SEMBANG SANTAI

Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

Oct 20, 2013
Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif melancarkan satu kempen kutipan derma sebagai sokongan kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita dengan kerjasama daripada rangkaian gedung terkemuka, Giant.

Kempen ini yang akan berlangsung bermula 1 Oktober sehingga 30 November 2013 dan sebanyak 10% hasil jualan daripada kesemua rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax dari mana-mana 129 cawangan Giant di seluruh negara akan disalurkan kepada WAO untuk membantu persatuan tersebut dalam program komuniti amal mereka.

WAO, yang ditubuhkan pada 1982, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap wanita. Ia menawarkan sokongan emosi, sosial dan material yang telah didera: menguatkan kapasiti wanita yang telah didera to menguruskan diri sendiri dengan menyediakan perkhidmatan perlindungan sementara; dan mewujudkan kesedaran tentang isu keganasan terhadap wanita.

Menurut Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Berkumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, jenama ini sedang meluaskan usaha kebajikan masyakat dengan menyokong lebih banyak organisasi.

Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

WAO membelanjakan sehingga RM1.2 juta setiap tahun untuk program mereka bagi membantu wanita yang didera.

Kini, Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-Kanak menyediakan tempat tinggal dan perlindungan kepada lebih kurang 100 wanita dan 120 kanak-kanak setiap tahun. Pusat perlindungan tersebut memiliki ruang kira-kira 12,000 kaki persegi, dan mempunyai 5 bilik tidur, 6 bilik mandi, dapur, dan pejabat pentadbiran dan sebuah bilik stor.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Duta Jenama Antabax, penyanyi dan pelakon Ziana Zain.

Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

Event:Antabax lancar kutipan derma untuk WAO

Untuk mengetahui maklumat berkenaan kempen amal ‘Harapan Diberi, Kesihatan Sihat Dirai’, sila layari www.facebook/NewAntabax .

Talian Helpline WAO:03-79563488

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply blogger lelaki Oct 20, 2013 at 12:30 PM

    bagus untuk menbela nasib wanita yg teraniaya

  • Leave a Reply