Home KECANTIKAN Penting ke Facial Muka?

Penting ke Facial Muka?

82
9
SHARE

Assalamualaikum.

Lama menyepi tak update blog.Tapi hari mood menulis dah datang.Jadi cepat-cepat menulis sebelum mood tu lari lagi.Hehe..

Semalam sempat merehatkan dan memanjakan diri di Pusat Terapi Dr Azimuth,Jalan Tanjung Kuala Terengganu.Pada mulanya hajat di hati nak pergi buat facial muka je.Tapi lepas tergoda dengan mesin terapi air tu,FA buat la sekali yang tuh.Ini kali pertama FA menjejakkan kaki ke situ dan secara keseluruhannya FA puas hati dengan servis dia.

Penting ke buat Facial Muka?

Bagi FA sangat-sangat penting terutama mereka yang jarang dan malas sangat nak memanjakan muka dekat rumah ni.Macam badan kita la,kalau tak gosok daki seminggu sekali,sanggup ke?Euuewww…Tidak…!Jadi sekali-sekala apa salahnya manjakan muka kita di spa atau mana-mana pusat terapi kan.Bila kita buat facial muka,semua kotoran dan bendasing yang bermaharajalela di muka akan hilang dan dikeluarkan.Kulit muka pulak akan rasa segar dan bertenaga.Rasa mulus je kan?Bolehla berangan nak macam kulit Datuk Siti.Kan?Hehe..

Penting ke facial muka?
Penting ke facial muka?

Tapi bukan perempuan je yang perlu buat facial muka,lelaki pun sama.Tak semestinya bila sembang pasal kecantikan,menjurus kepada wanita je.Baik lelaki mahupun perempuan,penjagaan kulit muka wajib dititikberatkan.Lelaki yang dah berkahwin pun kena juga kelihatan smart di mata isteri.Untuk si halal,takkan nak berkira jugak untuk facial muka kan?Jadi lelaki patut betulkan tanggapan mereka yang kecantikan ni bukan untuk wanita je.

Facial muka mahal?

Oh no..! Tak semua tempat untuk buat facial muka mahal.Macam yang FA pergi ni,caj yang dikenakan cuma RM10 sahaja..!!Tak ada caj yang tersembunyi pun taw.Sangat memuaskan hati dan berbaloi.FA cuma buat facial muka biasa.Kalau nak buat yang Vitamin C,caj dia Rm68.Ok la kan?Lagipun bukan hari-hari,sebulan sekali sahaja.Jangan kedekut untuk manjakan muka kita sebab apa yang kita ada hari ni semuanya pinjaman.Jadi jagalah sebaiknya.

Kalau korang nak ke tempat yang FA pergi ni,korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai cawangan seluruh negara Pusat Terapi Dr Azimuth disini ->Dr Azimuth

9 COMMENTS

  1. Assalam Farisya, Kat mana spa tu, yang buat facial tu lelaki ke perempuan? Melayu ke? Dah lama cari tempat2 facial yang best dan harga yang berpatutan. Dah klik dah link yang FA bagi tu, tapi page not found. Apa land mark spa tu? Saya duk area Tanjung tu jugak. tq FA :)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here