Macam Mana Nak Hilangkan Senggugut? | Senggugut bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini.Senggugut bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal atau akhir datang bulan.
Bagaimana cara nak hilangkan senggugut ini?Saya sendiri sering mengalami simptom senggugut ini tiap kali datang bulan dan simptom senggugut ini kadang-kadang menyukarkan pergerakan saya dan membuatkan aktiviti harian semakin terbatas.Tetapi jangan diturutkan sangat perasaan sakit tu.Kena juga ikhtiarkan cara untuk hilangkan senggugut ini.
Apa yang saya buat untuk hilangkan senggugut ialah mengikut cara ibu yang bersalin berpantang.Macam mana?Mudah sahaja hanya perlukan:
- Stokin
- Kain Batik (Sekiranya berada di rumah)
- Seluar yang longgar/Loose (Sekiranya berada di tempat kerja)
- Minyak Panas
Sekiranya berada di rumah,rehat secukupnya dengan hanya berbaring di atas katil secara santai dan memakai stokin dan kain batik serta meletakkan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang.Pastikan posisi baringan dalam keadaan biasa dan tidak mengiring ke mana-mana bahagian.Pendek kata,baring seperti ‘mayat’.Kenapa perlu baringan seperi itu,hal ini kerana supaya mana-mana anggota di bahagian suprapubik tidak ‘tertekan’ atau ‘stress’.Pastikan anda rehat atau tidur dalam 1-2 jam (bergantung).
Seandainya ‘hari biasa/jangkaan senggugut‘ anda adalah hari anda bekerja,jangan lupa untuk memakai stokin dan seluar yang ‘loose’ bagi mengelakkan bahagian suprapubik anda daripada ‘stress’.Jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang anda.Cuba sibukkan diri dengan kerja seharian di pejabat atau tempat kerja,InsyaAllah perasaan sakit ketika senggugut akan hilang dengan sendirinya.
Kalau nak diterangkan secara fisiologikal mengenai cara yang saya buat untuk hilangkan senggugut ni memang panjang ceritanya.Jangan bimbang kerana cara yang saya amalkan ini sedikitpun tidak memudaratkan kesihatan diri.Alhamdulillah,senggugut saya pun semakin berkurangan setiap kali saya amalkan cara sebegini.Bangun tidur je,memang rasa segar sangat sebab kaki pakai stokin,perut pun selesa bila hanya mengenakan kain batik sahaja.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tips yang saya berikan untuk hilangkan senggugut ketika datang bulan.InsyaAllah,senggugut anda akan beransur-ansur pulih.Utamakan petua tradisional terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan moden yang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Selamat Mencuba!
p/s:Petua ini telah dilakukan oleh saya sendiri dan tidak meniru dari mana-mana pihak.Terima kasih.
29 Comments
Kalau akk, kena senggugut blasah air yogurt bliss Nestle jer. Alhamdulillah, setakat nie memang menghilang kan kesakitan . Cuba lah . X kisah apa2 perisa.
nanti nak cubalah ,.hehe
Senggugut ni lelaki tak kena kan?
perempuan je.
ohh..macam itu..barulah gua tahu nih..
boleh share dekat bakal wife sifu.haha
selamt mencuba, kalau senggugut teruk sampai pening, tak boleh buat apa-apa.
yang macam tu memang kena rehat habis
Nak cepat dan berkesan kalau berada diluar. sis hanya ambik panadol menstrual je….:)
syirah tak boleh amik tablet..tak suka makan tablet.dari kecik agi
adik kakda setiap bulan senggugut..nanti boleh suggest kat dia tips ni..
cuba taw.jangan tak cuba
ohh baru tahu pakai stokin dan pakai kain batik atau seluar loose boleh hilangkan sakit senggugut..tq syirah share tips..selalu dok tahan je..huhu
Jangan tahan.cari inisiatif legakan sakit tu
Menarik. Biasa saya ‘iron’ kat bahagian yang sakit tu >_< Macam bertungku juga kan 😀
Pernah dengar tips iron tu.Kawan saya pernah buat.hehe
Ohhh macam ni caranya…nak try test lahhh…
Cuba jangan tak cuba
Masa bujang dulu ambil pill menstrual je untuk tahan sakit.. atau minum air teh halia..
cuba elakkan pengambilan ubat pil.cuba kaedah tradisional terlebih dahulu.
Thanks for the tips..
Kalau tgh senggugut…ape ye yang kita xboleh mkn….
Kalau tgh alami senggugut….ape yang xboleh dimakan
Kawan saya bagitau makan telur separuh masak beberapa hari sebelum period utk elak senggugut. Bila dah cuba dan berkesan juga.
Rupanya ada rahsia kenapa telur boleh kurangkan sakit senggugut:
Cara hilangkan senggugut dengan telur, apa sebabnya?
kebetulan haritu saya ada makan telur separuh masak.tp dua biji je.hehe.kurang la jugak
terima kasih atas tips yang dikongsi. lepas ni boleh cuba jika kena senggugut..
Senggugut memang sakit.
bagi yang tak tahu cara nak hilangkan senggugut mesti dah lama terus je ambik painkiller.
Thanks Kak shira.Mungkin sya bleh cuba lps ni.
Waaa tq for sharing. dah lama cari doa datang bulan tu.