Home SEMBANG SANTAI Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat?

Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat?

307
32
SHARE

Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat? | Esok 20 Mac 2014,debaran akan terjawab buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia.Esok juga adik FA akan mengambil keputusan SPM dia.FA tengok dia tak senang duduk dah.Tapi maintain cool.FA masa nak ambil result SPM dulu memang debar habis la.Nak makan pun tak lalu. ==’

Tetiba adik tanya:

Macam mana kalau gagal dalam SPM ek?Apa nak buat?

Bagi FA sangat mudah nak jawab soalan tu.FA akan bagi jawapan macam ni:

Positifkan diri kerana Allah sedang menguji kita.Rezeki yang Allah beri pada kita bukan melalui SPM sahaja.

Ya.Betul.Kalau gagal dalam SPM tak bermakna kita akan gagal dalam seluruh hidup kita.Entri ni FA tulis untuk dijadikan semangat kepada mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam SPM atau sesiapa sahaja.

Teringat satu peristiwa bulan ni di mana kami sekeluarga diuji Allah dengan rumah dimasuki pencuri.Kerugian yang ditanggung memang banyak dan mustahil kami sekeluarga akan dapat balik barang yang hilang tu.Tapi FA cuba  tenangkan keluarga FA dengan mengingatkan bahawa Allah masih sayangkan kita sebab itu DIA pilih kita untuk ujian ini.

Sejujurnya FA bagitahu,FA memang sedikit terkilan dengan peristiwa itu.Tapi pada masa yang sama FA syukur sangat sebab Allah uji FA dan keluarga.Itu tanda Allah masih sayangkan kita.Masa tu juga Allah nak uji keimanan kita.

Begitu juga dengan adik-adik yang bakal mengambil keputusan SPM esok.Positifkan diri.Cekalkan hati.Apa sahaja keputusan yang bakal diperoleh esok hari,terima dengan redha dan hati yang terbuka kerana saat itu Allah sedang mengujimu.Kalau baik keputusannya,pertama sekali jangan lupa ucapkan syukur.Kalau keputusan yang diperoleh sebaliknya,jangan lupa juga ucap syukur kerana Allah mengujimu dengan keputusanmu itu.Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi mereka yang masih belum tahu macam mana nak cek result SPM melalui online dan sms , boleh cuba cara yang dinyatakan di bawah.

Melalui SMS:

Taip : SPM<JARAK>NO.KP<JARAK>ANGKA GILIRAN

Dan hantar ke 15888

Melalui Online:

1.Klik laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

2.Masukkan NO KAD PENGENALAN atau Surat Beranak

3.Pilih KATEGORI SEKOLAH dan TAHUN

4.Klik SEMAK LAPORAN.

Senang je caranya macam mana nak cek result SPM ni.Kalau zaman dulu semuanya kena pergi sekolah.Hehe.Jadi manfaatkan teknologi sebaiknya.Jangan lupa share dengan kawan-kawan macam mana nak cek result SPM melalui Online atau SMS ni ye.Tapi sebaiknya pergi sekolah la ambil keputusan SPM.Boleh jumpa kawan-kawan.Saat manis dengan guru dan kawan-kawan di sekolah memang tidak boleh ditukar ganti.

Macam Mana Nak Semak Result SPM
Senyum.Positif.Ikhtiar

Credit:Azhafizah.com

32 COMMENTS

  1. SPM itu bukan segalanya, saya dahulu tidaklah sepandai sebijak kawan2 straight A, tapi bila kita cuba sedaya mampu, jadikan apa kita dapat itu bukan satu penyesalan, akhirnya saya berdiri setinggi mereka. Dan apa kita dapat sekarang, tidak menjamin pada masa depan, semua bergantung pada diri sendiri, how are we going to do in future for future not about how we going to do in future using our past. Semua bergantung pada diri sendiri, ambil iktibar ramai yang fail di depan kerana terlampau ‘selesa’ dengan past, manakala kita yang ‘failure’ keep alert for future bukan past lg.. Its all depends on ourselves. Not some result or number or capital A, B, C on paper. Its just plain paper. Our thinking is the most precious. Nothing cant stop them. Paper?.. pfftt.. Open minded?. can change the world.

  2. SPM ini hanya penentu cabang untuk kita sambung belajar nanti. Gagal ataupun berjaya telah ditentukan-Nya. Cuma buat yang tidak berjaya jangan sesekali berputus asa. Masih ada banyak lagi ‘jalan’ untuk kita berjaya. Cuma fikirkan mungkin hari ini kita gagal tapi kelak mana tahu mungkin rezeki kita.

    Its okay to shed a river of tears in this battle knowledge that has been predetermined for you but NEVER GIVE UP. Soon you will embrace victory, Insyallah. Just believe with Him, Allah The Almighty :)

  3. ya..betul tu FA.. pernah zaza baca kisah dari seorang wanita dalam sebuah majalah, dia sangat lembab dan lemah dalam matematik. Malah gagal dalam subjek itu. Namun, dia tak mengalah dimana akhirnya dia berjaya menceburi bidang yang turut berkaitan dengan matematik… yang penting kita usaha lagi dan lagi tanpa rasa jemu.pasti ada hasil yang baik menanti. satu lagi boleh diambil pengajaran dari kisah Thomas Edision, gagal beribu kali namun dia akhirnya berjaya mencipta mentol yang menerangi malam-malam kita ini…. apapun.. selain usaha, banyakkan doa kepada ALLAH.. insyaallah.. :)

  4. Kejayaan seseorang bukan diukur diatas sekeping sijil.
    Kejayaan tak diukur mengikut gred.
    Kejayaan diukur melalu usaha dan semangat untuk kita capai kejayaan itu.
    SPM hanya kejayaan sementara.
    Gud Luck kepada semua calonz

  5. Assalamualaikum…wawa pun akan ambik result spm esok…mmg berdebar.. kata2 yg wawa sllu pegang .. ” sekali kita gagal bkn bermakna kita akan gagal selama-lamanya” .Klau gagal kita kena terima ..mungkin ad hikmah..sebaik-baik perancang adalah Allah… kalau kita rasa kita dh bt yg terbaik, bersedialh dgn kemungkinan yg akn dtg… tiada guna cemerlang dgn penipuan :)

  6. Wahhhhhhhhhhhhhhh !!!! Nice to read this entry . Memang terpalit terus ke jantung hati jiwa dan raga ! Memang betul kata FA tu , rezeki bukan terletak pada result SPM kan . Rezeki ada di mana mana asalkan kita sudah berusaha :) InsyaAllah alif & me be the best among the best ! Amin :) 11A+

  7. Semua manusia pernah melakukan kesilapan :) Bagi saya, gagal sekali bukan gagal selamanya. Ada je yang gagal dalam spm tapi kerja gaji 6 angka dan ada juga yang cemerlang keputusan spm tapi menganggur . Rezeki dimana mana . Semua yang berlaku ada hikmahnya . Husnudzon :)

  8. Gagal dalam SPM bukan bermakna gagal dalam hidup..
    Mungkin, Allah tangguh kejayaan kita untuk masa akan datang…
    Nak tengok sejauh mana kita bangkit, berusaha dan mencapai kejayaan lain dalam hidup..
    Tak ada sebab untuk putus asa terlalu awal

    Berjaya dalam SPM pun bukan bermakna dah berjaya dalam hidup
    Mungkin, Allah nak uji kita sama ada bersyukur atau tidak…
    Nak tengok sejauh mana kita dapat terus tunduk dan tawaduq di bumi Allah..
    Tak ada sebab untuk merasa bangga dan mendongak ke langit sedangkan ia hanya satu permulaan…

    Jadi, kepada adik-adik yang mengambil keputusan SPM
    Tak kira cemerlang ataupun tidak, jangan sesekali berputus harap..
    Tenung keputusan dengna mata hati, ambil pengajaran dan pengalaman dengan melihat nombor-nombor dan abjad-abjad yang tercatat di atas sekeping kertas..
    Dan tanam dalam diri, “apa pun yang diperoleh hari ini, akan aku lakukan lebih baik di masa akan datang”

    Tahniah atas usaha selama ini!

  9. Jika baik dan benar karakter seseorang, maka ia akan bertanding sesuai aturan. Baginya gagal atau lulus bukanlah persoalan, tetapi patah semangat dan menyerah adalah kelemahan yang harus dikalahkan. Kenyataan kadang tak seperti rencana, namun bukan bererti tak ada jalan untuk meraih impian. Jangan patah semangat, teruskan berjuang kerana setiap ciptaanNya berhak untuk meraih kejayaan. Semuanya bergantung pada usaha dan waktu yang tepat.

  10. Gagal dalam SPM ? Apa nak buad ? banyak kali baca tajuk ni , diri sendiri juga pernah mengalami benda yang sama tapi bukan dalam SPM tapi PMR. sekadar perkongsian bersama, memang pahit untuk telan bila gagal dalam SPM, diri sendiri hampir pengsan lepas dapat result dalam PMR sebab apa yang kita target tak dapat, malah jauh sekali. behari nangis dalam bilik.

    TAPI percayalah setiaaaaap benda tu ada Hikmah diaaa, teringat kata cikgu, ‘sesuatu hikmah tu kekadang kejap dah dapat tahu, tapi kadang2 3o tahun baru bole tahu hikmah sesuatu benda.” MashaAllah, cikgu saya sangat sabar sebab lepas 30 tahun baru dia nampak hikmah dia, saya yang baru 2 tahun tu punnn dah macam emmm. InshaAllah Allah ada plan yang terbaik untuk kitaaa. My lecturer ada cakap ” if we do not make mistake, we don’t have nothing”. kegagalan tu satu kejayaaaaan. time PMR result memang teruk, tapi Alhamdulillah Allah nak bagi time SPM *nangis terharu*. bila masuk U, rata rata ramai tanya kawan kebanyakan ramai yang gagal time PMR tpi score in SPM, contoh kawan amal. PMR 2A, tapi Alhamdulillah SPM 8A. mungkin cerita ni mcm tekeluar tajuk sebab gagal dalm PMR bukan SPM. TAPI nak bagitauuu yangg kita kena SABAAAAAR dan yakin dengan ujian dan anugerah Nya. lagi satu bila dapat result tak elok , jangan laah cakap ” kalau laaaaaaah dulu akuuu blaaaaaa….’ tu namanya tak bersyukur , kalau dapat tak elok punn , sujud syukur k. sorang kawan dapat 1A dalam SPM , tapi alhamdulillah rezeki dia bole masuk maktab sedangkan student yang dapat 6A mahupun 7A tak dpaat pun maktab malahan panggilan temuduga pun tak. REZEKI hanya Allah je tahu.

    BAGI YANG GAGAL SPM, TAK TAHU NAK SAMBUNG MANA BUT STILL NAK MASUK UNIVERSITI ?

    yeaaaaaaah, please masuk STPM. mungkin some ppl ckp alaa STPM , nak kena pakai baju sekolah laaah n blaaa blaaaaaa. tapi it worth sebab majority yang masuk STPM then diorang akan dapat U lepas tuu, i have experience amek STPM for about 2 months before dapat asasi dekat one of IPTA. susah ke STPM? STPM is cool okaaaaaay, belajaaa sejarah and pengajian Am. 5 subjek for two years okay laa kann. tak payah peduli dengan cakap orangg. PERCAYALAH ramai kawan2 saya yg tak berapa score for their SPM, but turn out they got their STPM result with flying colours* ayat bi zaman sek sgt* hee

    the thing is jangan putus asa, selalu doa supaya Allah sentiasa permudahkan urusan! any my last words from me, jangan letih untuk cari ilmuu. please sambung belajar lagi jangan berhenti sampai SPM ja. Ehh ada lagi, jangan lupa kalau ada karnival universiti or something deal with it, please pegi and isi je semuaaa k! All the best and good luck!

  11. Walaupun gagal tak semestinya kita takkan berjaya, ramai yang berjaya walaupun belajar sampai SPM yang penting kita berusaha untuk berubah menjadi orang berjaya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing . Semua orang pernah gagal, jangan jadikan satu kegagalan itu untuk kita terus jatuh tapi jadikan ia pembangkit semangat untuk berjaya.

    Kalau akademik tak okey, kita boleh belajar mengikut kemahiran ia juga satu kelebihan setiap orang. Kemahiran seseorang juga berbeza-beza, ada ibubapa yang kecewa dengan keputusan anak mereka tetapi cuba buat sesuatu untuk buat mereka bangga dengan kita selain pelajaran jika kita seorang yang tidak minat belajar seperti menolong ringankan beban ibubapa dengan buat kerja rumah serta menjadi anak soleh atau solehah itulah perkara yang perlu diutamakan. <3

  12. kejayan sebenar bukan pada sijil pendidikan, tetapi pada kebolehan diri, fikiran yang bijak dan kreatif.
    Dan rezeki juga bukan pada sijil pendidikan tetapi Allah SWT yang memberi rezeki setiap makhluk :)

  13. ok bace, memang , tengah berusaha untuk reda dan terima segala keputusan , dan beransur-ansur tenang , sebab memang frust tersangatlah frust , tapi dah okay dah , habis dengar kawan tazkiroh wa ceramah , it’s okay , i’ve learnt new thing , thanks kak FA ,

  14. Keputusan SPM bukan penentu segalanya. Yang lulus dengan cemerlang, TAHNIAH manakala yang kurang cemerlang, PERJALANAN HIDUP MASIH PANJANG.

    Ketahuilah bahawa anda mempunyai potensi dan kelebihan yang tersendiri dan unik berbanding orang lain. Ingat ! Kehidupan adalah seperti marathon; bukannya bagaimana anda bermula tetapi bagaimana kita berakhir.

    Sebarnya, keputusan SPM itu cuma hanya satu juzu’ daripada kehidupan anda yang panjang.

    Ayuh bangun dan teruskan usaha anda memberi manfaat hingga ke liang lahad wahai adik-adik.

    Ikhlas
    profhariz

  15. SPM hanyalah langkah awal daripada beribu langkah untuk berjaya. Apa yang penting adalah bagaimana untuk pulih daripada kegagalan SPM dan mengatur langkah untuk berlari dan berjaya pada peringkat yang lebih tinggi lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here