MAKANAN

Maggi sedap di Q’Bistro Cheras

Dec 10, 2013
Maggi sedap di Q'Bistro Cheras

Assalamualaikum

Maggi sedap di Q’Bistro Cheras-Mesti ramai yang pelik kan?Setakat makan maggi,masak kat rumah boleh kan.Tapi apa salahnya sekali sekala nak makan maggi kat luar pulak.Hehe.Jimatkan gas di rumah.Hehe.

Dua minggu lepas sempat singgah makan malam di Q’Bistro di Bandar Sri Permaisuri Cheras.Setahu FA Q’Bistro banyak cawangan.Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Permaisuri dan di tepi jalan membuatkan para pelanggan tidak sesat untuk mencarinya.Banyak menu istimewa yang disajikan di restoran ini.Tapi yang FA order cuma maggi kari,roti japan,telur separuh masak dan pencuci mulut banana split.Banana split ni favourite FA sebenarnya.Pergi makan dekat mana-mana kedai western,mesti order banana split ni.Hehehe

Kenapa pilih maggi?Disebabkan kebetulan waktu FA pergi waktu hujan,jadi orderlah makanan yang boleh memanaskan badan sekali.Tetiba terliur nak makan maggi sebab dah lama tak makan sebenarnya.

 

Maggi sedap di Q'Bistro Cheras

Maggi sedap di Q’Bistro Cheras

Apa yang membezakan maggi ni dari maggi lain?Bezanya maggi ni tak ada bezanya pun sebenarnya.Tapi kepedasan maggi ni berjaya buat FA sangkut dengan maggi ni.Tak menyesal order.Yelah,ada setengah restoran cuma hidangkan maggi yang dibuat secara ringkas.Maknanya diorang cuma letakkan sup panas,kemudian maggi tu.Bukannya masak bersama.Mana tak sakit gigi makan maggi keras macam tu.Tapi maggi Q’Bistro Cheras ni berjaya tawan hati FA.Sedap dia sama macam umi masak.hehe.Memang tak dinafikan la.Selain maggi,barang lain yang diletak dalam maggi ni membuatkan maggi tak nampak ‘lesu’.Sekurang-kurangnya semangat la sikit nak makan maggi ni kan.Hehehe.

Maggi sedap di Q'Bistro Cheras

Maggi sedap di Q’Bistro Cheras

Selain aneka masakan panas,western dan masakan kampung,Sup Chef Din juga disediakan disini.Chef Din merupakan chef yang mahir dalam pembuatan sup sehingga mendapat tempat di hati semua penggemar sup.Jadi kalau korang datang sini,wajib cuba sup Chef Din ni ye.!

Maggi sedap di Q'Bistro Cheras

Banana Spit

Banana split,pencuci mulut kegemaran FA.Memang tak order yang lain dah.Tapi Banana Split Q’Bistro ni FA rasa lain sikit dari yang lain.Dia punya aiskrim tak berapa beku,tapi lebih kepada tekstur krim.Jadi FA boleh cakap creammy+ais la.Sedap dan tak muak.Ditambah pulak dengan sos coklat dan pisang,lagi lah perghhhh!Mamak!Kasi satu lagi la!Hehe..Tapi tak boleh order banyak sangat dessert ni,kan tak habis pulak.

Overall :

Layanan-4 Bintang

Makanan-4 Bintang

Harga-3 Bintang

Restoran-4 Bintang

Jadi jemput singgah Q’Bistro ye semua pembaca.Dijamin korang pasti berpuas hati punya.Selamat Mencuba!

You Might Also Like

19 Comments

  • Reply syu90 Dec 10, 2013 at 2:44 PM

    dekat je ni..ble2 bleh try..banana split tu nmpk cam sedap..

  • Reply hotlips corner Dec 10, 2013 at 2:52 PM

    memang best lepak sini dating dulu heeee..
    tapi layan bola kat hajris bistro lagi best

  • Reply PingBlog.Net Dec 10, 2013 at 3:36 PM

    Maggi kalau lembut kena pandai letak perisa dan bahan2nya..nanti nak gi try gak!
    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada ‘google index’secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

  • Reply faizalpj Dec 10, 2013 at 4:05 PM

    Loh dekat saja nie..pernah pergi tapi lepak minum je haha

  • Reply MrJocko Dec 10, 2013 at 5:51 PM

    Confirm mrjocko akan pegi try,,,

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 10, 2013 at 6:28 PM

      pergi jangan tak pergi..jangan lupa cuba roti japan dia.tu sedap kot..

  • Reply Aku Penghibur Dec 10, 2013 at 6:49 PM

    wahh berapa pula harganya ?? jadi teringin plk hujan2 nie

  • Reply farid laham Dec 11, 2013 at 1:00 PM

    macam pernah nmpk Banana Split tapi kat mana ye hahaa

  • Reply Anak Askar Pencen Dec 12, 2013 at 2:25 PM

    Boleh try kedai makan ni. Nak tiru resepi pastu buat sendiri kat rumah, muahahahahahaha 😀

  • Reply ietams Dec 16, 2013 at 12:57 AM

    saya kalu kesitu lagi prefer ke Kayu Nasi Kandar.. ^_^
    QBistro memang sesuai utk lepak-lepak rasenye.. hihihi pendapat saya la..

  • Leave a Reply