Home MAKANAN Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu

179
21
SHARE

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu | Siapa kat sini peminat Ikan Bakar?Kalau datang Terengganu korang wajib singgah untuk makan Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu yer.Kalau tak singgah,ruginya…!Hehe.Tapi mesti korang tak tahu kat mana Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu kan?Jom FA cerita. :)

Ramai lagi sebenarnya belum mengetahui mengenai Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu yang disediakan di Restorang Bintang Laut ini.Restoran Bintang Laut ini merupakan restoran milik penuh Sumai Hotel Apartment,Kuala Terengganu.Dengan menggunakan tenaga kerja Chef yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan,restoran Bintang Laut ni mampu menyediakan makanan yang sedap setaraf dengan hotel bertaraf 5 bintang.Nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ni,baca entri SINI.

Apa yang menarik mengenai Ikan Bakar di Restoran Bintang Laut ini ialah,korang boleh makan sampai kenyang dengan hanya sekali bayar!Haaa..Best tak?Hehe..Ruginya kalau tak pergi ni. *gosok perut* .Tapi kalau korang nak buat tempahan,korang kena buat 5 hari awal sebelum tarikh tersebut ye.Tapi Walk-in juga masih diterima.

Ikan Bakar Buffet SUMAI

*Pelbagai jenis ikan  (pilih sendiri & dibakar oleh Chef)
*RM 20.00 nett / seorang dewasa
*RM 10.00 nett seorang (kanak-kanak 5- 11 tahun)
*Dihidang bersama:
2 Jenis nasi, Sup, Pencuci Mulut, Buah-Buahan, Kordial, Sambal (lebih dari 3 jenis).

*Menu tambahan:

Udang-RM9/100gm | Sotong-RM5/100gm | Ikan-RM5/100gm

 

Untuk pengetahuan korang semua,sekarang ni Restoran Bintang Laut akan mengadakan Promosi Sempena Cuti Sekolah!Dengan hanya RM20 sekepala untuk dewasa dan RM10 sekepala untuk kanak-kanak.Memang murah habis..!!Promosi sah bermula dari 22-29 Mac 2014 sahaja taw!Makan sampai kenyang,bayar sekali jer..Adoi…Rugi lah kalau tak pergi ni.Penghujung bulan Disember yang lepas,FA dan beberapa orang blogger berkesempatan untuk merasai sendiri kesedapan dan keenakan Ikan Bakar Restoran Bintang Laut ni seperti mana yang digembar-gemburkan oleh orang lain tu.Lepas dah rasa,memang tak menyesal la makan kat situ.Serius sedap habis..!Tak cukup pun ada.hehehe.

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu
Kenangan semasa di Restoran Bintang Laut Disember lepas

Dah,meh tengok gambar.Cakap banyak tak guna.Korang mesti dah terliur.Hehe.

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu
Credit:Sumai Hotel Apartment

 

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu
Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu

 

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu
Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu

 

Mesti korang terliur kan?Untuk pengetahuan korang,Ikan Bakar di Restoran Bintang Laut ni merupakan Ikan Bakar yang famous di Kuala Terengganu.Rugi lah kalau korang tak singgah sini.Nama je restoran kat hotel,tapi harga makanan kat restoran ni memang berpatutan.Korang patut singgah dan rasa sendiri keenakan makanan di restoran ni.Sempoi habis! :)

Bagi yang teringin nak buat tempahan untuk sebarang majlis di Restoran Bintang Laut ni,korang boleh berhubung secara terus dengan Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment di nombor berikut:

EKSEKUTIF JUALAN
SUMAI HOTEL APARTMENT
NOOR
014-5243941

21 COMMENTS

  1. Assalamualaikum farisya.. sedapnya. terliur akak tengok. dah setahun tak jejak terengganu. hmm nak makan seafood kat sana. sedap2 masakannya. hehe murah pula tu. nanti akak datang sana, fa jangan lupa belanja tau. hihi >____________<

  2. Untuk promosi RM20 untuk satu kepala amatlah murah bagi saya. Berbaloi -baloi untuk makan ikan bakar sampai kenyang dengan hanya bayaran RM20 itu.

    Dengan peningkatan harga barang mentah serta kos sara hidup, masih ada yang murah sebegitu. mungkin kedudukan Sumai Hotel berdekatan laut dan sumber bekalan ikan segar mudah didapati. Dan semestinya SEGAR!

    tengok kepada gambar amat menggiurkan dan buat saya kecur air liur. Dengan sambal yang seakan menggamit lagi nafsu untuk mencuba ikan bakar ini. Sya, please dont share another pic about this ikan bakar again.. Make me drolling to eat jer.

    Ikan juga tinggi kandungan proteinnya. Arghh! now I need to consume so much protein for my body. Mungkin balik ke Kelantan dari Pahang nanti boleh singgah di sini untuk pekena ikan bakar ini.

    Sumai Hotel Apartment menjadi sebutan,
    Ikan Bakar segar menu istimewa,
    Ayuh semua rakan dan taulan,
    Ke Restoren Bintang laut kita semua.

  3. ikan…ikanbakar….mmg feveret ni..maklumlah…org ganu mmg suka makan ikan…hoho

    thanks FA sudi berkongsi..mana tahu..boleh tersinggah balik nant

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here