SEMBANG SANTAI

Berapakah Nilai RM10 Pada Kita?

May 6, 2014
ayah

duit rm10

Berapakah nilai RM10 pada kita?

Makan tengahari ini boleh sepinggan nasi beriani.”
“Oh topup lepas untuk 2 hari.”
“Emm nak belanja rakanlah, semalam dia tolong isi borang.”
“Alah…RM10 je pun…apa yang boleh dapat zaman sekarang ni?”

Hendak tambah nilai pada RM10 ini?

Minggu lepas penjawat awam dah gaji, sudah transfer RM10 ke akaun ibubapa? Atau bagi tunai hari ini ditangan mereka? Besarkah nilainya?

“Takkan RM10 je nak bagi…”

Tahukah kita mereka tidak pernah memandang nilai yang tertera diatas kertas keramat itu. Apa yang mereka tahu adalah ucapkan “Alhamdulillah syukur, murahkanlah rezeki kamu sekeluarga…”

Dan percayalah…Doa mereka itulah sebenarnya nilainya….yang tidak ternilai.

*Bila ibubapa sudah tiada,mulai saat itu kita sudah tidak dapat lagi doanya.Jangan tunggu hingga saat itu.

Credit:Wanita Segalanya

 

doa ibu bapa

Sekadar perkongsian yang saya rasa patut semua pembaca sedar akan kebenaran cerita di atas.Saya sendiri sejujurnya mengaku tidak mampu membalas segala penat lelah ummi dan abah membesarkan kami adik beradik.Walaupun kekayaan yang Allah bagi melimpah ruah sampaikan tidak habis untuk dibelanjakan,jangan sampai biarkan ibu ayah kita kelaparan di rumah.Ingat pesan ini.

You Might Also Like

14 Comments

  • Reply Azhafizah May 6, 2014 at 10:29 AM

    walaupun nilai matawang makin kecil nilainya tapi yang kecil tu lah kadangΒ² boleh jadi besar kan..hargai duit dan salurkan kepada tempat yang sepatutnya

  • Reply eyriqazz May 6, 2014 at 1:43 PM

    Memberi kepada ibubapa antara tips murah rezeki..saya dah amalkan sejak zaman belajar..Alhamdulillah…. the more we give, the more we will get…

  • Reply akubiomed May 6, 2014 at 10:20 PM

    NIlai RM10 untuk saya adalah lepas untuk makan tengahari dan isi minyak motor. Kalau nak jimat lagi dengan tidak makan tengahari. πŸ™‚

  • Reply Amirul May 8, 2014 at 5:29 PM

    RM10 bagi saya masih nilainya tinggi. Boleh makan tengahari dan malam. Cukuplah tu… Alhamdulillah

  • Reply Pondok Papan May 8, 2014 at 11:42 PM

    Betul tu..nilai tidak bermakna pada mereka..yang penting ingatan si anak padanya..hehe

  • Reply Sabree Hussin May 13, 2014 at 8:42 PM

    Alhamdulilah, bagus peringatan ini. Ringkas, padat dan tepat ke hati

  • Reply syaifuddin alias May 14, 2014 at 10:04 AM

    sangat betul..tapi bagi saya RM10 nilai dia beli nasi ayam 2 bungkus dan 1 air teh o..hehe

  • Reply cik amal May 15, 2014 at 3:57 PM

    seringgit pun dikira banyak.. tercari2 dalam beg bila da terdesak.. lagi pulak rm10…

  • Leave a Reply