SEMBANG SANTAI

Charity Outing Harian Islam 2.0

Oct 31, 2013
Charity Outing Harian Islam 2.0

Assalamualaikum.

Hari ni kita boleh makan,minum dengan sempurna,adakah yang diluar sana senasib dengan kita?

Hari ni kita boleh tidur di atas katil yang empuk tanpa diganggu oleh gigitan nyamuk,adakah diluar sana senasib dengan kita?

Hari ni kita boleh pakai baju yang cantik,bersih,baru,menutup aurat,adakah diluar sana senasib dengan kita?

Hari ni kita boleh berkumpul dengan family kita,adakah diluar sana senasib dengan kita?

Tidak semua bernasib baik seperti kita hari ini.Mungkin disaat ini kita dapat menikmati semua nikmat-nikmat yang Allah berikan dengan baik,tapi masih ada segelintir yang nasibnya tidak menyebelahi.Bersyukurlah kerana tidak semua diluar sana nasibnya baik seperti kita.Malah mereka lebih menderita dan menangis setiap malam mengenangkan nasib sebegitu.

Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat mereka saat ini,FA yakin pasti air mata anda menitis.Anda pasti tidak sanggup untuk menghadapi situasi sebegini bukan?Cuba bayangkan sekiranya adik,kakak,abang,mak atau ayah anda berada di situasi sebegitu.FA cukup pasti,anda pasti mengalirkan air mata tanpa henti saat membaca entri ini..Kita baru sahaja menitiskan air mata sekali,tapi mereka ? Setiap saat,setiap minit,setiap jam,hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan air mata.Nasib mereka tidak sebaik kita.Tapi adakah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang?Tepuk dada,tanya imanmu..

Charity Outing Harian Islam 2.0

Charity Outing Harian Islam 2.0

Tak dapat nak bayangkan macam keadaan adik ini sekarang..Adakah masih seperti ini,atau mungkinkah??…Sama-sama doakan yang terbaik untuknya..

Charity Outing Harian Islam 2.0

Charity Outing Harian Islam 2.0

Adik ini masih mengutip cebisan makanan diatas lantai..Bagaimana dengan kita yang sentiasa membazirkan makanan?Subhanallah…Sedihnya melihat gambaran gambar diatas.. T_T

Pernah terbayang tak andai insan diatas adalah anak-anak kita?adik-adik kita?.Subhanallah.Mohon dijauhkan keadaan seperti ini terhadap kami Ya Allah..Apa salahnya andai kita diberi rezeki yang lebih,kita hulurkan sedikit tenaga dan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan ini.InsyaAllah,saham kita di ‘alam sana’ akan bertambah.Hulurkan tangan,ringankan beban.Tidak semua senasib dengan kita.Dengan ini FA ingin menyeru dan mengajak semua pembaca untuk menyokong penuh niat murni anak-anak muda ini dalam menjayakan Charity Outing Harian Islam 2.0.Jom sama-sama kita bantu insan yang memerlukan ini dengan memberi sokongan penuh kepada team Harian Islam diatas program Charity Outing Harian Islam 2.0 .Sokongan boleh diberi berbentuk barangan,wang ringgit dan tenaga serta niat murni anda.Berikut adalah butiran mengenai program ini:

MAKLUMAT PROGRAM CHARITY OUTING & TENTATIF / ATURCARA

* Tarikh: 4 November 2013
* Hari: Isnin
* Lokasi Tumpuan: Bandaraya Kuala Lumpur

TENTATIF / ATURCARA

7.30 am : Bertolak ke Masjid Jamek

8.30 am: Berkumpul di Masjid Jamek ( Sarapan )

9.00 am: Solat Dhuha / Taklimat Ringkas Program

9.40 am: Agihan Makanan, Pakaian, Kain Pelikat, Selipar, Duit Sumbangan | Bertolak ke kawasan sekitar untuk agihan infaq sumbangan (makanan-minuman, duit raya) Cadangan Lokasi: Jalan Tar, Sogo, LRT Bandaraya, LRT Masjid Jamek

1.30 pm: Selesai sesi agihan sumbangan dan peserta berkumpul

1.40 pm: Sesi Interview Sukarelawan

2.00 pm Solat Zohor Berjemaah Lokasi: Masjid Jamek Kg. Baru

Misi Selesai & Bersurai

Sumbangan Ikhlas anda boleh dibuat di :
AKAUN CIMB 1283 000 1180 101 Atas Nama HI EVENT MANAGEMENT
*sukarelawan , anda tidak perlu bawa apa2.. cuma tenaga & niat tulus anda yg kami perlukan

PENGLIBATAN
– Terbuka kepada 70 orang sukarelawan yang ikhlas untuk berkebajikan;
– 20 orang dari keluarga HarianIslam
– 10 orang dari Media (videographer/penulis/wartawan)
– Tiada had umur; dan
– Tiada yuran dikenakan
-Email butiran diri ke:harianislam@gmail.com

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA
– Mengedar sumbangan makanan/minuman untuk 100 orang gelandangan;
– Menyampaikan sumbangan pakaian untuk 100 orang gelandangan;
– Membawa pulang beberapa orang gelandangan untuk dibantu proses penghijrahan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil Harian Islam:Eila Azzahra->SINI

Charity Outing Harian Islam 2.0

Charity Outing Harian Islam 2.0

Jom sama-sama sokong niat murni anak-anak muda ini dalam melakukan kerja amal ini.Alhamdulillah,masih ada segelintir anak-anak muda yang begitu prihatin dengan keadaan sekeliling.Diharapkan dengan entri ini sedikit sebanyak dapat membantu team Harian Islam dalam menjayakan program ini.Mungkin hari ini hari dia,hari kita bagaimana pula?

Wallahua’alam.

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply adikensem Oct 31, 2013 at 6:12 PM

    Heee…kesian tengok dia orang.

  • Leave a Reply