Assalamualaikum
Siapa yang suka pakai mask muka?FA salah seorang penggemar mask muka.Tiap kali masuk Watson,memang akan beli satu kotak(5sachet) walaupun kat rumah dah ada.FA peminat mask muka yang tegar.Tapi masih tak dapat nak lawan kulit muka Datuk Siti.hehe..Tapi kalau rajin pakai mask ni,kena tahu jugak apa langkah yang patut dititik beratkan untuk pemakaian mask ni.Jadi FA akan kongsikan dengan semua pembaca apakah langkah yang perlu dititik beratkan.
1.Cuci muka dengan pencuci yang bersesuaian.
Pencuci muka memainkan peranan yang sangat penting untuk kita.FA nasihatkan supaya korang kenal dulu jenis kulit muka korang samada berminyak,kering atau normal.Nanti tak pasal-pasal pulak timbul pendatang asing’ atas muka nanti.
2.Lap muka dengan kain lembut dan bersih
Bahagian ni paling ramai yang ambil mudah.Ramai yang suka lap muka dengan tuala mandi kan?hehe..FA dulu pun macam tu.Tapi lepas FA dah belajar bahagian perubatan,baru lah FA mula asingkan penggunaan tuala ikut keperluan.Cuba gunakan kain lap muka yang lembut sebab kulit muka kita ni sensitif sikit.Tambah Β kalau kulit manja,memang susah nak jaga.
3.Cuci tangan sebelum letak mask di muka
Yang ni sangat-sangat penting.Pastikan korang cuci tangan terlebih dahulu sebelum apply mask di muka.Bimbang nanti kotoran yang ada di tangan nanti masuk ke liang pori-pori muka kita.
4.Rest and Relax
Kalau dah pakai mask tu,cuba rehatkan minda dan berbaring.Sebab bila kita relax dan rest secukupnya,otot-otot di muka juga turut sama berehat.Jadi,pemakaian mask muka akan lebih berkesan.Cuba kosongkan minda dan fikiran.FA yakin lepas bangun nanti,korang akan rasa segar sangat.
5.Cuci dengan air sejuk selepas pemakaian
Jangan lupa cuci muka dengan air sejuk.Sebab air sejuk berfungsi untuk menutup liang-liang roma muka.Kalau korang cuci dengan air panas,habis terbuka balik pori-pori muka tu.Tapi tak semua mask perlu dicuci dengan air selepas pemakaian.Lihat belakang kotak/sachet mask tu.Jangan pandai pakai je.Baca jugak arahan yang diberi.
Kalau korang amalkan langkah-langkah penting seperti di atas,InsyaAllah korang akan dapat kulit yang mulus macam Datuk Siti tu.hehe..
Nak tahu FA suka pakai mask mana?
Mask ni sangat ‘mesra alam’ dengan muka FA.Hehe.Kulit muka FA kering,jadi FA pilih Revitalising and Moisturising Facial Mask dari Watson.Bau bunga ros menambahkan lagi kesedapan untuk tidur lebih lama.Memang relax dan cool sangat.Mask ni diperkaya dengan air bunga rose dan ekstrak tumbuhan semulajadi.Lepas pakai mask ni,FA rasa kulit muka FA segar dan bertenaga sangat.Mengantuk semua dah hilang.Kulit terasa ringan je.Dah boleh feeling kulit mulus macam Datuk Siti.Banyak lagi sebenarnya mask yang FA suka.Tapi hari ni FA share yang ni dulu.Hehe..FA suka shopping barangan penjagaan muka di Watson sebab banyak potongan dan ganjaran menarik dari Watson.Tapi kena apply membership card dulu la yer.
Jangan lupa amalkan langkah-langkah yang FA kongsi di atas.InsyaAllah menjadi.
Wsalam.
18 Comments
jarang pakai mask… sekali-sekala jer kalau teringat. huhu~
rajin2kanla lepas ni kak nur π mmg best.
thanks for the tips.. π
sama2.ilmu utk dikongsi bsama π
Kak nora baru beli mask. I love roses
best kan?hehehe
Teringin jugak nak jaga kecantikan wajah ni. Tapi bila mengenangkan muka penuh dengan lubang parut jerawat macam kawah kat bulan, saya batalkan aje niat murni saya tu. Hehe
semua tu boleh di atasi dengan penjagaan muka yang betul π
baca ni terus teruja nak pakai mask. pakai tiap-tiap malam eh?
digalakkan seminggu 3kali π jomla pakai ^_^
Rasanye lelaki tak perlu nak pakai face mask nie..
bergantung atas masing2 π
Bagi yang berumah tangga perlu beritahu suami awal-awal nanti lain jadinya. π
hahaha..betul3.
dulu rajin, skrg malas.. hehe π
kena sentiasa rajin cik amal!hehe
Boley tukar-ii mask takk tapi dlm jenama yg sma
Kita pakai jenama watsons jugak tapi whitening and moisturising. muka ada miss j jer. Bole ke?