MAKANAN

Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

Oct 13, 2013
Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

Assalamualaikum.

Hari ni kebetulan FA keluar teman kawan pergi interview di KLCC.Jadi lepas lepak kejap kat KLCC,FA gerak pergi pasar Chow Kit sebab FA kempunan nak makan ‘mee celup‘ dekat gerai Pak Ngah Bihun Sup.Serius FA cakap,mee celup dia memang sedap sangat bagi FA.Bagi korang FA tak tahulah macam mana.Bagi FA,gerai Pak Ngah Bihun Sup ni antara  tempat makan yang sedap di Chow Kit dan di area KL ni.

Lokasi gerai Pak Ngah Bihun Sup ni tak susah pun nak cari.Sebab kalau korang dari  depan pintu masuk Pasaraya UO tu,korang masuk je bahagian tepi pasar tu.Gerai dia dekat dengan orang jual buah-buahan kat situ.Gerai dia tak perlu masuk ke dalam sangat.

Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

 

Inilah gerai yang dimaksudkan.Mungkin bagi mereka yang tak suka dengan suasana pasar yang bising,tak boleh datang sini kot.hehe.Sebab FA dah biasa.Jadi FA tak kisah dengan suasana bisingnya.Harga makanan kat sini bagi FA dan standard la.Tak mahal sangat,tak ada murah sangat.Hehe.

Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit

 

Amacam?Mengancam tak?Mesti korang automatik rasa lapar kan bila tengok gambar ni.Betul tak?Hehe.Makan mee celup+ABC special memang terangkat la.Tambah-tambah lepas hujan pulak tu.Apa yang special dengan mee celup Pak Ngah ni bagi FA adalah sambalnya.Dia tak gunakan sambal lada tu.Dia letak cili giling atau orang pantai timur panggil ‘cili boh’.Tu la yang buat makin terangkat tu bila makan.FA order dua mangkuk.Jangan ingat FA keding makan sikit yer.Kalau Jalan-Jalan Cari Makan nak upah pengacara baru,FA sanggup pergi.*poyo je ayat ni*

Harga untuk yang FA makan ni RM6 sahaja.ABC dia memang sedap giler la!Walaupun gerai biasa,FA langsung tak kisah.Sebab bagi FA gerai-gerai macam ni lagi sedap dari makan di hotel 5 bintang.

Jadi kalau korang nak datang ke gerai ni,datang sahaja yer.Dan FA boleh bagi jaminan korang tak akan menyesal datang sini taw.Ok.Kena tidur dulu.Dah lewat.Nanti makin tebal eyebag FA =.=

Wsalam.

You Might Also Like

13 Comments

  • Reply blogger lelaki Oct 13, 2013 at 11:18 AM

    nampak macam sedap..rasa lapar la plak

  • Reply akubiomed Oct 13, 2013 at 12:46 PM

    Sudah agak lama tidak makan di Chow Kit. Rata-ratanya tukang masak ada orang asing.

    • Reply Farisya Anastasyia Oct 14, 2013 at 11:39 PM

      tempat yang FA pergi ni semua orang tempatan yang beerniaga 🙂

  • Reply titan Oct 13, 2013 at 1:06 PM

    orang pempuan..mesti order mihunn.

    • Reply Farisya Anastasyia Oct 14, 2013 at 11:39 PM

      dah yang tu je yang sedapnya abg titan 😀 nak cendol mana ni???lama da nak tuntut ni..

  • Reply Tengku Syukri Oct 14, 2013 at 7:26 PM

    gua tak tahan tengok abc.. wuarghhhhh

  • Reply BudakHitam Oct 26, 2013 at 1:43 AM

    Hari-hari kot lalu situ. Tapi tak penah try lagi. Nanti nak singgah la kedai ni.

  • Reply Bahrain Nov 16, 2013 at 1:53 PM

    gerai2x biasa nilah paling sedap berbanding kedai yang mewah kebiasaanya..

  • Reply walls Nov 25, 2013 at 2:32 AM

    salam fa. saya wal dari johor. akan chek in chow kit esok. first time ni. bole bg detail kat mana gerai ni. mcm best je. dpt bg nama jln pun ok. nanti saya search kat google map. thanks

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 25, 2013 at 9:36 PM

      wsalam.alamak.nama jalan x berapa ingat la.tapi just landmark pasaraya UO betul2 tepi pasa chow kit.gerai ni dalam pasar chowkit.. 😉

    Leave a Reply