SEMBANG SANTAI

Pengasas Nintendo,Hiroshi Yamauchi mati pada usia 85 tahun

Sep 20, 2013
Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Assalamualaikum.

Pernah dengar nama Hiroshi Yamauchi tak?Kalau korang peminat video games seperti game Dr Mario,mesti korang akan tahu.Hiroshi Yamauchi bekas presiden Nintendo, telah meninggal dunia pada umur beliau 85 tahun.

Hiroshi Yamauchi telah menguruskan firma permainan video ini selama 53 tahun.Beliau juga merupakan pemegang saham kedua terbesar semasa kematiannya.Kematian Yamauchi disebabkan oleh Pneumonia.Di bawah kepimpinan beliau, firma Jepun telah berubah, di antara 1949 dan 2002, yang asalnya hanya sebuah syarikat permainan kad kini merupakan salah satu syarikat  gergasi dalam industri permainan video.

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Kat sini FA akan kongsikan keratan pendapat 2 ahli  sejarah yang  membincangkan pencapaian dan legasi Hiroshi Yamauchi:

Kepimpinan Hiroshi Yamauchi sebagai bos Nintendo penuh dengan detik-detik yang mengubah perjalanan sejarah permainan video.

Di bawah kepimpinan beliau, Nintendo memperkenalkan dunia kepada pelakon wira permainan loveable dari Mario dan Donkey Kong untuk Princess Peach dan Kirby.

Ia dipopularkan permainan yang bertahan lama sebelum kewujudan telefon pintar dan Playstation.-Tristan Donovan,Games Industry Writer

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Tanpa Nintendo kita boleh dikatakan tidak akan mempunyai industri, inovasi dan ketersediaan untuk mengkaji permainan video.

Tanpa orang-orang seperti Yamauchi, permainan tidak akan menjadi medan yang luas yang kita tahu ia akan berkembang pesat, dan kita tidak akan membincangkan pengaruh positif dan negatif ia terus terhadap masyarakat, budaya dan pendidikan-Lain Donald,Abertay University

Besar jugak sebenarnya sumbangan yang diberi oleh Yamauchi ni dalam dunia permainan video games.Korang yang addictive sangat dengan permainan games ni patut tahu.Jangan tahu main je.Lain la FA,FA tak minat video games.

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Hiroshi Yamauchi,Lagenda Nintendo

Video game pertama yang dikeluarkan oleh Nintendo

Sebenarnya Yamauchi jugak telah menyelamatkan industri video games ni dari terus tenggelam.Kalau tak,mesti korang gile kan sebab kebosanan.Alih-alih korang mesti akan main jugak video games kan.Jadi,hasrat Yamauchi untuk meletupkan dan menaikkan nama industri video games telah tercapai sebelum dia menghembuskan nafasnya.

Hiroshi Yamauchi yang juga merupakan antara orang terkaya di Jepun pernah memiliki  Kelab Liga Utama besbol Seattle Sea sebelum menjualnya pada tahun 2004.

Kisah Hiroshi ni memang bertepatan la dengan peribahasa ni.’Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama’.Tapi biarlah pemergian kita nanti meninggalkan sesuatu yang baik kepada anak cucu cicit.

Wsalam.

Sumber-BBC

You Might Also Like

9 Comments

  • Reply Nadia Johari Sep 20, 2013 at 4:38 PM

    Oo..ini ke org yang buat video Mario..nad suka main game tu..

  • Reply Izzuddin Fauzi Sep 21, 2013 at 5:52 PM

    Nintendo bukan sekejap naik…. Diorang dah lama dipasaran…

  • Reply blogger lelaki Sep 21, 2013 at 8:41 PM

    baru tau dia ni rupanya buat nintendo

  • Reply nizam ijam Sep 22, 2013 at 8:53 AM

    kaya la anak2 dia huhuhuh

  • Reply titan Sep 24, 2013 at 12:22 PM

    jarang dah main game. hehe..

  • Leave a Reply