SEMBANG SANTAI

Motivasi:Dengki itu rugi

Oct 8, 2013
Motivasi:Dengki itu rugi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Itulah perkataan yang sewajarnya keluar dari mulut kita saat kita bangkit dari ‘wafat sughra‘ atau ‘mati kecil’ atau bahasa kita ‘tidur’.Jadi korang dah ucapkan ke belum?Kalau belum,ucaplah sekarang sebelum kita terlambat.

Dah lama rasanya tak mencoret sedikit cerita di ruangan motivasi ni.Hari ni FA terasa ingin berkongsi satu motivasi mengenai ‘dengki’ dengan semua pembaca.

Dalam hidup kita,mustahil tak wujud insan yang suka berdengki dengan kita kan?Semua tu dah sinonim dengan realiti kehidupan sekarang.Asal tengok orang tu lebih sikit,mulalah nak berdengki itu ini.Asal tengok orang tu dah naik pangkat mulalah berbisik di belakang.Tapi apa yang kita dapat sebenarnya bila kita berdengki dengan kejayaan manusia yang lain?Cuba renung kembali diri kita.Apa yang membezakan kita dengan orang yang berjaya itu?Tak akan wujud perbezaan antara kita dengan seseorang itu kalau ‘usaha’ kita sama banyak dengan dia.Betul tak apa yang FA cakap?Kalau ada silap,FA sedia ditegur.

Bagi FA,orang yang dengki itu rugi.Hati orang yang selalu dengki ni tidak akan pernah tenteram.Jiwanya akan selalu resah kerana dia sibuk memikirkan tentang orang dia dengki tu.Bukannya dapat faedah pun kalau dengki dengan orang ni.Baik kita sibuk fikirkan diri kita.Fikirkan bagaimana nak menjadi seorang yang lebih berjaya pada masa akan datang yang memberi manfaat kepada semua orang.Buat apa nak dengki kat orang lain.

Motivasi:Dengki itu rugi

Motivasi:Dengki itu rugi

Banyak lagi sebenarnya benda yang kita boleh buat  dari jaga tepi kain orang lain.Cuba renunng balik amalan dan usaha kita sehari-hari.Kalau kita dengki kat orang seolah-olah kita tak yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah.Bahkan DIA lah pemberi rezeki kepada kita selama kita hidup di muka bumi ni.Apa yang penting usaha itu biarlah setimpal dengan apa yang kita nak.Janganlah usaha ‘ciput’ tapi nak hasil ‘gempak’ .

FA pernah mempunyai perasaan seperti ini.FA pernah dengki pada kejayaan orang lain.Tapi FA renung balik apa yang FA rasa.Lantas FA berbisik sendiri dalam hati FA:

…kenapa aku nak dengki dengan dia,bukan dia bagi aku duit pun..

…Aku yakin Allah itu Maha Pemurah,Maha pemberi rezeki.Aku kena yakin denganNya.

..aku boleh berjaya juga seperti mana dia berjaya.yang membezakan aku dengan dia adalah usaha..

 

Bila difikirkan balik,macam sia-sia je dan rugi sangat bila kita dengki pada orang lain.Sebab kita sebenarnya boleh lakukan yang lebih baik berbanding dia.Yakin pada diri sendiri dan kebolehan diri kita.Setiap manusia yang diciptakan ada kelebihan masing-masing yang telah Allah kurniakan.Moga entri ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Wsalam.

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply penaberkala Oct 8, 2013 at 9:37 PM

    setuju… jalan hidup kita, kita sendiri yang tentukan
    tak payah nk banding bandingkan dengan orang lain
    apa yg terkurang kita perbaiki
    apa yg terlebih kita syukuri
    baru rasa gumbira sentiasa 🙂

  • Leave a Reply