Home KECANTIKAN Kebaikan Bedak Sejuk

Kebaikan Bedak Sejuk

2025
40
SHARE

Assalamualaikum

Kebaikan bedak sejuk-Bila bercerita tentang ni,FA teringat kawan FA masa sekolah menengah,tiap kali habis waktu study,sebelum nak tidur tu,mesti dia sapu bedak sejuk dulu.Hehe.Lucu bila diingat balik..FA perhatikan je gelagat dia setiap kali dia nak tidur.Pergi tandas,gosok gigi,cuci muka,sapu bedak sejuk.Dahlah katil FA depan katil dia.Kalau tak teringat dia pakai bedak sejuk,confirm FA terkejut bila bangun tidur.Tak pasal2 ingat sundal bolong mana entah.Hahaha.

dulu masa-masa kecik selalu buat-buat berani tengok sundal bolong versi Indon tu.Biarpun masa tu takut macam nak tercabut jantung.

Kebaikan Bedak Sejuk

Banyak sebenarnya kelebihan pakai bedak sejuk ni.Bukan perempuan je boleh pakai,lelaki pun boleh.Kalau lelaki yang ada kulit mulus macam Mr Jocko ni,tak perlu pakai dah.Hehehe.Lainlah dengan Farid Laham pakai Garnier For Men je.Padanlah kulit u makin hari makin gebus je.Abang Jamiee pulak pakai petua nenek moyang je.Nak berguru dengan abang Jamiee?Boleh sangat lah..Jimat kos.Cara pemakaian bedak sejuk ni pun bukan susah sangat.

1.Melicinkan kulit muka

2.Memberi kesegaran pada kulit

3.Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka

4.Menanggalkan sel kulit mati

5.Membantu menyejukkan kulit

6.Membersih dan menegangkan wajah

7.Membantu pengecutan jerawat

Bedak sejuk ni petua nenek moyang kita dahulu.Kalau masa kecik-kecik dulu selalu tengok tokwan pakai ni.Masa tu tak pernah nak tanya dekat tokwan.Yelah.budak-budak lagi masa tu.Hehe.

Bedak sejuk dibuat dari beras yang direndam selama 44 hari mengikut petua nenek moyang dahulu.

Kebaikan Bedak Sejuk
Bedak sejuk koleksi FA.Sampai sekarang tak habis guna -.-”

Patutla kulit muka tokwan tak ada jerawat masa dia muda-muda dulu(tokwan FA cerita).Dan padanlah kulit muka kawan FA yang pakai bedak sejuk ni cantik je.Mulus pulak tu.Jeles pulak kita tengok.Tapi sebenarnya atas rajin dengan malas sahaja nak jaga muka.Hehe.

Selain bedak sejuk,bedak AAA atau dikenali bedak 3A juga famous masa zaman tokwan dulu

Lepas ni kena rajinkan diri pakai bedak sejuk tiap-tiap malam.Kalau nak jaga muka tanpa berbelanja lebih,maka korang kena cuba pakai bedak sejuk la yer.Tak keluarkan modal banyak pun.Tak sampai RM10.Hehe.

Cantik itu subjektif dan ianya kurniaan Tuhan kepada kita.Maka hargailah pemberianNya sebaiknya.

p/s:Sebenarnya semalam baru lepas pakai bedak sejuk Tanaka

40 COMMENTS

  1. Cantik itu subjektif dan ianya kurniaan Tuhan kepada kita.Maka hargailah pemberianNya sebaiknya.
    Setuju dengan statement ni. Ade pernah pki bedak 3A tu dulu ms kecik2 hehe. Bedak tu dlm kotak then kt depan ade gambo “Perempuan Opera Cina”. hehe

  2. boleh gabungkan ke bedak sejuk tanaka dgn bedak sejuk flower tu? ke kena guna berasingan , tak boleh campur?

Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here