SEMBANG SANTAI

Review Produk:Oxy Icy Cool Wash

Sep 12, 2013
Review Produk:Icy Cool Wash

Assalamualaikum.

Berhabuk lagi blog FA ni.Tapi kali ni sibuk sangat pun,blog wajib kena update jugak.Mesti lebih berdisiplin.!Okai.Hari ni FA nak buat review tentang satu produk penjagaan muka yang sedang FA gunakan sekarang *dah nak habis guna baru buat review ==” *. Produk ni sebenarnya dah lama berada dan dilancarkan di pasaran.Tetapi ramai lagi yang tak tahu kelebihan produk ni dan ianya juga merupakan salah satu jenama di bawah naungan Mentholantum.Nak tahu produk apa?Tengok bawah ni!

Review Produk:Icy Cool Wash

Review Produk:Icy Cool Wash

Nak tahu apa yang best tentang produk ni?Jom FA ceritakan.Mesti lepas ni,korang terus pergi beli berkotak-kotak buat stok.hehe.

1.Cooling Sensation(Sensasi Kesejukan)

Kehebatan sensasi kesejukan dapat dirasai oleh manik-manik biru yang terdapat dalam pencuci muka ni.Bila korang apply dekat muka korang,automatically korang akan rasa segar dan bertenaga sangat.Seriously FA tak tipu korang taw.Icy Cool Wash ni memang hebat sangat.Kalau korang yang mengantuk time pergi kelas tu,elok la bawak pencuci muka ni.Ngantuk je,pergi tandas,cuci muka dgn produk ni.Confirm tak ngantuk dah.

2.Deep Cleanse(Pembersihan mendalam)

Manik hijau pengelupasan bertindak jauh ke dalam liang-liang roma muka.Dia juga berfungsi untuk menyingkirkan minyak di muka,kotoran dan bendasing di muka.Hebat bukan?Kesemua manik-manik ini bertindak secara ‘mesra alam’.Langsung tidak menyakitkan dan memedihkan kulit muka,malah memberi kesan kelembutan yang berpanjangan pada kulit muka anda!

3.Replenish Moisture(Menambah kelembapan)

Icy Cool Wash juga mengandungi Vitamin C dengan faedah kelembapan yang berpanjangan untuk kulit muka anda.Kulit muka anda akan merasai kelembutan dan kelembapan yang efektif dengan penggunaan produk ini.Menarik kan?Ciri-ciri yang menarik seperti inilah yang buat FA jatuh hati sangat dengan Icy Cool Wash.

4.Anti-Oxidant(Anti Oksida)

Mengandungi Vitamin E yang bertindak sebagai anti-oksida yang memastikan kulit sentiasa sihat dan mulus.

5.Low irritation(Iritasi Rendah)

Kandungan Icy Cool Wash ini juga tidak menyakitkan atau memberi kesan sampingan yang negatif buat kulit muka kesayangan anda.Malah anda hanya akan merasai kesan-kesan yang positif dari Icy Cool Wash!

Macam mana?Menarik kan produk ni.Sebenarnya FA baru consume produk ni dalam masa sebulan.Banyak kesan yang ketara bagi kulit muka FA.Kalau dulu kulit muka FA kasar,sekarang dah lembut macam baby.Kalah kot baby jiran sebelah rumah.hehe.Jadi tak salah FA berkongsi kebaikan dengan korang kan?Tunggu apa lagi?Pergi beli banyak-banyak kat watson,guardian dan farmasi berdekatan sekarang juga!

p/s:agak-agak boleh lawan kulit muka Dato’ Siti tak? ==”

Wsalam.

You Might Also Like

9 Comments

  • Reply Bahrain Sep 12, 2013 at 10:05 AM

    dulu pernah pakai benda nie skrang dah guna produk duta fahrin ahmad.haha lupa plak brand apa..haha

  • Reply Sheila Salim Sep 12, 2013 at 10:33 AM

    Assalamualaikum. sheila pakai garnier! heeeeeeee. kulit sensitif. hehehhe.

    • Reply Farisya Anastasyia Sep 12, 2013 at 11:23 AM

      dulu FA pakai garnier gak.tapi xtahan lama sbb kulit FA bminyak..huhu

  • Reply Hairul Azni Sep 12, 2013 at 10:58 AM

    Lelaki boleh pakai tak?.. πŸ™‚

  • Reply Ainaa Roseberry Sep 12, 2013 at 11:06 AM

    jeles siapa yang boleh pakai oxy ni.. ena memang tak sesuai.. dulu dah cuba try, perghhh makin rancak jerawat.. kulit ena ni pelit sedikit

  • Reply Fleuri Clear Gel Cleanser & Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo Apr 23, 2019 at 12:02 AM

    […] Pencuci muka kedua dalam bentuk gel yang Amni cuba.Cleanser ni dikeluarkan hasil kolaborasi antara pakar kulit dan pakar kecantikan di Jepun. […]

  • Leave a Reply