SEMBANG SANTAI

Motivasi:Jangan lokek ilmu

Oct 27, 2013
Motivasi:Jangan Lokek Ilmu

Assalamualaikum.

Hari ini kembali menaip entri untuk ruangan motivasi pulak.Pernah tak korang mengalami situasi di mana kawan atau adik-adik korang mintak ajarkan sesuatu?Mesti pernah kan?Tapi apa tindakan korang?

…aku tak reti la tajuk tu..kau tanya la si Syah..(dalam hati:malas aku nak ajaq dia,nanti dia pandai dari aku)

ATAU

..oo..yang ni macam ni jawapan dia..tapi kalau aku salah,aku mintak maaf..sebab aku pun tak berapa pandai sangat soalan ni..

Apa tindakan korang,biar korang sendiri je la yang tahu kan.Bagi FA bila bercakap bab ilmu ni,tak perlu rasanya nak jadi orang yang kedekut ilmu.Sebab  bila kita  jadi orang yang kedekut ilmu ni,tak akan kemana jugak.

Tidak akan pernah berkurang

Ilmu kita tak akan pernah berkurang kalau kita kongsikan ilmu yang kita ada dengan semua orang.Betul tak?Tak pernah lagi FA dengar kalau kita ajar orang tu,kita jadi makin tak faham.Rasanya kita jadi makin faham.Tapi masih ada segelintir golongan yang mempunyai pemikiran sebegini.Pemikiran kuno mungkin.

Berjaya sama-sama

Ilmu bila dikongsi dan diajar kepada yang kurang faham,kita akan rasa lega dan gembira sangat.Sebab kita faham,dia faham.Banyak pahala bila kita berkongsi ilmu ni.Bagi FA,FA akan rasa gembira sangat bila dapat ajar sesuatu ilmu kat orang walaupun ilmu yang sedikit.Sebab akan timbul rasa puas sebab kita berkongsi apa yang kita tahu.Kita kena yakin bahawa semua yang kita ada sekarang semua milik Allah.Allah itu Maha Bijaksana.Dan bagi FA tak ada istilah orang pandai.Yang membezakan adalah usaha masing-masing.

Semoga perkongsian hari ni dapat membuka minda dan mata semua pembaca bahawa ilmu itu dikongsi bersama-sama.Mulai saat ni jangan lagi menjadi seorang yang lokek ilmu,tapi jadilah seorang yang pemurah dengan ilmu.

Wsalam.

Motivasi:Jangan Lokek Ilmu

Motivasi:Jangan Lokek Ilmu

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply