Home KENALI PENULIS Kenali Dunia Farisya

Kenali Dunia Farisya

20
50
SHARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kerana sudi singgah ke blog picisan DF. DF merupakan anak jati negeri Terengganu.Menggunakan nama pena Dunia Farisya  di blog,social media dan di kebanyakan laman perbincangan.Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik beradik.Berumur 21 tahun pada ketika entri ini ditulis.Belum berumah tangga dan kini menetap di Kuala Terengganu.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.Mendapat pendidikan lanjutan di Sekolah Menengah Agama Khairiah(PEREMPUAN) sehingga tingkatan dua dan mendapat tawaran untuk belajar di Sekolah Kluster Kecemerlangan Sultan Zainal Abidin,Batu Burok (SMAASZA) .Selepas SPM,FA mengambil bidang Diploma Penolong Pegawai Perubatan selama hampir 3 tahun di salah sebuah kolej di pantai timur.

Mula berkenalan dengan komputer pada tahun 2003.Masa tu FA darjah lima.Selepas itu FA meninggalkan ‘sekejap’ dunia siber kerana fokus pada pembelajaran.Mula aktif balik semasa di sekolah menengah.Pada awal 2011,mula membina blog menggunakan platform blogspot dengan menggunakan link fa.blogspot.Kemudian berhijrah kepada platform wordpress pada Julai 2013 dengan domain baru iaitu www.duniafarisya.com dan kini semakin serius dalam bidang ini.Menggunakan tagline ‘Ilmu Dikongsi Bersama’ kerana FA seorang yang gemar berkongsi ilmu dengan semua orang walaupun sebesar zarah.

Aktif menulis di blog ‘Dunia Farisya’ dengan 3 niche utama iaitu Kecantikan,Makanan dan Liputan Media (Event).Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan FA bagi sebarang advertorial/review/pengiklanan/media coverage,bolehlah menghubungi FA dengan menghantar email atau mesej terus di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ilmu dikongsi Bersama

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

50 COMMENTS

  1. assalam kak…saya kenal kak…satu sklh (SMAASZA) kan..hehe..saya sama umur ngn adik kak yg form 5 2013..alif amirul ikhwan klau xsilap nama dye.. :)

  2. salam…nak tanya.. ada tak agent di jalan TAR.. memandangkan nak membeli….tutup dah..kalau ada contact number…
    tolong bui… payoh weh.. 2 3 kali g… tutup sokmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here