Home KECANTIKAN The Crescent Tempat Shopping Islamik

The Crescent Tempat Shopping Islamik

32
46
SHARE

The Crescent Tempat Shopping Islamik | Ya.Satu nama yang pertama kalinya FA dengar selepas dicadangkan oleh sahabat FA.The Crescent merupakan satu online shop yang bercirikan islamik dan merupakan tempat online shop yang terbaik bagi mereka yang menginginkan penampilan dan gaya hidup yang berteraskan syariah Islam yang betul.Mungkin anda pun pernah dengar mengenai The Crescent bukan?The Crescent merupakan online shop yang popular masa kini.

The Crescent merupakan online shop dan Hab Islam yang memberikan  panduan gaya hidup dan tips kesihatan serta bimbingan kerohanian yang berteraskan Islam.The Crescent juga merupakan salah satu panduan  untuk mereka yang ingin melengkapkan gaya hidup Islam moden yang sebenar tanpa melanggar syariat.

ONLINE SHOP MURAH4
Laman Rasmi The Crescent

Mesra Pengguna

Di online shop The Crescent,anda akan merasakan suasana yang Islamik dan ‘mesra pengguna’ di mana anda boleh dapatkan apa yang dicari dengan mudah dan senang.Anda juga boleh menyemak imbas setiap kategori yang disediakan di The Crescent.

Bermula dengan kategori rohani,di sini anda boleh dapatkan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Islam dari barisan panel ulama yang bertauliah.Sementara di kategori fesyen,anda boleh ikuti perkembangan fesyen muslimin dan muslimah  terkini yang mematuhi syariat Islam.

ONLINE SHOP MURAH
Variasi Kategori Yang Memenuhi Keperluan Seorang Muslim

The Crescent juga tidak menghampakan penggemar online shop yang begitu mementingkan kesihatan kerana mereka juga menyediakan tips-tips kesihatan yang juga boleh dijadikan sebagai panduan seharian.Anda juga boleh dapatkan panduan gaya hidup yang mematuhi syariat Islam dari The Crescent di mana The Crescent adalah antara online shop yang memenuhi segala keperluan seorang muslim.

Shopping Dengan Selamat Dan Mudah!

FA tahu ramai pengguna di luar sana yang masih teragak-agak untuk melakukan pembelian secara online (atas talian) dek kerana ada segelintir peniaga online yang melakukan penipuan atau scam.Dengan The Crescent,anda jangan risau kerana di sini anda boleh shopping dengan selamat dan mudah!Laman sesawang The Crescent menawarkan kemudahan yang tiada tandingan.Ya,FA yakin anda pun pasti tidak suka untuk shopping dengan pelbagai langkah yang cerewet bukan?

Dengan berbelanja di The Crescent,anda hanya perlu lakukan 4 langkah mudah seperti di bawah:

ONLINE SHOP MURAH2
Hasil Tangkapan Di The Crescent…Hehehe

 

ONLINE SHOP MURAH3
Pelbagai jenama terbaik ada disini.Eh,SimplySiti pun ada taw.Hehe

 

 

Haa.Mudah kan?Pilih sahaja kategori yang ingin dilihat dan masukkan barang tersebut ke dalam cart dan bayar!Sesiapa sahaja pasti teruja dengan langkah yang semudah ABC di The Crescent.Di The Crescent juga,anda boleh melakukan pembayaran melalui pelbagai cara pembayaran yang selamat.

Selepas pembayaran selesai dibuat,anda akan diberikan email pengesahan status pembelian anda.Sebaik sahaja pesanan di hantar,anda akan diberikan tracking number untuk pengesanan lokasi semasa barangan anda secara mudah dan selamat.

Khidmat Pelanggan Komprehensif

Ya.Perkhidmatan pelanggan merupakan antara perkara yang sering dilihat oleh penggemar online shop.Sebagai salah seorang pengguna online shop,FA juga memandang serius servis khidmat pelanggan sesebuah online shop itu sendiri.Di The Crescent,FA boleh berhubung secara LIVE CHAT dengan pasukan khidmat pelanggan mereka.Kalau anda ‘segan’ nak berLIVE CHAT dengan mereka,anda juga boleh berhubung melalui email mereka di [email protected] atau 019-200 0049.

Promosi Pink Week’ !

Ini yang menarik sebenarnya!Untuk pengetahuan anda,The Crescent sedang mengadakan promosi ‘Pink Week’ sempena International Women’s Day.Bagi peminat fanatik merah jambu,anda patut sambar promosi ini secepat yang mungkin!Setiap pembelian barangan yang berwarna merah jambu akan diberikan potongan diskaun yang hebat!FA pun dah sambar 2 3 jenis barang merah jambu.Hehe.Tak sabar nak tunggu barang sampai.

ONLINE SHOP MURAH
Promosi ‘Pink Week’.Promosi Sah sehingga 23 Mac 2014

Dengan harga yang mampu milik,FA sedikit pun tak teragak-agak nak shopping banyak-banyak dekat The Crescent ni.Memang rugi sangat kalau anda tak ambil promosi ni.Hehe.Promosi ‘Pink Week’ ini berlangsung sehingga 23 March 2014 sahaja taw!Lagi  5 hari.Masih sempat kalau anda nak borong banyak-banyak dengan diskaun sebanyak 20%  untuk kesemua item yang berwarna pink!Oh ya,lupa nak bagitahu bahawa caj penghantaran adalah percuma jika anda berbelanja melebihi RM78 ke atas!

KLIK SINI UNTUK PROMOSI PINK WEEK!

Tunggu apa lagi?Tak perlu fikir panjang lagi dah.Di The Crescent semuanya pasti mudah,cepat dan selamat.Yang penting harga berbaloi-baloi!The Crescent juga merupakan online shop yang terbaik bagi anda yang inginkan penampilan yang berteraskan syariat Islam.

Maklumat lanjut:

The Crescent

Email:[email protected]

Hotline:019-200 0049

NotaFA:FA spun dah shopping  di The Crescent.Tak sabar nak tunggu barang sampai! :) *excited*

46 COMMENTS

  1. wanita sangat beruntung kerana ada shooping online seperti ini, wanita muslimah tak perlu risau dan boleh membeli dengan mudah, konsep yang di ketengahkan sangat bagus . Semoga usaha-usaha perniagaan seperti ini dapat sambutan di samping berniaga dapat memenuhi keperluan umat islam

  2. Menarik bila semakin byk gedung online yg lebih menyediakan barangan keperluan berlandaskan patuh syariah. Terbaik!

    p.s – The Crescent mmg nampak best. Lagi best kalau model yang mengenakan seluar tu, seluarnya lebih longgar dan tidak ketat. Itu lebih tepat. Sekadar pandangan ambe yang dhaif =)

  3. Alhamdulillah, zaman teknologi canggih diperguna dengan cara bermanfaat dan menjana Pendapatan.Pembelian Online menjadi trend zaman siber hari ini.Dgn konsep Islamik.Ia sangat memberi kesedaran kepada pengguna tentang cara pemakaian yang berlandaskan hukum syarak.Kepuasan pembeli diuatamakn, ketepatan masa tidak dilupa tujuan penghantaran.kepelbagaian variasi pakaian menarik minat muslimah diluar sana.Tidak salah mencuba sesuatu.Ini pun salah satu Dakwah.dan mengikut sunnah Nabi iaitu Berniaga.TAHNIAH!!

  4. Assalamualaikum.. wahh best ni. akak memang tengah nak tukar fesyen jadi ibu muslimah lepas ni. hehehe tudung dia besar dan labuh, sesuai la untuk akak breastfeeding tanpa mendedahkan aurat. alhamdullilah. memang kena support tempat shopping islamik begini. good job Crescent ~~~

  5. Bagusnya idea shopping online yang mengeluarkan produk-produk Islamik. selalunya kalau ada pun pastinya bercampur dengan produk yang tidak mempunyai ciri-ciri Islamik.

    Oh ye, sambil menaip komen ni, sempat lagi singgah ke online shop tersebut hihi

    Selamat maju jaya diucapkan kepada pemilik website ini :)

  6. Suka sangat baca blog ni =D Baru2 ni saya ada buat blog, jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com , Support each other =)

  7. sha sangat suka dengan website ni, yang mementingkan ciri2 islamik moden dimana, model yang digunakan menutup aurat, selain dari brgan yg menarik hati pelanggan lagi2 pink me !! promosi sempena women’s day..

  8. Perniagaan online adalah perniagaan masa hadapan. Ia perniagaan tanpa batasan dan sempadan, bermakna dengan bisnes online, boleh capai pelanggan dari seluruh pelusuk dunia. Dan bila berkata pelusuk dunia, sangat penting kita target pasaran untuk niche tertentu.

    Langkah Crescent membuka laluan untuk shopping produk Islamik adalah sangat bagus sekali memandangkan penduduk dunia … yang boleh dikatakan lebih separuh adalah Muslim. Jadi, the way forward ialah mendapatkan pelanggan-pelanggan ini untuk membeli di gedung yang menawarkan produk terbaik Muslim dan Islamik.

    Cuma diingatkan, dalam mengejar keuntungan perniagaan, elakkan melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Contohnya, apabila mahu memasarkan produk pakaian, pastikan ia patuh syarak. Elakkan ia daripada menimbulkan fitnah yang boleh memberikan saham yang tidak elok.

    Perniagaan adalah salah satu cara dalam mencari kekayaan, ia juga satu jalan untuk mendapat redha Allah. Seandainya seorang peniaga faham akan konsep ini, in Sha Allah, perniagaan berasaskan produk Islamik akan berkembang dengan maju.

  9. perniagaan online sekarang ni memang mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia bahkan seluruh negara kerana memudahkan dan menjimatkan kos dan masa.

    untuk menjadi gedung perniagaan online pilihan, sudah semestinya web yang user friendly dan juga customer service yang mantap diperlukan. Kalau ianya dipenuhi, dengan pelbagai produk yang penuh selektif..sudah semestinya gedung online itu akan menjadi pilihan ramai, nak-nak selalu ada promosi kaw kaw

    berdasarkan review ini, saya pasti crescent adalah tempat online shopping islamik yang akan menjadi pilihan ramai

    p/s : nak bagitahu wife ke tak kewujudan the crescent ni..hehe

  10. Emmm sangat menarik…selain berjual beli..mampu menambah saham dalam aspek yang lain…alhamdulillah…..produk,variasi dan kualiti pun setanding dengan online shopping yang glamour kan…ape lagi jap lagi nak pergi singgah The Crescent

  11. menarik online shop ni, memang banyak design yang berkenan di hati, terutamanya banyak fesyen muslimah yang sukar dicari kini ada di laman ni. Lagi pun ia menjimatkan masa untuk kita shopping dan mencari baju untuk digayakan, yang paling penting ciri-ciri keselamatan di utamakan kepada pelanggan bagi mengelakkan penipuan. teruja tengok koleksi yang ada dan harga juga berpatutan, macam-macam ada Jom shopping di Crescent.

  12. menarik online shop ni, memang banyak design yang berkenan di hati, terutamanya banyak fesyen muslimah yang sukar dicari kini ada di laman ni. Lagi pun ia menjimatkan masa untuk kita shopping dan mencari baju untuk digayakan, yang paling penting ciri-ciri keselamatan di utamakan kepada pelanggan bagi mengelakkan penipuan. teruja tengok koleksi yang ada dan harga juga berpatutan, macam-macam ada Jom shopping di Crescent. <3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here