SEMBANG SANTAI

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Dec 8, 2013
Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Suami Isteri Bukan untuk dimiliki –Β Menyebut perumpaan di atas mengingatkan FA kepada dua perkara.Pertama FA pernah menyertai contest anjuran Denaihati berkenaan tajuk di atas.Kalau anda belum baca entri berkenaan,boleh singgah di laman Denaihati.Kedua FA teringat kisah umi dan abah FA sendiri.

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Sebenarnya jalan hidup ini tak seperti yang kita fikirkan. Tak tumbuh tak melata,tak sungguh FA tak kata.Kita sentiasa fikir bahawa hidup orang lain lebih bahagia dari kita melalui pandangan luaran sahaja kan.Tapi bagaimana pandangan dalaman kita pula?

Melalui kisah hidup umi dan abah FA sendiri,FA yakin tidak semua diluar sana mampu menjalani kehidupan seperti mereka suatu ketika dulu.Berbekalkan ketabahan dan kesungguhan di hati,alhamdulillah mereka berjaya mengubah nasib kami sekeluarga.Dahulunya mereka kais pagi makan pagi,kais petang makan petang demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.Tapi alhamdulillah,kini hidup kami lebih baik dari sebelumnya.

Ramai yang fikir keluarga kami bahagia,kaya dari awalnya lagi.Tapi mereka tidak pernah melihat dari sudut dalaman hati kami.Maksudnya apa yang pernah kami lalui.Kalau di ceritakan secara lebih mendalam lagi,FA yakin pembaca pasti tidak mampu untuk berada di tempat ibu bapa kami sekarang.

FA yakin pasangan suami isteri lain juga pernah melalui fasa kehidupan yang getir seperti ibu bapa FA.Tapi mungkin jenis cabarannya berlainan.Dan ianya juga bergantung kepada kekuatan fizikal dan mental diri masing-masing untuk menghadapinya.

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Manusia diciptakan berpasang-pasangan tetapi bukan untuk dimiliki.Kerana diri kita hanyalah milik Pencipta kita.Yang Maha Esa.Pasangan kita hanyalah pinjaman kepada kita tika menjalani kehidupan di dunia.Namun di akhirat sana,adakah dia juga pasangan kita?Sama-sama doakan.

Dari kisah hidup umi dan abah,FA sering terfikir bagaimana hubungan mereka mampu bertahan sampai lebih 27 tahun.Lantas FA bertanya pada mereka pada suatu hari:

macam mana umi boleh menjalani kehidupan dengan abah ye?..Dah lebih 27 tahun abah dan umi hidup bersama..’

Umi menjawab:

Untuk hidup dengan seseorang tu,kita perlu terima segala kekurangan dia keran kita diciptakan untuk saling melengkapi..Dan andai suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi kita,kita harus belajar menerima suratanNya kerana dari Dia kita datang,kepadaNya kita kembali..

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki

Terkedu mendengar jawapan dari umi.Membuatkan FA terdiam seketika dan memikirkan jawapan umi itu.Ada benarnya jawapan umi itu.Ramai yang fikir kahwin itu mudah.Tetapi tidak semudah yang difikirkan.Walaupun FA belum berkahwin,tetapi FA banyak mendengar pengalaman mereka yang telah berkahwin.Keluhan dan luahan mereka mematangkan diri dan pemikiran FA.Dan FA banyak belajar dari mereka.

Benarlah dan tepat sekali perumpaan yang diutarakan oleh saudara Denaihati bahawa ‘Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki’.Maka kita harus belajar dan mempersiapkan diri dengan sikap sabar,redha dan tabah andai badai melanda dalam alam rumah tangga kelak.

“Cinta itu indah andai sentiasa bersulamkan kasih sayang yang berpaksikan Allah sebagai cinta hakiki kita”

You Might Also Like

20 Comments

  • Reply profhariz Dec 8, 2013 at 12:14 PM

    Kahwin adalah satu tanggungjawab yang besar.

    Ramai yang fikir bila sudah berkahwin maka isteri dan suami itu adalah miliknya seratus peratus.

    Allah.

    Itu silap sebenarnya.

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 8, 2013 at 3:27 PM

      betul tu prof.betulkan persepsi dan lengkapkan ilmu di dada sebelum menempuh alam perkahwinan.

  • Reply Denaihati Dec 8, 2013 at 3:18 PM

    Billion terima kasih kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.

  • Reply Aku PEnghibur Dec 8, 2013 at 6:01 PM

    kawin ini sememangnya tanggungjawab yang sangat besar.. suka entri ini.. dan good luck ye

  • Reply kaykillua Dec 8, 2013 at 9:09 PM

    Sebab itu niat sangat penting..permulaan segala perlakuan. Niat berkahwin kerana Allah. InsyaAllah kekal hingga akhir hayat.

  • Reply penaberkala Dec 9, 2013 at 1:49 AM

    satu nasihat berguna untuk orang bujang macam saya
    sama-sama ambil iktibar dari kisah orang2 yg dah berkahwin, dan buat persediaan sebaiknya

    FA bila mau kawen? jangan lupa jemput ye nanti

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 9, 2013 at 10:27 AM

      doa2kan la yer khairul Anuar.hehe..tapi kawe nak tunggu demo dulu πŸ˜›

  • Reply leeza dayasari Dec 9, 2013 at 5:33 AM

    TERIMA KASIH BERKONGSI… BERTUAH RASANYA DPT BERKENALAN DGN PEMILIK BLOG INI.

  • Reply akubiomed Dec 9, 2013 at 4:30 PM

    Tolak ansur perlu ada didalam kehidupan suami isteri. Jangan sesekali membuka aib pasangan.

  • Reply sohoque Dec 9, 2013 at 6:36 PM

    X sempat nak join. Wat ari ahad ekpong. Hari keluarga sedunia tu

  • Reply wan gerrard Dec 9, 2013 at 8:33 PM

    Ok nanti aku dah kahwin boleh ikut nasihat2 ni. Tq

  • Reply nadia johari Dec 10, 2013 at 12:09 AM

    bukan senang nak kawin..banyak tanggungjawab..

  • Leave a Reply