KESIHATAN

Kesihatan:Apa itu HPV?

Oct 25, 2013
Apa itu HPV?

Assalamuaalaikum.

Korang pernah dengar mengenai HPV?Belum?Jom tengok apa itu HPV sebab FA akan terangkan secara ringkas apa itu HPV.Mungkin ini tidak penting bagi korang,tapi ianya cukup penting untuk adik-adik perempuan korang yang lahir antara 1993-1995.

Apa itu HPV?

HPV adalah singkatan nama bagi Human Papiloma Virus.Virus HPV ini menyerang alat kelamin wanita terutama di bahagian rahim.Terdapat lebih dari 100 jenis HPV yang telah dikenal pasti.Virus ini lah yang akan mengakibatkan terjadinya kanser servik.Jadi sebagai langkah pencegahan,pihak kerajaan dibawah Β  Β naungan LPPKN telah mengambil inisiatif dengan melancarkan satu kempen Vaksinasi HPV kepada semua remaja perempuan yang lahir pada tahun 1993-1995.

Kempen Vaksinasi HPV

Untuk makluman semua pembaca,kempen vaksinasi ini akan dijalankan di 4 buah universiti yang terpilih yang mana lokasi pertama telah pun dijalankan iaitu di Taylor’s Universiti.Sekarang untuk lokasi kedua pula akan dijalankan di Universiti Putra Malaysia-Bukit Expo pada 26 Oktober 2013 bermula jam 9pagi hingga 4 petang.Suntikan vaksin ini amat penting bagi mencegah kanser servik,kanser pembunuh no.3 di kalangan wanita Malaysia.

Apa itu HPV?

Apa itu HPV?

LIKE FANPAGE KEMPEN HPV DISINI!

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang kempen ini dijalankan antaranya termasuklah aktiviti cabutan bertuah dimana korang hanya perlu bentukkan sebuah kumpulan 5 orang remaja perempuan dan ambil suntikan vaksin HPV ini dan berpeluang memenangi percutian FREE ke destinasi rahsia ‘Girls Day Out’.Semuanya ditanggung oleh pihak penganjur.Korang cuma perlu bawa diri je.Menarik kan?Untunglah bagi mereka yang lahir pada tahun 1993-1995 ni.Rugi kalau korang tak ambil bahagian dalam kempen ni.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply