Macam Mana Nak Buat Lab Test Produk? | Alhamdulillah.Itu perkataan FA nak ucapkan kerana Allah permudahkan urusan FA satu persatu dalam merealisasikan ‘impian’ yang tidak dirancang suatu ketika dahulu.Jadi hari ni FA nak berkongsi dengan semua pembaca macam mana nak buat lab test produk yang dikeluarkan oleh syarikat kita sendiri.
Pada mulanya sebelum FA nak buat lab test produk ni,FA banyakkan membuat survey di laman web dan blog.Tapi kesal sebab tiada satu pun yang dapat memberikan informasi yang tepat mengenai bagaimana nak memohon ujian makmal untuk produk kita.Produk yang FA keluarkan ialah Rempah Ayam Madu.Jadi FA akan terangkan cara untuk memohon lab test produk yang sewaktu dengannya.Kalau produk selain dari kategori makanan dan minuman,FA cadangkan korang untuk buat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkenaan mengenai lokasi untuk memohon lab test bagi produk tersebut.
Tempat Untuk Buat Lab Test Produk
FA memilih MARDI Serdang sebagai tempat untuk memohon ujian makmal ke atas produk Rempah Ayam Madu keluaran FA dan ummi.Selain tu korang boleh pergi mana-mana cawangan MARDI berdekatan korang.Ada dua pilihan di sini bagi ujian makmal produk kategori makanan dan minuman ni.Kalau korang nak buat yang basic sahaja pun boleh.Nak buat yang lebih spesifik pun boleh.Bergantung kepada keperluan.FA hanya buat yang basic sahaja sudah memadai.Andai kata FA berkeinginan untuk membuat ujian makmal yang lebih spesifik,FA difahamkan oleh pegawai yang bertugas bahawa FA boleh memohon sedemikian di kemudian hari.
Harga Bayaran Untuk Lab Test Produk
Memandangkan FA hanya memilih ujian makmal yang basic sahaja untuk produk Rempah Ayam Madu tu,jadi bayaran yang dikenakan hanyalah RM125 sahaja untuk caj proses.Mula-mula FA ingatkan mahal. *Takut jugak mahal sebenarnya.hehe* . Tetapi sekiranya korang nak tambah / add-on ujian makmal yang lain,korang akan dikenakan caj tambahan untuk ujian makmal tersebut.Harga untuk setiap ujian makmal adalah berlainan.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Lab Test Produk
Bagi memudahkan proses permohonan ujian makmal korang nanti,korang hanya perlu memuat turun borang yang diperlukan untuk ujian makmal tersebut di laman rasmi MARDI.Bergantung kepada produk korang tu nanti.Tetapi sekiranya korang malas nak download siap-siap,korang boleh dapatkan borang tu di Makmal Analisis Makanan MARDI tu nanti.Masa tu korang boleh isi dan hantarkan sekali.Jangan lupa bawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat SSM dan sampel produk korang 500 gm dan ke atas untuk memudahkan proses permohonan.
Tempoh Siap Keputusan Lab Test Produk
Masa yang diambil untuk memperoleh keputusan ujian makmal produk adalah 14 hari waktu bekerja.Tempat yang FA pergi haritu siap dalam tempoh seminggu je.Kalau korang duduk jauh,korang boleh mintak pihak MARDI untuk poskan sijil keputusan ujian makmal produk korang ke rumah.Tapi pastikan rumah korang tu sentiasa ada orang dan peti surat tu tak terkena hujan.Jadi tak perlu korang bersusah payah pergi ke sana banyak kali.Tapi FA lebih memilih untuk ambil sendiri. 🙂
Layanan Terbaik Dari MARDI SERDANG
Alhamdulillah,sepanjang proses permohonan ujian makmal untuk produk Rempah Ayam Madu ni,FA diberikan layanan yang sangat baik dari pihak MARDI SERDANG.Pada mulanya susah nak cari MARDI SERDANG ni memandangkan landmark dia adalah UPM.Sampai dua kali tawaf dalam UPM tu.Hehe.FA selesa sangat dan sangat berpuas hati dengan servis mereka.
Semoga korang faham apa yang FA terangkan ni ye.Ilmu dikongsi bersama.Doakan FA berjaya dunia akhirat.
Terima kasih sudi baca entri FA 🙂
21 Comments
wahh terima kasih ilmunya farisya
Sama2 acik 🙂
Alhamdulillah..bagus jugak syirah share ni boleh bantu mereka yang baru nak start biz jugak..Moga biz Syirah dan mak syirah terus maju ye..aminnn
Amin.Terima kasih atas doanya 🙂
kebetulan saya nak buat test utk madu lebah saya. puas cari info dekat sini je jumpa.. terima kasih kongsi info.. nice blog.. ?
terima kasih. next week nak pergi mardi. dah tak tahan kena kutuk. may allah bless u sis.
salam..tq for d info..nak tau,ape yg die cover utk lab test ni ye?mcm bape lame produk ni bole tahan ke?ke cmne?
Terima kasih atas maklumat yang berguna ini!! semoga di permudahkan semua urusan
Kalo nak buat lab test utk sabun muka boleh buat kat mardi tak?
Wow, thanks FA sebab kongsi pengalaman buat lab test tu. Bagi yang tak pernah buat tu, sedikit sebanyak info ni berguna jugak. Semoga sukses!
Faa, kalau lab test herba boleh ke kat situ?
boleh jugak 🙂
admin, maaf bertanya
test ini untuk apa ya
kalau mahu tarikh luput makanan kne buat test ini or test lain
harap dapat membantu
Salam fa…kalau nak tahu expired produk kita skali boleh ke
Assalam… saya ada buat product herba kecil2lan d rumah, nak tanya di mardi ni test untuk kandungan product kita saja ke? Saya nak tahu macamana product liquid saya bolih tahan lebih lama without putting in the fridge.
Boleh jugak g Mardi tuk khidmat nasihat dari segi ketahan produk.. ?
kalau untuk pewangi kereta boleh .. nak buat lab test
tak pasti pulak.kena call tanya
Assalamualaikum.. nak tanya sikit.. test ni untuk dapatkan nutrition fact kat yang tampal kat produk kita tu kan
wsalam.ya betul tuan.
macam mna nak dpat kan borang dia ye?? sye tak boleh dpatkan borang dia pon