SEMBANG SANTAI

Agama:Mati itu Pasti

Oct 27, 2013
Agama:Mati itu pasti

Assalamualaikum.

Saban hari masa berlalu begitu cepat.Tapi entah macam mana persediaan masing-masing dalam menuju alam ‘sana’ kan?

Hari ni FA belek CNN,seorang aktor terkenal cerita komedi The Simpsons,Marcia Wallace dah meninggal dunia.Mati tidak mengenal agama,rupa,bangsa baik amalan diri.Sebab kita tidak akan pernah tahu bilakah waktu kita pula.FA tersentuh dan kembali merenung diri apabila FA terbaca satu keratan kata-kata di FB:

Ramai yang sibuk memikirkan mengenai nikah yang tidak pasti,tapi tidak ramai yang sibuk memikirkan mati yang sememangnya pasti..

Bila kita renung balik maksud dan makna disebalik kata-kata itu,FA rasa memang ada betulnya dan sememangnya betul.Dunia sekarang dah akhir zaman..Tapi masing-masing masih alpa dengan godaan dunia.FA juga begitu,tak dinafikan.Kadang-kadang kita perlukan teguran dan nasihat dari orang sekeliling kita.Tak semestinya diri kita dah cukup baik sampai tak perlukan teguran orang kan?Tapi jujurnya,dah banyak tanda-tanda kecil kiamat kan?Pembunuhan berleluasa,fitnah sana-sini,wanita menyerupai lelaki.

Doaku semoga yang membaca entri ini sama-sama meneliti balik amalan diri dan perilaku diri kita.Bersediakah kita andai malaikat Izrail datang menjemput kita sebentar lagi?Nauuzubillahiminzalik.Sesungguhnya sakaratul maut tu tak dapat nak FA ungkapkan bagaimana sakitnya.Tapi FA pernah terbaca kisah saat-saat akhir Rasulullah S.A.WΒ Β ketika malaikat Izrail menjemputnya.Sampaikan baginda berkata:Β “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”….

Betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya..Subhanallah.. T_T..

Wallahua’lam.

Agama:Mati itu pasti

Agama:Mati itu pasti

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply MrJocko Oct 27, 2013 at 10:30 AM

    kalau kita dapat mati dalam keadaan beriman,,, alngkah bagusnyaaa

  • Leave a Reply