TRAVEL

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Dec 30, 2013
Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu-Kali ni FA nak berkongsi mengenaiΒ Tempat Menarik Di Kuala Terengganu yang sempat FA dan rakan-rakan blogger dari Blooggers Dot Com pergi masa menginap di Sumai Hotel Apartment hari tu.Yang pasti kesemua tempat yang FA pergi ni berdekatan dan hanya memakan masa kurang setengah jam dari Sumai Hotel Apartment tu.Best kan?Kalau tempat yang kita nak pergi ni dekat,jimat la sikit masa kita+boleh pergi jalan banyak tempat lagi.Hehehe..Tahun depan kan Tahun Melawat Malaysia 2014,jadi masa nilah korang nak jalan-jalan dengan famili.Hehe.

Bukit Panorama

Perjalanan ke Bukit Panorama ni hanya memakan masa 7 minit sahaja dari Sumai Hotel Apartment kalau korang naik kereta.Dari puncak bukit ni korang boleh lihat keseluruhan bandar Kuala Terengganu.Masa kitorang pergi tu awal pagi.Dalam pukul 9 macam tu.Jadi suasana kat situ nyaman je.Tenang kot kalau duk situ pagi-pagi.Hilang stress bekerja.Hehe.

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Pemandangan dari puncak bukit Panorama

Selain korang boleh cuci mata kat Bukit Panorama ni,korang boleh berjoging dekat bukit ni.Bukit Panorama ni merupakan bukit kedua yang famous selepas Bukit Besar yang menjadi tumpuan mereka yang gemar beriadah pada awal pagi dan waktu petang.Yang pasti,Bukit Panorama ni memang sesuai untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi.

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Photo Group wajib kalau pergi dengan kawan-kawan!

Muzium Negeri Kuala Terengganu

Dah habis cuci mata dekat Bukit Panorama,kitorang pergi dekat Muzium Negeri Kuala Terengganu pulak.Jarak dari Sumai Hotel Apartment hanya memakan masa 10 minit kalau dengan kereta.Kalau korang nak datang sini,korang boleh berurusan secara langsung dengan pihak Sumai Hotel Apartment dan mereka akan berikan harga tiket yang terbaik untuk korang.Jadi tak menyusahkan korang untuk ke sana ke mari beli Β tiket.Senang kan?Untuk pengetahuan korang,Muzium Negeri Kuala Terengganu ni merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara.Untung FA dan rakan-rakan sempat berjalan kat sini.Bila lagi nak jalan-jalan kat tempat famous macam ni kan?Tambah pulak hari kitorang pergi tu hari cuti.Memang sakan la ramai orang. =.=! Nasib badan !

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Muzium Negeri Terengganu

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

FA suka gambar kat sini..Jambatan ni cantik..

ICT Pulau Warisan

Ingat Shah Alam je ke yang ada I-City? =.=! Terengganu pun ada la.Hehe.Dah makin maju Terengganu sekarang kan?Bangga pulak jadi rakyat Terengganu.Hanya memakan masa 7 minit dari Sumai Hotel Apartment.Dah puas duduk dalam bilik,keluarlah amik angin dekat I-City Pulau Warisan ni pulak.Kalau korang tak tahu nak pergi mana waktu malam-malam kat bandar Kuala Terengganu ni,korang boleh pergi cuci mata amik angin dekat I-City Pulau Warisan ni.Tempat ni bersebelahan dan berada di belakang Pasar Payang je.Tak jauh pun.Bila korang santai kat situ,korang boleh rasa hembusan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu.Hehe..Syok!Rasa nak tertidur pun ada masa pergi kat situ.

River Cruise at Taman Tamadun Islam

Dulu pernah simpan niat nak naik STAR Cruise tu.Tapi naik cruise TTI ni pun jadiklah.Tetibe jeles tengok Mr.Jocko naik STAR Cruise LIBRA hari tu. =.=! Tak pe,naik cruise dekat Taman Tamadun Islam ni pun dah boleh feeling macam naik cruise betul dah.Hehehe.Okai!Kalau korang nak tahu dan teringin nak menyusuri sungai Terengganu,korang boleh naik river cruise yang disediakan oleh pihak Taman Tamadun Islam ni.Dengan menaiki cruise yang disediakan,korang boleh menyusuri dan menikmati pemandangan yang cantik sekitar Sungai Terengganu.Memang syok!Angin yang tempias dekat muka buat FA makin mengantuk.Hehe..Tapi best !! Memang tak rugi kalau pergi.Tapi siapa yang mabuk laut tu,FA nasihatkan awal-awal,jangan naik yer.Hehe.

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Wajib bergambar dulu sebelum naik..!

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Boleh tengok latihan kapal layar..Kemain budak nih..

 

Kalimah Allah di Bukit Besar,mercu tanda Kuala Terengganu

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

 

Taman Monumen at Taman Tamadun Islam

Taman yang mengumpulkan replika masjid seluruh dunia.Jadi untuk penggemar sejarah ketamadunan Islam,korang digalakkan datang sini.Tapi semua orang sebenarnya terutamanya umat Islam sendiri digalakkan untuk datang sini.Korang boleh kutip sedikit sebanyak ilmu mengenai masjid yang dibina di seluruh dunia.

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Taman Monumen di Pulau Wan Man

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Kudus Minar,Central Java,Indonesia

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei Darussalam

Masa FA masuk sini memang teruja sangat boleh tengok sendiri reka bentuk masjid yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Setiap inci reka bentuk yang dibina memang teliti betul.Walaupun hanya replika,tapi reka bentuk bangunan masih sama dan sedikit pun tak berubah.Luas taman monumen ni boleh tahan penat jugak berjalannya.Tapi yang pasti memang syok sangat boleh masuk sini.Boleh feeling macam duk luar negara dah kejap.Haha.Kalau korang nak datang sini,korang boleh mintak pihak Sumai Hotel Apartment uruskan.Mudah kan?Semuanya Sumai Hotel Apartment buatkan.Hehe.Barulah dinamakan bercuti.!

Wanisma Craft & Trading

Kalau korang seorang yang minat barangan antik,korang kena datang sini.Kat sini korang boleh jumpa koleksi barangan antik yang diperbuat dari tembaga.Tak jauh pun,sebelah Sumai Hotel Apartment je.Dekat je kan?Hehe.Jalan kaki pun sampai la.Korang jugak boleh lihat cara-cara nak hasilkan tembaga tu.Teruja juga FA boleh lihat macam mana diorang buat tembaga.Sebelum ni tak pernah pulak tengok.Ni lah kali pertama.Jadi kalau korang datang menginap di Sumai Hotel Apartment,tempat ni adalah tempat wajib singgah taw!

STR Batik

Inilah tempat yang FA tunggu dan excited giler nak pergi!Hehe.Jujur FA cakap,memang FA excited sangat nak mencanting batik..Hehehe.Pertama kali kot.Hahaha.Kalau korang peminat batik dan teringin nak mencanting batik,korang boleh pergi dekat STR Batik SDN BHD yang bertempat di Kuala Ibai Kuala Terengganu.Korang boleh mintak pihak Sumai Hotel Apartment uruskan kalau korang tak tahu macam mana nak berurusan dengan diorang.

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Bukan main semangat tu..!

 

Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Inilah hasil kami Blooggers Dot Com dengan Sumai Hotel Apartment

 

Memang syok la boleh mencanting batik!Hehe..Tak habis lagi rasa teruja.Ingat senang ke nak canting,lepas tu nak warnakan lagi?Letih weh…Serius lepas ni memang tak nak menawar harga dah kalau beli batik ni.Susah kot nak hasilkan sehelai batik ni kalau tak kena cara.Korang jangan memandai je nak tawar-menawar kalau korang tak tahu penatnya nak hasilkan sehelai batik.Serius lepas ni serik.Hahaha.Yang pasti kat sini korang boleh dapatkan jugak batik dan pakaian yang berunsurkan batik asli dengan harga yang berpatutan.Memang takkan menyesal punya datang sini!Layanan staff pun baik.Syok!Heee..

Dah habis cerita mengenai tempat menarik di Kuala Terengganu.Best kan ?Hehe.Ni baru sekitar bandar Kuala Terengganu.Belum lagi pergi belah dungun,kemaman,besut tu.Lagi syok!Hehehe.Dengan menginap di Sumai Hotel Apartment,korang boleh pergi dekat semua tempat yang FA cerita kat atas tadi.Tak jauh dan sangat best untuk dilawati.

Dengan harga yang berpatutan juga,korang pasti takkan menyesal kalau pilih Sumai Hotel Apartment.Layanan yang terbaik korang akan dapat la.Hehe.Eh,jangan lupa,ada pakej menarik untuk pembaca blog FA yang ingin menginap di Sumai Hotel Apartment.Sememangnya harga murah khusus untuk pembaca blog FA sahaja!Hehe.Jadi,sila jadi pembaca setia blog yang tak seberapa ni.Haha *muntah hijau*

Jomlah bercuti!Segala-galanya ada di Malaysia!

bestnya kalau boleh bercuti lagi macam ni.bebanan kerja dah datang lepas bercuti..=.=!

 

You Might Also Like

7 Comments

  • Reply farid laham Dec 30, 2013 at 9:43 AM

    wah syoknye bercuti sambil mkn angin hehe

  • Reply hazanis Jan 3, 2014 at 12:13 AM

    bila pulak kita dpt bercuti sama2 kan.:)

  • Reply nadia johari Jan 6, 2014 at 1:19 AM

    banyaknyer tempat pergi…syok betul bercuti erk

  • Reply afiz Aug 18, 2014 at 7:23 AM

    memang best tempat tempat kat Kuala Terengganu ni. Tak payah nak pergi oversea =)

  • Leave a Reply