SEMBANG SANTAI

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Oct 5, 2013
Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Assalamualaikum.

Tak siapa sangka bahawa Ayam Brand kini sudah memasuki tahun keenamnya dalam meneruskan misi kebajikan Kempen Masyarakat Penyayang.Diam-diam ubi berisi kan?Pejam celik pejam celik,dah masuk tahun keenam.Ayam Brand yang sememangnya sudah terkenal sejak turun-temurun lagi tetap mendapat perhatian semua pihak.

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand diteruskan dengan misi menyalurkan sumbangan produk makanan dalam tin selama dua bulan kepada penghuni-penghuni di 45 badan kebajikan di 10 daerah di seluruh Malaysia yang merangkumi lebih dari 2,200 anak-anak yatim,mereka yang kurang upaya dan golongan-golongan tua dengan produk makanan bertin yang mudah di sediakan,sihat dan berkhasiat.

Majlis pelancaran kempen ini diadakan di Galleria 1,Petrosains,Level 4 Suria KLCC pada 3 oktober yang lalu dengan sumbangan diberikan kepada Rumah Sayangan,Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor&Wilayah Persekutuan,Persatuan Rumah KIDS,Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR),Yayasan Sunbeams Home,Rumah Juara Petaling Jaya,House Of Joy dan Trinity Community Children Home Society.Selain itu badan-badan kebajikan dari Perak,Kedah,Johor,Pulau Pinang,Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan,Sabah & Sarawak juga menjadi penerima bagi kempen ini.

Kempen ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan sehingga kini telah memanfaatkan lebih dari 11,000 orang daripada 203 pertubuhan-pertubuhan kebajikan dengan membekalkan produk-produknya yang sihat,berkhasiat dan mudah disediakan.

Produk-produk yang disumbangkan tahun ini termasuklah sardin,mackerel,tuna,kacang panggang dan pelbagai lagi makanan bertin yang sihat dan berkhasiat keluaran Ayam Brand.Para hadirin yang hadir juga turut dihiburkan oleh penyanyi dan radio deejay yang terkenal Hunny Madu dan juga pertunjukan ‘Bubble Show’ dari Petrosains.

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

 

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Menurut Pengerusi Ayam Brand,Tunku Dato’ Mu’ Tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed,matlamat kempen ini adalah utuk menggalakkan pengambilan diet pemakanan yang sihat dengan menyertakan pengambilan ikan di kalangan rakyat Malaysia.

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Event:Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand

Untu pengetahuan korang,event yang dihadiri oleh FA dan blogger lain kali ini adalah event kedua dari pihak Blooggers Dot Com.Tak rugi hadir ke event sebegini.Kami dapat beramah mesra dengan hadirin yang hadir pada hari tersebut.Dapat tambah ramai kawan 🙂

Nak tahu lebih lanjut mengenai Ayam Brand?Dapatkan maklumat tersebut di www.ayambrand.com.my

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply penaberkala Oct 5, 2013 at 12:48 AM

    pergh,kalau dapat stok Ayam Brand ni, mau berasap dapur seminggu tak payah makan kat luar 🙂

  • Reply Fauzi Blues Oct 5, 2013 at 1:14 PM

    ayam brand ni kira legend sardin …heheh

  • Reply blogger lelaki Oct 5, 2013 at 3:10 PM

    terus teringat zaman bujang..masak sardin je..hahaha

  • Reply Norfanil Oct 5, 2013 at 3:25 PM

    ayam brand bleh dikatakan jenamayang agak terkenal..
    suka beli sardin dan baked bean dari ayam brand..
    sedap

  • Reply akubiomed Oct 6, 2013 at 1:37 PM

    Kempen CSR in bagus dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Dapat meringan beban yang mereka tanggungi.

  • Leave a Reply