SEMBANG SANTAI

Review Movie:Riddick

Sep 22, 2013
Review Movie:Riddick

Assalamualaikum.

Hari ni FA sempat luangkan masa jalan-jalan kat Mid Valley sambil cuci mata tengok orang.Sambil-sambil usha mat salleh *maaf kegatalan melanda*.

Sambil jalan kat Mid Valley tadi sempat tengok wayang.Kalau ikutkan hati nak tengok movie Prisoners.Tapi Prisoners start pukul 5pm.Lambat lagi nak kena tunggu sebab masa FA beratur tu baru pukul 2 petang.Jenuh la nak kena tunggu sampai pukul 5pm.So,pendekkan cerita FA tengok movie ‘Riddick’.Tengok trailler macam best,apa lagi bantai je la tengok.

Review Movie:Riddick

Review Movie:Riddick

So far cerita ni dia punya duration 2 jam sahaja.Tak lama pun.Tapi bila duduk dalam panggung tu,faham-faham jela.Sejuk macam dalam peti ais.*hiperbola je ayat ni*.

Cerita ni mengisahkan seorang banduan,Riddick yang dibuang ke planet lain dan kemudian diangkat sebagai ‘Lord Mashal’ atau lebih kurang raja dekat planet tu.Apabila Riddick (Vin Diesel) disanjung di planet tersebut,timbul rasa tidak puas hati dikalangan orang atasan,Vaako(Karl Uban) di planet tersebut.Biasalah kan?Hidup kat mana-mana pun mesti ada wujud orang tak puas hati dengan kita.Cerita ni jugak banyak menonjolkan sifat pentingkan diri sendiri.

Riddick kemudian hampir dibunuh oleh orang atasannya apabila dia dalam perjalanan ke planet lain.Riddick berjaya melepaskan diri dan meneruskan perjalanannya ke tempat yang terpencil.Banyak halangan dan dugaan yang ditempuh oleh Riddick sepanjang perjalanannya.FA paling takut tengok bila Riddick berlawan dengan haiwan yang pelik-pelik macam kala jengking,anjing.Haiwan-haiwan ni seakan-akan je macam kala jengking dan anjing,tapi sebenarnya tak.Menakutkan je tengok muka haiwan ni.. ==’

FA tengok pengarah cerita ni ada selitkan elemen romantik jugak dan menggelikan pun ada bagi FA.==”.Dahl(Katee Sackhoff) merupakan orang bawahan Johns menjadi rebutan semua lelaki dalam cerita ni.Mana tak nya kan,dah dia seorang je perempuan yang berlakon dalam cerita ni.Bahagian lakonan Dahl ni hanya untuk orang yang dah berkahwin je ye.Tadi masa tengok pun buat-buat tak ada perasaan tengok.Nak tahu panjang lagi tentang cerita ni?Kena la pergi tengok!hehe.

Review Movie:Riddick

Review Movie:Riddick

Secara keseluruhannya FA puas hati tengok cerita ni.hehe.Tiket pun RM15 seorang.Ok la kan?Ok sebab ada orang belanja. ^_^.Korang patut pergi tengok cerita sebab FA boleh bagi jaminan yang korang pasti takkan menyesal tengok cerita ni.Tapi untuk 18 tahun keatas je taw!Buat-buat faham okai.

Selamat menonton!

#Lepas ni nak tengok Prisoners pulak ^^,

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply terbaek network Sep 22, 2013 at 10:56 PM

    untunglah pergi tak ajak kn πŸ™‚

  • Reply nizam ijam Sep 23, 2013 at 10:35 PM

    mata dia… gua suka…

  • Reply Shakira Sep 24, 2013 at 9:51 AM

    huhu nonton sokmo ya kamu dik..hehe

  • Reply Ezad Skytech Oct 4, 2013 at 11:06 PM

    memang layan movie Riddick tapi tak boleh nak fokus masa tengok movie ni sebab aircond kat dalam panggung wayang tu tetiba terlalu sejuk…heee

  • Leave a Reply