Home MAKANAN Somtam sedap Kampung Baru

Somtam sedap Kampung Baru

34
17
SHARE

Assalamualaikum

Somtam sedap Kampung Baru-Bahang kehangatan event Blogrrr semalam masih lagi terasa.Nampak ramai blogger yang sudah update entri mengenainya.Tetapi FA masih lagi belum mengupdate mengenainya memandangkan FA tak ada idea lagi.Hehe.Tunggu.Akan diupdate jua nanti.Tapi hari ni FA nak cerita dan share dengan semua pembaca mengenai somtam sedap area Kampung Baru,Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang dah familiar dengan tempat ni,mungkin ramai yang tidak.Somtam sedap di Kampung Baru ini boleh didapati di Suraya Seafood.Malam ni dah kali kedua FA pergi ke Suraya Seafood dengan kawan.Mula-mula nak cari tu memang susah sikit.Tapi sekarang zaman dah canggih,korang taip je dekat Waze tu ‘Suraya Seafood Kampung Baru‘.Confirm keluar punya.Ehh…Hehehe.

Kampung Baru yang dikenali ramai sebagai ‘syurga makanan‘(kot) memang mempunyai banyak restoran yang menyajikan aneka makanan yang sedap dan mampu menambat hati pengguna.Tapi setakat ni,Suraya Seafood je yang mampu menambat hati FA.

Suraya Seafood menyajikan aneka makanan,tetapi kebanyakkannya makanan orang Kelantan.Dan mungkin sebab dulu FA pernah belajar di Kelantan,sebab tu lah kot FA jatuh hati dengan Suraya Seafood ni.Nak tahu apa yang FA order untuk kali keduanya FA datang sini?Tengok gambar ni.

Somtam sedap Kampung Baru
Somtam sedap Kampung Baru

 

Terliur tak?Serius memang sedap giler!Pedas+manis+berasap telinga weh!Pendek kata korang kena cuba sendiri.Memang sedap!Terutama yang minat makanan pedas.Haha.Jadi kalau korang duduk area KL dan tak tahu mana nak cari somtam sedap area KL ni,jadi bolehlah singgah di Suraya Seafood Kampung Baru.Tiap-tiap malam memang penuh giler.Sampai ke luar orang beratur nak meja.

Harga makanan kat Suraya Seafood tak ada mahal pun.Memang berpatutan dan korang patut masukkan nama kedai ni dalam list favourite restoran area KL.Haha.Jadi lepas ni tak payah pikir panjang,korang datang dulu makan kat sini.Eh,lupa nak cakap.Selain somtam,kerang bakar kat sini pun sedap jugak.Tapi FA kurang minat dengan kerang.(sebenarnya tak tahu nak makan macam mana) =.=!

Apa-apa pun,korang kena datang Suraya Seafood ni dulu yer.Baru tahu macam mana rasanya yer.Hehe.Lepas ni FA nak pergi cuba HR Steak House Kampung Baru pulak.Dengar cerita kat situ pun sedap+ramai orang. =.=! Duit lagi..!Tapi tak pe,makan punya pasal,no hal.Hehehe.

Selamat Mencuba! ^_^

17 COMMENTS

  1. dah selalu dah makan dulu. yang pandai wat, memang sedap habis lah. hoho..

    tak ramai yang pandai wat somtam yang betul-betul sedap giler nih..

  2. […] Restoran ni mungkin ramai yang sudah terbiasa.Tapi kalau orang luar mesti tak pernah datang lagi dan belum mengenali secara dekat.Lokasinya bertempat di Suraya Seafood Kampung Baru,Kuala Lumpur.Saya pernah cerita pasal Suraya Seafood ni dalam entri Somtam Sedap Di Kampung Baru [KLIK UNTUK BACA] […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here