MAKANAN

Steamboat Sedap Area Setapak

Nov 29, 2013
Steamboat Sedap Area Setapak

Assalamualaikum.

Bagi peminat makanan seafood dan steamboat,FA rasa korang patut cuba di M2 Cafe and Catering di Setapak.Kepelbagaian yang ada di M2 Cafe menjanjikan kepuasan kepada korang semua.Selain steamboat,hidangan ala carte,masakan melayu dan western Β juga disediakan untuk para pelanggan.

Bagi pakej steamboat,M2 Cafe sedang mengadakan promosi untuk bulan November dengan caj RM22 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.Memang berbaloi bagi FA dan family sebab bayar sekali,makan berkali-kali.Selain itu,M2 Cafe juga menyediakan perkhidmatan katering untuk aneka menu termasuklah steamboat per pax.

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

Sos steamboat yang merupakan resipi rahsia dan ‘senjata’ utama M2 Cafe.Bagi FA sos mereka adalah paling sedap setakat ini jika nak dibandingkan dengan sos steamboat restoran lainyang FA pernah cuba.Memang tidak mengecewakan.Tidak terlalu pedas dan secukup rasa.Sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

Apa yang paling mengancam di sini adalah kambing bakar macam gambar diatas.Walaupun FA sebenarnya bukanlah seorang penggemar daging kambing,tetapi lepas FA cuba menu kambing bakar dari M2 Cafe ni FA terus jatuh hati.Sos yang digunakan sangat menggamit selera dan dagingnya juga dibakar dengan sempurna.

 

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

 

Steamboat Sedap Area Setapak

Steamboat Sedap Area Setapak

Suasana yang selesa dan kondusif di M2 Cafe juga menjanjikan kepuasan buat korang semua.Pelayan di sini juga mesra pelanggan dan tidak menghampakan kehendak pelanggan.FA berpuas hati dengan layanan mereka.

Dari segi harga pula FA rasa sudah berpatutan memandangkan kenaikan barang dan GST baru-baru ini kan.

Secara keseluruhan FA berpuas hati dengan M2 Cafe dari segi makanan,harga dan layanan mereka.FA sangat mengesyorkan korang semua untuk datang sini.

M2 Cafe

Fanpage: M2 Cafe and Catering

Marketing Manager:Faiz (014-7571297)

Lokasi:Depan KL Festival City

You Might Also Like

18 Comments

  • Reply titan Nov 29, 2013 at 8:13 PM

    tak ajak pun gua. huhu..

  • Reply Eridy Nov 29, 2013 at 8:39 PM

    nyum3x hehehe… kalau makan stembot time hujan2 fuhhh..

  • Reply jaymiee Nov 29, 2013 at 11:35 PM

    Terus lapar perut….haha

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 30, 2013 at 11:46 PM

      haha..kalau nak pergi makan steamboat,better pergi time perut kosong.ngeh3..!

  • Reply akubiomed Nov 30, 2013 at 12:14 AM

    Sudah lama tidak makan Steam bot. Kalau dapat duduk makan mengadap.

  • Reply Puteri Kasih Dec 2, 2013 at 1:39 AM

    lama rasanya tak makan steamboat..tengok gambar kat sini lapar dibuatnya.. πŸ™‚

  • Reply hannyabdullah Dec 2, 2013 at 5:24 PM

    Wahhh steamboat..lama dah tak makan steamboat..harus di cuba ni..

  • Reply Anak Askar Pencen Dec 4, 2013 at 10:18 AM

    Lama betul tak makan steam bot ni. Tengok lama-lama dalam gambor ni, boleh berkeroncong perut.

  • Reply Sop Dec 4, 2013 at 11:36 PM

    blom kesempatan untuk singgah πŸ™

  • Reply nadia johari Dec 10, 2013 at 12:16 AM

    last makan steambot masa majlis berbuka puasa blogger..hehe..

  • Leave a Reply