Home SEMBANG SANTAI Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam

899
74
SHARE

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam | Hari ni tetiba datang mood rajin nak buat entri macam mana nak isi borang SPA.Tapi ramai lagi tak tahu apa itu SPA ni.Terutamanya lepasan SPM.Ramai yang ingat SPA ni hanya untuk orang yang nak bekerja sahaja.Sebenarnya,SPA ni iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ni juga turut menyediakan kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan yang sewaktu dengannya.Ada syarat-syaratnya.

Tapi hari ni FA cuma nak ajar macam mana nak isi borang SPA sahaja.Kalau yang berkaitan dengan syarat tu,korang pergi laman web rasmi nanti.

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam

1.Buka Laman Web rasmi SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (KLIK)

2.Kemudian Klik Button seperti yang dinyatakan dalam gambar ini:

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam
Sebelum nak tekan tu,pastikan korang ada email yang aktif

 

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam
Daftar Akaun Baru Untuk Pengguna Kali Pertama

 

cara isi spa3

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam
Untuk Lepasan SPM SAHAJA,korang Klik terus kepada SEPARA PERUBATAN

Untuk adik-adik lepasan SPM,FA sangat menggalakan korang semua untuk isi SPA ni.Isi bahagian Separa Perubatan.Tetapi jangan salah faham pula,bukan bermakna korang akan terus kerja bila dapat SPA ni.Tetapi korang akan dihantar menjalani latihan teori dan praktikal selama 3 tahun di kolej Kementerian Kesihatan.Korang akan belajar macam budak Diploma lain,tetapi korang akan berada di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

Dari segi yuran dan duit poket pula,korang tak perlu risau jugak.Setiap bulan korang akan dapat elaun sara diri.Tetapi berapa jumlahnya FA tak berapa pasti.Dari segi peluang pekerjaan selepas habis belajar nanti,korang juga tak perlu risau.InsyaAllah akan terus diserap ke pusat kesihatan dan hospital kerajaan.Di ruangan ini juga,korang akan diberi pilihan kursus latihan diploma yang sesuai dengan kelayakan result korang.Maknanya sistem dah tapis siap-siap kursus apa yang korang layak untuk isi sesuai dengan result yang korang masukkan tadi.

 

Cara Nak Isi SPA-SuruhanJaya Perkhidmatan Awam
Jangan Lupa Tekan Butang PEngakuan Diri

Selepas dah siap isi ruangan ‘Jawatan Dipohon’ tu,korang terus pergi ke ‘Pengakuan Pemohon’.Di bahagian tersebut,korang periksa balik jawatan yang korang mohon.Betul ke tidak.Jangan tersalah mohon pulak.Dah betul kesemuanya,terus klik ‘Saya Setuju’ dan tekan butang ‘Hantar’ .

Siap!

Ya.Dah siap.Simpan atau print ‘Resume’ permohonan tu.Klik ‘Resume’.Tujuannya sebagai rujukan di masa akan datang.Selesai mengisi kesemua butiran tadi,hantar pun sudah.Korang cuma tunggu panggilan temuduga dari SPA.

Ada yang akan dapat panggilan temuduga melalui surat,ada juga melalui semakan sendiri di SPA ni.Jadi,korang kena rajinkan diri untuk semak nama korang melalui laman web rasmi SPA ni.Di laman utama , ada disediakan pautan untuk menyemak status permohonan korang.Kebiasaanya,panggilan temuduga bagi latihan SEPARA PERUBATAN di buat 2 kali setahun.Panggilan temuduga kali pertama kebiasaanya pada pertengahan tahun iaitu sekitar bulan JUN dan panggilan kedua sekitar bulan NOVEMBER.Jadi,bersiap-sedialah ye adik-adik.

Ok.Selamat Mencuba!

NotaKecil FA:Penat buat cara ni.Janji adik-adik faham dah la.

74 COMMENTS

  1. Mintak ja semua, yang tak minat pun isi.
    Bukan apa, dah kalau time belajar pi temuduga dapat tawaran SPA ni tunggu apa lagi
    Berhenti belajaq kerja dulu, kan :)

    Elaun sekarang dapat info RM800, ok la tu, banyak dah tu dari sebelum ni. ‘Abang’ni haaa tak fokus SPA sangat dah, bergerak sendiri :)

  2. knapa saya x dpt mengisi jwatan separa perubatan sedangkan iklan tersebut telah keluar.dia menyatakan sila isi ruangan merah

  3. Salam. Saya nak tanya, kenapa ia saya punya kat status permohonan draf tu takde tulis jawatan yg dipohon, dan lain lain macam awak punya ea? Saya buntu ni..

  4. Assalamualaikum, nak tanya sikit. macam mana nak tau permohonan berjaya di hantar atau tak ? sebab saya dah klik hantar lepas baca pengakuan pemohon. lepas tu buka semakan permohonan tak keluar nama dan no. ic ? mohon pencerahan.

  5. salam…saya nk tnya skit…saya ni lepsan spm 2014 dan tringin nk smbung blaja kt SPA utk sesi 2015
    bila saya isi information bar seblah kiri tu xda la pulk sya nk isi “jawatan dipohon” mmng xda
    sya mohon sngt2 sesiapa yg bleh tlong sya…ni no hp sya (0195571737) whatsapp or wechat
    ~~tq~~

  6. Salam sis. Saya lepasan SPM2014. Adakah saya hanya layak untuk memohon separa perubatan? Adakah saya tidak layak untuk memohon jawatan yang ditawarkan untuk SPM/SPM(V)/SPVM? Thank you in advance :)

  7. Salam, nak tanya sikit sis. kenapa I tak dapat nak access ke SPA8i ya? mcm broken link. I already forgotten about my application through SPA8i since it was few years back when I create my profile there.

    Sekarang dah 3 tahun berkerja (not with gov.) tu mcm terkejut bila they sent me SMS and email, regarding an invitation to sit for their online examination next Friday. Anyone will be seating for the exam next week?

    Any tips sis wanna share with me? I think I’m gonna give it a try. Who knows, maybe ada rezeki working with gov :D

  8. salam … sy budak spm 2014 .. sy dah mohon spa8 tapi takde pun kat sebelah kiri jawatan yang dipohon .. masalah nye sy dah hantar permohonan tuh tanpe isi jawatan yang dipohon sbb sy baru kali pertama isi tak tahu apa-apa .. sy buntu sis tolong sy bole ? mintak num fon sis nak contact mintak pertolongan .. merayu ..

  9. sy nak tanya. sy sdah isi spa8 sjak 2012 lepas spm. jawatan yang sy pohon sangat banyak melebhi 15 jawatan. dan apabila sy update skarang(2015). sy x dpat pindah sekyen jawatan untuk spm, pmr dan separa sbb jawatan terlalu bnyk dipohon. so, mcmna mw sy boleh kurangkan jawatan tersebut??

  10. assalamualaikum , saya ada soalan , saya sedang menunggu result spm ni , spa ni boleh kita apply sebelum keluar result spm tak ? atau kena tunggu result keluar dulu ? , terima kasih ,

  11. salam.. kenapa bila dah isi semua tapi xkeluar button untuk hantar. dia save sebagai draf je.. maksudnya apa yang kita isi niesemua belum dihantar. so xdela status permohonan dihantar pada tarikh mana2 yang kat box atas tu..
    trima kasih ye ;)

  12. SLM… SAYA ADA PROBLEM LA MASA NAK ISI SPA… NAMA SALAH. MCM MNA NAK TUKAR NAMA. CAN SOMEONE SOLVE THIS PROBLEM?

  13. Bru nie saya ada isi borang spa..lepastu baru sy prasan sy telah slh menulis nama…bila sy nk betulkn balik dh x boleh….apa patut saya buat ??

  14. Bru nie saya ada isi borang spa..lepastu baru sy prasan sy telah slh menulis nama…bila sy nk betulkn balik dh x boleh….apa patut saya buat ??

  15. Salam,saya lepasan spm 2014,dah mohon spa8 ,then dlm resuma hnya paparkan jawatan untuk separa sj ,mmg mcmni ke ?

  16. Salam, sy dah isi & save jwtan di bhgian spm & diploma..bila review dkt bhgian resume jawatan y dipohon kosong.. jika tekan butang hantar, permohonan jawatan dikira lengkap @ ada x?byk kli buat bnda y sama tp hasil ttp kosong.. ataupun mmg jawatan xdipamerkan jawatan y kita pohon ke mcmna?

  17. Salam kak.. sy ni budak baru ja lepasan SPM 2016 tpi result belum dpt lgi. SPA sy dah daftar. Perlukah sy isi jawatan yg dipohon sedangkn result belum lgi dpt? Atau sy isi jawatan yg sy minat lps dpt result??

  18. Salam kak.. sy ni budak baru ja lepasan SPM 2016 tpi result belum dpt lgi. SPA sy dah daftar. Perlukah sy isi jawatan yg dipohon sedangkn result belum lgi dpt? Atau sy isi jawatan yg sy minat lps dpt result?? And sy ada juga try2 isi tpi kena tnya yg kelulusan PT3/PMR pnyaa?

  19. Assalamualaikum sis. Sy lpsan spm2016 .Sy dah bkk link tu..tp sebalah kiri tu x de pun jwtn dipohon..dia stop dkt maklumat akademik je. Tolong sisss

  20. Kenapa ye saya tiada jawatan untuk SPM??result SPM semua dah isi..adakah sbb saya ada ijazahso tak boleh nak mohon jawatan utk SPM??

Leave a Reply to nur izzati binti jamalulil Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here