Rintihan ‘Anak Kecil’

Setiap malam apabila pulang dari tempat kerja,Abah selalu merungut kesakitan di bahagian kakinya.Anak mana yang tidak sedih melihat si Ayah merintih kesakitan seperti anak kecil.Apa yang saya mampu buat ketika itu hanyalah berdoa dalam hati yang pilu semoga Allah menghapuskan dosa-dosa kecil Abah  dengan kesakitannya itu.Alhamdulillah,setelah menggunakan Ephyra,tiada lagi rintihan kesakitan dari Abah.Hati saya juga bertambah gembira melihat perubahan Abah.Ternyata Ephyra mampu membantu mengurangkan kesakitan Abah saya.

Tidur Lebih Lena Dan Nyenyak

Pernah pada suatu pagi,Abah merungut tidurnya tidak nyenyak akibat kesakitan yang dirasakan di bahagian kakinya.Saya terkedu kerana di saat saya sedang nyenyak tidur di dalam bilik,rupanya Abah sedang bertarung dengan kesakitannya sehingga tidak mampu melelapkan mata.Suasana pilu menyelubungi diri saya ketika itu.Tetapi dengan penggunaan Ephyra pada hari pertama,malamnya Abah dapat melelapkan matanya.Tidurnya kini lebih nyenyak dan cukup.Abah juga semakin bertenaga tiap kali bangun dari tidur.Tiada lagi wajah kelesuan di pagi hari.Hidup kami sekeluarga lebih ceria sejak Abah semakin sihat.

ephyra
 

Bebas Sakit Sendi

Bila umur sudah mencapai 50-an,sakit sendi atau Artritis merupakan perkara biasa bagi mereka.Abah juga tidak terkecuali malah sakit yang ditanggung lebih parah ditambah dengan kesakitan dibahagian kakinya.Sakit sendi boleh diatasi dan dicegah dari awal melalui penjagaan yang betul dan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi kolagen.Kolagen membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi serta menguatkan rambut dan kuku.Abah juga kini sudah tidak merungut sakit sendi sejak Ephyra menjadi peneman setianya.Terima Kasih Ephyra!


Sakit Bukan Penghalang

Sakit bukan penghalang bagi Abah melakukan aktiviti sehariannya.Sebelum mengambil Ephyra,Abah kelihatan tidak bertenaga dan cepat letih setiap kali melakukan kerja.Tetapi hidup Abah kini berubah sejak Ephyra muncul dalam hidup dia.Abah juga kelihatan semakin bersemangat dan cergas setiap kali hendak melakukan kerja seharian setelah mengambil Ephyra setiap pagi.Ternyata Ephyra banyak membantu Abah saya.Ephyra memang berkesan!

Testimoni Ephyra

Perubahan Kaki Abah Sebelum dan Selepas menggunakan Ephyra

Keluarga Lebih Ceria Dan Muafakat

Sejujurnya,sejak Abah mulai sakit dibahagian kaki,aktiviti kami sekeluarga agak terbatas.Kami tidak boleh pergi ke tempat yang jauh.Balik ke kampung Tok Wan juga agak sukar.Boleh dikatakan sepanjang Abah sakit,hidup kami sekeluarga sudah hilang keserian bergelak ketawa bersama-sama.Hidup Abah juga lebih banyak termenung dan senyap.Itu yang merunsingkan kami sekeluarga.Alhamdulillah,Allah Maha Kaya dan Maha Mendengar dan DIA tunjukkan kami jalan kepada Ephyra.Tiada yang kebetulan di atas dunia ini kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah.Ada hikmahnya saya menyertai Contest Ephyra Phase 1 yang lalu.Akhirnya saya dapat membantu mengembalikan ‘sedikit’ aura keceriaan dalam keluarga sejak Abah menggunakan Ephyra.Terima kasih Ephyra kerana anda bukan sahaja membantu dari segi lahiriah,malah secara rohaniah juga!

C360_2014-05-12-15-18-45-299

Itulah sedikit sebanyak perubahan yang dirasakan oleh Abah dan kami sekeluarga sejak Ephyra muncul dalam hidup kami sekeluarga.Walaupun baru menggunakan Ephyra selama 30 hari,tetapi Allah Maha Kaya,DIA lah yang berkuasa menyembuhkan semua penyakit.Tiada kata selain Alhamdulillah,Allahuakbar,Subhanallah kerana Allah telah hadirkan ‘secebis rasa’ untuk kami mencuba Ephyra bagi menyembuhkan Abah.Sekali lagi,syabas dan jutaan terima kasih kepada Ephyra kerana memberi kebaikan dan manfaat kepada ramai orang termasuk kami sekeluarga.

ephyra

Semoga Ephyra terus maju!

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.” (Riwayat Abu Sunnah)

E-EPHYRA

P-PELENGKAP

H-HIDUP

Y-YANG

R-RESPONSIF

A-AKTIF

TERIMA KASIH EPHYRA!

Laman rasmi:www.oceanlife2u.com
Facebook:Oceanlife2u
Twitter:
@ephyra2u
Instagram:@ephyra2u
Youtube:OceanLife Ephyra

You Might Also Like

27 Comments

  • Reply KiD May 12, 2014 at 3:59 PM

    wow!!! kesan yang cukup bagus.. moga ayah farisya terus gunakan Ephyra..

  • Reply Azhafizah May 12, 2014 at 4:57 PM

    Alhamdulillah..dengan izin Allah luka kaki abah syira dan kesihatan bertambah baik dengan pengambilan Ephyra. harap² dapat kembali pulih sepenuhnya..aminnn

  • Reply aku penghibur May 12, 2014 at 7:21 PM

    wahh nampak keberkesanannya ^_^ alhamdulilah dengan izinNya

  • Reply Farid Laham May 12, 2014 at 9:21 PM

    alhamdulilah perubahan kaki makin baik dan ayah farisya makin pulih..semoga kaki ayah farisya cepat sembuh sedia kala amin ya Allah

  • Reply Sabree Hussin May 13, 2014 at 8:38 PM

    Alhamdulilah, ada kesan positif disitu nampaknya. Teruskan menulis kebaikkan penggunaan produk ni, mesti ramai yang masih tak tau tentang kebaikkan jadi pengguna produk ni

  • Reply Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari May 14, 2014 at 9:42 PM

    […] Farisya Anastasia- 3rd Tempat Ketiga 1 Kotak Pek Premium Ephyra (30 sachets) bernilai RM197 + RM100 cash + Tshirt eksklusif Ephyra […]

  • Reply Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari | PautanPautan May 14, 2014 at 11:39 PM

    […] Farisya Anastasia- 3rdTempat Ketiga1 Kotak Pek Premium Ephyra (30 sachets) bernilai RM197 + RM100 cash + Tshirt eksklusif Ephyra […]

  • Reply akuzle ayu May 14, 2014 at 11:53 PM

    Patutlah layak menang nombor 3. Usaha yg hebat. Alhamdulillah bila ayah dah sihat, anaklah org yg paling happy kan? Tahniah, dik!

  • Reply Faizal Fredley May 15, 2014 at 2:17 AM

    tahniah menang…ehem ehem..bila nak belanja aku ni..hheheeh

  • Reply lin azlina May 15, 2014 at 9:37 AM

    tahniah…
    bagus ephyra ni erk…

  • Reply Hanim a.k.a Kenit May 15, 2014 at 12:19 PM

    Alhamdulilllah, berkesan Ephyra pada luka juga kan dear. Tahniah di atas kemenangan Farisya dan salam perkenalan dari saya 😀

  • Reply AkmaOmar May 15, 2014 at 7:07 PM

    Sebagai anak sekurang2nya syirah dapat membantu abah kurangkan sakit yg dia tanggung. Sedih dan gembira akak baca artikel ni.

    Always be a good daughter okay muahhh

  • Reply Kamil Salleh May 16, 2014 at 12:35 PM

    Salam… tahniah kerana berjaya berada di tempat ke-3. Semoga Farisya terus berseri dan sihat dgn Ephyra. Dptlah meneruskan minum Ephyra yg sentiasa berkesan.

  • Reply Cik Nad May 18, 2014 at 11:38 AM

    tahniah syira menang no 3 tuh hebat!

  • Reply eyriqazz May 28, 2014 at 2:01 PM

    Alhamdulillah,….Sayapun dah berjaya pujuk isteri sekali untuk cuba ephyra…so far, memang puas hati..

  • Leave a Reply