SEMBANG SANTAI

Review Lagu:Ramalanku Benar Belaka 2013

Oct 6, 2013
Review Lagu:Ramalanku Benar Belaka 2013

Assalamualaikum.

Balik dari event,rehat sekejap,solat terus bukak laptop.Itu je rutin seharian FA.Hari ni bukak timeline FB terus terpandang dekat status Zarul Umbrella.

Hari ni secara eksklusifnya,video Ramalanku Benar Belaka ver 2013 dah berada di laman sesawang Youtube.Terus FA klik.Memang ternyata alunan muzik dia yang berlainan dari lagu asal sangat menyentuh hati.Jom dengar dari video di bawah ni.

 

Dah habis dengar?Sedap kan?Buat halwa telinga sekali-sekala.Muzik yang ditampilkan oleh Zarul Umbrella kali ni bagi FA lain sangat dengan original punya version.Mungkin irama kali ini lebih kepada irama pop rock.Betul ke apa yang FA komen?*lantakla*.Tapi FA cair sekejap tengok Zarul Umbrella dalam klip video ni.Dah macam korean style la.Suara dia pun tak banyak berubah dari suara dia masa mula-mula nyanyi klip video pertamanya dengan kumpulan Umbrella.

Jujurnya FA bagitahu,FA tak minat sangat dengan kumpulan Umbrella dulu sebab nama kumpulan ni pelik.Nama pelik-pelik je FA terus tak dengar.*tetibe demand*.Tak adalah masa umur FA dulu,FA tak familiar sangat dengan kumpulan ni.FA mula ambil tahu pasal Umbrella ni sejak tahun 2010.Masa tu baru terasa rajin nak layan lagu-lagu lama.Kononnya masa tu jiwang la sangat kan.

Secara ringkasnya FA boleh cakap video klip terbaru Ramalanku Benar Belaka ni berjaya membawa satu kelainan kepada semua peminat.Dengan susunan muziknya yang berlainan dari lagu asal,FA rasa lagu ni berjaya menambat hati semua peminat Zarul Umbrella.Nak layan mood jiwang lagi?Mainkan balik lagu kat atas tu.hehe ^^_^

Wsalam.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply