Home SEMBANG SANTAI Semua orang adalah hebat dan pandai

Semua orang adalah hebat dan pandai

16
2
SHARE

Assalamualaikum

Terdetik untuk berkongsi apa yang FA rasa hari ini.Hari ni kawan-kawan abah datang rumah untuk pasang tile @ jubin.Khusyuknya bukan main FA tengok pakcik-pakcik ni buat kerja.Sampailah FA terdetik dalam hati:

Allah telah aturkan jalan hidup yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya..Allah juga telah aturkan jalan mencari rezeki yang berlainan untuk setiap hambaNya..

Tapi bagaimana pula dengan aku?…

Bila FA pandang kesungguhan dan kepandaian pakcik ni buat kerja memasang tile,FA cukup kagum dan menyedarkan FA bahawa setiap manusia dikurniakan dengan kepandaian yang tersendiri.Cuma bergantung pada diri sendiri samada rajin atau tidak untuk berusaha menggilapkannya.FA terfikir aturan Allah ni indah sangat.

Cuba bayangkan kalau tak ada seorang pun yang pandai buat kerja bina bangunan?

Cuba bayangkan kalau tak ada seorang pun yang pandai bawak lori?

Cuba bayangkan kalau tak ada seorang pun yang sanggup kerja kutip sampah?

Cuba bayangkan kalau tak ada seorang pun yang pandai buat kerja sebagai pump attendant stesen minyak?

Jadi sebab itulah FA cakap bahawa semua orang adalah hebat dan pandai.Tetapi masing-masing dikurniakan kepandaian yang berbeza-beza..Betul tak?Dan tidak perlu timbul isu hina-menghina ni.Tetapi masih ada segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap golongan yang memilih kerja sebegini.Kenapa harus wujud perasaan sebegitu ye?Di mana sensitiviti mereka sebagai manusia?

Allah telah aturkan sebaik-baik perancangan untuk kita.Semua yang kita ada ini adalah milik Allah.DariNya kita datang,dan kepadaNya kita kembali.Tidak perlu menyombong dengan kekayaan yang kita miliki hari ini.Tidak perlu bermegah dengan pangkat yang kita kecapi hari ini.Tu semua Allah datangkan kepada kita sebagai satu ujian untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak.Kan?

Usaha,doa dan tawakal.Itu lah seharusnya dilakukan oleh seorang manusia dalam mengecapi sesuatu kejayaan dalam hidupnya.Bukan sekadar mengharap dan menunggu umpama menunggu ‘bulan jatuh ke riba’.Jangan pernah mengeluh andai apa yang dihajatkan belum ditunaikan Allah..Bersangka baiklah bahawa Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita.Tapi biarlah seiring dengan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh kepadaNya.

Wallahua’lam.

Semua orang adalah hebat dan pandai
Semua orang adalah hebat dan pandai

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here