Macam Mana Nak Dapat Straight A? | 3 4 hari ni ramai yang inbox FA bertanyakan tips untuk dapat straight A.Bagi sahabat di FB mungkin sudah tahu kenapa.Tapi bagi para pembaca blog FA yang belum tahu boleh lihat gambar di bawah.
Adik FA,Acik sedikitpun tidak keberatan untuk berkongsi tips untuk berjaya dalam SPM sepertimana yang telah diperoleh dia baru-baru ini.Antara tips yang boleh korang kongsikan atau gunakan adalah:
- Niat yang betul untuk menuntut ilmu
- Restu IbuBapa,Guru dan Kawan
- Hafal Al-Quran
- Study Group-Elakkan study group ‘waktu peperiksaan’
- Sentiasa dapatkan rujukan dari guru
- Kaedah Pendengaran yang aktif perlu dipraktikkan di dalam kelas
- Simpan kesemua bahan rujukan yang diberi oleh guru-Jangan ambil mudah!
- Bangun study sebelum Subuh
- Tengok soalan-soalan peperiksaan tahun lepas
- Buat Kuiz Spontan dengan kawan-kawan
- Tengok balik kesilapan dalam kertas peperiksaan yang lepas-Learn from the mistake.
- Buat Jadual Study!
- Jangan lokek ilmu dengan rakan-rakan!
- Amalkan prinsip ‘Hari ini lebih baik dari semalam’ !
- Perbanyakkan latihan–Bukan dalam bentuk penulisan semata-mata.Variasikan dan interaktifkannya.
- Betulkan mindset-‘Soalan ini senang!’
Banyak kan tips dia?Jujurnya memang banyak dan itulah yang diamalkan oleh adik FA.Nak berjaya bukan senang adik-adik.Kena banyak berkorban.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.Sesungguhnya kejayaan itu sangat manis dan penat kita selama ini akan terbayar saat melihat keputusan peperiksaan .
Betul.Dan FA pernah merasainya sekali.Sekali sahaja,tetapi cukup bermakna dalam hidup.Jadi,boleh amalkan tips di atas.InsyaAllah kejayaan milik anda.
Mungkin anda ada sedikit tips tambahan yang boleh dikongsikan dengan pembaca diluar sana bagaimana untuk mencapai keputusan staright A dalam SPM?Kongsikan dengan meninggalkannya di ruangan komen di bawah.
35 Comments
Tips tu kalau dah amalkan. InshaAllah mudah nak dapat.
wow nice tips thank you bro
spm 2005 dulu dapat 8A je..
tu pun campur dengan A1 dan A2..huhu
apepun, syukur dengan apa yang kita dapat.
betol2…setuju sgt2…yg plg ptg kena usaha lebihhh =)
macam mqna lulus
Banyak tips yang boleh diambil tapi itu bergantung dengan usaha yang dilakukan.
Usaha & Tawakkal π
Bab hafal ramai. Amal tu kurang. Hmmm
ya betul tu
tahniah buat adik farisya dapat keputusan yg cemerlang, terbaiklah tip-tip tu mudahan adik-adik boleh manfaatkan.
Alhamdulillah.Terima kasih DH.Mudah-mudahan
good tips untuk bakal calon SPM akan datang.BTW congrats untuk adik syirah π
Kalau nak dapat doa termakbul(bagi yang beragama islam). Senang saja.
Bila di bulan ramadhan dan tunggulah sehingga waktu berbuka, ketika itulah kita berdoa kepada Allah. Ia memang berkesan!!. Sebagai contoh, saya telah menyertai pertandingan kuiz dimana ramai pelajar yang menyertai. Bila pemenang itu diumumkan didewan, saya teruja kerana nama saya disebut oleh cikgu untuk mengambil hamper. Maklumlah, tak pernah dapat
harap harap dengan amal kan nie aku lulus pt3 :’3
amin insyaAllah
Saya ada satu tips…..kita kena tampal perkataan berikut dekat botol air kita…..
1)pandai…..2)berdisiplin…..3)taat pada Allah……4)taat pada IbuBapa……5)anak soleh/solehah…..6)baik.
Kita boleh jugak tampal perkataan2 lain asalkan perkataan yg positif
Bila kita tampal semua tu,ia bagaikan akan meresap kedalam air kita dan kita plak akan meminumnya…dan kita mendapat semua yg dinyatakan itu…….sy x buat lawak…..ini mmg berkesan….kalo x caya test lah dulu…
saye menyesal kerana xbelajar..tahun ni last sye spm……….sye rase tkt sngt
saye menyesal kerana xbelajar..tahun ni last sye spm……….sye rase tkt sngt
Adik jangan takut, jika prestasi kurang memuaskan, itu tidak bermakna dunia adik berakhir, Abang SPM sangat teruk BM dapat 5C, BI dapat 8E, Math 6D Sains 3B langsung takda A, Abang blajar struggel ada orang dapat otak genious tp abg rasa abg tak pandai sebab baca pun tak faham, tengok number pun abg akan pening, semua results teruk dan orang hina abang sebab result tu abang malu dan rasa sgt tapi hari ini abang ambik Master dalam Business kat USM. Macam mana abg buat sbb abg sambung f6, lps tu degree dekat USM, Abang bukan nak lemahkan adik. Tp percayalah jika adik usaha jalan kejayaan tak pernah tutup..Doa dan yakin pada Allah, nasib kita berbeza tapi Allah adalah segalanya jgn tinggal solat n Al-quran, Allah pasti beri petunjuk adik..Good Luck..
Sy f4 dok asrama,bljar skola agame,but now f5 baru msok bulan 4 di smk,x tau cane nak bljar untuk f4 y x prnh bljar n f5 y dah ktinggalan,thun ni spm,minx pndapat
dah lama saya cari artikel macam ni. terima kasih kak FA! tip yg pernah saya amalkan.. sebelum periksa, buat nota ringkas 1 subjek dlm 1 kertas A4 π
serius ke ? takut tak lulus la .. :'(
nice tips on how to score A. spm2015
in sya Allah saya akan mencuba tipsΒ² yg diberikan oleh syirah.
Kak FA.. kalau kita tak buat study group tak apa kan… sbb tahun 2016 sy spm.. tp skrg sy dah rasa takut sgt.. sbb nak buat study group tu memang sy xdpt nak buat.. mcm mana tu kak FA..
thnks kak. Semoge segle urusn akk dpermudhkan. sye dh bce artikel akak. Thnks for shring. Dokan sye spm 2016 thun ni. π
terima ksh akak..inshaallah adik bole gunakn tips nii..
TIPS yang MANTAP…!!!!!!!!!!!!!
Dapat math pun E je . Cmne , hmm
kalau nak math atau add math lulus.. buat satu hari satu soalan.. klau lebih pun xpa.. insyaAllah keputusan akan meningkat.. janji ada usaha.. saya dah cuba.. kawan2 sya dh cuba.. Alhamdulillah exam prtengahan tahun semua A π
Satu perkongsian yg bgus… nk try lh tips2 kat atas… tiba2 mcm ade smngt plk nk brusha lbih… apepun brgntung pda Allah lh.. moga2 spm thun ni dpat result yg cemerlang… Aamiin…
arigato utk tips semua \(^w^)/
Soalan pmr sama tk dengan pt3
x faham lah… boleh terangkan x ?
saya pun nak ambil pt3 tahun nie..harap2 saya dapat result yg baik…amin..
Takut nye nk jawap spm nanty ????nk dekat dh ni lgi berapa minggu je lgi