SEMBANG SANTAI

Event:Majlis Memeterai MoU antara Al Ansar Health,Sinar Permata dan Magnetic Aura

Sep 26, 2013
Event:Al Ansar MoU Agreement

Assalamualaikum.

Semalam 25 September 2013 ,FA dan beberapa rakan blogger yang lain telah dijemput untuk menghadiri satu majlis rasmi iaitu Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Al Ansar Health Sdn Bhd bersama dua syarikat suplemen kesihatan lagi iaitu Magnetic Aura Sdn Bhd dan Sinar Permata Resources.Majlis ni berlangsung di Danau Golf Club ,UKM Bangi.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Majlis yang bermula sekitar jam 2.30 petang ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu Tan Sri Muhammad Ali Hashim,Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan dari Tuan Hj Muhammad Khanafi Bin Husin,Pengerusi Eksekutif Al Ansar Health.Pengasas Sinar Permata,Ustaz Azli juga turut memberi ucapan aluan.

 

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Event:Al Ansar MoU Agreement

Perasmian oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia

 

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Dah selesai bahagian ucapan,majlis diteruskan ke agenda utama iaitu Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)Al Ansar Health Sdn Bhd dan pelancaran website rasmi Al Ansar Health, www.AlAnsarHealth.com.Selepas agenda utama di selesaikan,kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi sidang akhbar.Sesi ini dihadiri oleh beberapa wartawan dan blogger dari pelbagai agensi.Dato’ Malik Noor pun ada bersam.Eh,apa kaitan Datuk Malik Noor dengan majlis ni?Baca sampai habis yer. ^_^

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Event:Al Ansar MoU Agreement

Rakan Media dan Blogger yang hadir

 

Anda pasti tertanya-tanya mengenai Al Ansar bukan?Bagaimana pula dengan Magnetic Aura dan Sinar Permata? Jangan risau,FA akan ceritakan secara ringkas mengenai  syarikat yang disebutkan diatas.

Al Ansar Health,Magnetic Aura,Sinar Permata.

Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin pada April 2013.Matlamat syarikat ini adalah untuk memberi khidmat kesihatan kepada semua masyarakat sekeliling dengan menggunakan medium rawatan alternatif khususnya untuk penyakit yang berkaitan resdung,saraf dan mata.Idea untuk menggabungkan dua syarikat suplemen kesihatan iaitu Magnetic Aura dan Sinar Permata telah dicetuskan oleh Tuan Haji Sobri yang mana merupakan salah seorang daripada peneraju utama Al Ansar Health ini.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Rangkaian Produk dari Al Ansar,Magnetic Aura dan Sinar Permata

Coffee kat dalam gambar bawah ni FA dah try lepas balik rumah.Sedap campur pahit sikit.Tapi pahit itu kan ubat.Hehe.Hilang rasa sakit kepala dan lenguh-lenguh sendi.Madu yang dalam straw pun FA dah cuba.Air Madu Tanpa Gula pun sedap.Kalau ikutkan FA tak suka minum madu selain madu epal.Tapi bila cuba produk dari Al Ansar Health ni,FA boleh minum.Alhamdulillah.Mungkin ini petanda FA bakal jadi pelanggan tetap diorang kot.Hehe.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Magnetic Aura Product

LIKE FANPAGE AL ANSAR HEALTH

LIKE FANPAGE MAGNETIC AURA

LIKE FANPAGE SINAR PERMATA

Magnetic Aura pula merupakan sebuah syarikat yang menyediakan rawatan terapi berkaitan saraf.Sementara Sinar Permata pula lebih menumpukan kepada rawatan mata dan resdung.Ketiga-tiga buah syarikat ini kini telah bergabung di bawah satu bumbung utama Al Ansar Health.Kerjasama yang dijalinkan ini diharapkan dapat memberi satu impak yang positif dan bermanfaat kepada semua masyarakat diluar sana.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Liputan Mengenai Al Ansar Health ,Magnetic Aura dan Sinar Permata di dada akhbar tempatan

 

Perjalanan majlis ini diserikan juga dengan demonstrasi rawatan dari Pengasas Magnetic Aura dan Sinar Permata.Pengasas Magnetic Aura,Encik Adnan telah melakukan demonstrasi bagaimana kesan sebelum dan selepas menggunakan salah satu produk dari Magnetic Aura iaitu Minyak Magnetic Aura Violet Blue.Korang boleh tengok gambar di bawah.

LIKE FANPAGE AL ANSAR HEALTH

LIKE FANPAGE MAGNETIC AURA

LIKE FANPAGE SINAR PERMATA

Gambar dibawah ni menunjukkan kesan sebelum model a.k.a blogger Ladfe Amir menggunakan minyak tersebut.Dimana Ladfe Amir tidak berjaya menahan dirinya dari ditolak oleh perawat iaitu Encik Adnan sendiri.maaflah ayat skema sikit.hehe.Senang nak bagi korang faham.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Gambar dibawah ni pula selepas Ladfe Amir menggunakan minyak Magnetik Aura Violet Blue yang disapu di pergelangan tangan beliau.Ternyata kesan minyak ni memang hebat!Kalau korang tak percaya lagi,boleh tengok koleksi testimoni pengguna Minyak Magnetic Aura ni di laman rasmi Magnetic Aura di www.MagneticAura.com.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Event:Al Ansar MoU Agreement

 

Hebat bukan?Nasib baik tak ada perawat wanita yang boleh buat macam ni.Kalau tak,dah lama FA tawarkan diri nak jadi model rawatan.Teringin jugak rasa kehebatan minyak Magnetic Aura Violet Blue ni.Peluang dah ada depan mata,takkan nak biar je kan?Tapi tak ada rezeki nak cuba tambah pulak  FA keluar awal dari demonstrasi ni sebab perut dah main banyak irama ==’.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Dato Malik Noor,Duta Rasmi Magnetic Aura

Tapi FA berkesempatan untuk tengok demonstrasi yang dilakukan oleh Pengasas Sinar Permata,Ustaz Azli.Rupa-rupanya Ustaz Azli ni berasal dari Kelantan.Dialek Kelantan langsung tak lekang dari mulut beliau.Harap-harap siapa yang dengar demonstrasi beliau semalam faham la dengan dialeknya.Hehe.Nasib baik FA dulu belajar dekat Kelantan 3 tahun.Jadi tak ada masalah nak faham dialek Kelantan.FA boleh cam bila beliau sebut perkataan ‘sumak’ .Kalau sebutan betul ‘sumbat’.Jadi orang Kelantan sebut ‘sumak’.Lucu pun ada bila dengar semalam.hehe.

Dalam demonstrasi beliau semalam,kitorang diberi penerangan tentang bagaimana produk dari Sinar Permata membantu melegakan penyakit resdung dan mata.Banyak maklumat dan ilmu baru yang kitorang dapat.FA pun dalam masa yang sama boleh ‘refresh’ balik apa yang FA belajar 3 tahun yang lepas.Tapi alhamdulillah FA tak ada masalah nak faham ‘medical term’ yang disebut oleh beliau memandangkan FA dulu belajar aliran perubatan.Pada masa yang sama juga FA dapat ilmu yang lebih dari majlis ni semalam.Tak sia-sia datang majlis sebegini.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Pengasas Sinar Permata:Ustaz Azli

 

Event:Al Ansar MoU Agreement

Antara produk keluaran Sinar Permata yang membantu melegakan penyakit resdung.

Ada satu lagi demonstrasi iaitu demonstrasi rawatan resdung.Yang ni FA tak tengok sebab dah keluar awal.Tambah pulak rasa tak sanggup nak tengok.Hehe.Takut nanti tak selera nak makan.Kak Nadot dengan En.Titan dah keluar awal lagi pergi makan.Rasanya kak Nora pun keluar awal dengan kak Dayah.Hehe.Tapi kalau korang nak tengok,korang boleh tengok dekat laman rasmi Sinar Permata ->> www.sinarpermata.com

Sepanjang majlis ni berlangsung,hadirin juga dihiburkan dengan persembahan dengan dari Muaz dan Damai.FA pun baru pertama kali dengar nyanyian diorang.Sedap jugak.*Bajet pengkritik mentor sekejap*.Selain itu ada jugak gerai pameran jualan yang disediakan diluar dewan.Masa ni FA tak sempat nak ambil gambar sebab rushing nak balik Cheras.

Secara keseluruhan memang puas hati dapat hadir untuk event macam ni.Banyak ilmu baru yang FA dapat.Selain itu FA dapat kenal dengan blogger hebat macam Abang Ezil,Encik Titan,Farid Laham,Kak Nadot,Cik Lily Putih,Abang Sop,Ladfe Amir,Abang Ensem,Abang DenaiHati ,Kak Bachtiar Hidayah dan Kak Nora.Kebanyakkannya FA baru jumpa pertama kali.Tapi Abang Ensem dan Abang Eizil dah jumpa dua kali.Hehe.Puas hati dah.*erk,apa yang puas?shh!*.

Event:Al Ansar MoU Agreement

Antara Blogger yang Hadir
Credit pic:Kak Nora

FA lupa nak ucapkan terima kaseh dekat Abang Denaihati dan Abang Eizil sebab sudi jemput FA dan rakan blogger yang lain untuk hadir di majlis ini.Lepas ni jangan lupa jemput lagi ya.Hehe.Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Al Ansar Health,Magnetic Aura dan Sinar Permata,Korang boleh klik mana-mana pautan di bawah untuk ke laman web rasmi syarikat tersebut.

Al Ansar Health

Magnetic Aura

Sinar Permata

Wsalam.

#Dah letih menaip entri ni,lega sebab dah siap.Alhamdulillah.

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply nurmisnan Sep 27, 2013 at 1:49 PM

    Heyyyyy… nice to know u sis
    Isyaallah ada rezeki jumpa lg.. kalau
    Jumpa tgh jln tegur jer.. kak nora kadang2
    Rabun juga walaupun pakai cermin.. kih3

    • Reply Farisya Anastasyia Sep 28, 2013 at 1:28 AM

      nice to know u too kak nora.akak mesra,syirah selesa dgn akak 🙂
      harap dpt jumpa lagi 🙂

  • Reply Sop Sep 27, 2013 at 2:32 PM

    Wah pantas update 🙂
    Sop tgh tunggu bahan media untuk update entry
    Salam perkenalan dr Sop 🙂

  • Reply titan Sep 28, 2013 at 7:56 AM

    hoho..gua lapar waktu tu. Jadi, makan menjadi keutamaan.

  • Reply norainon bt md idris Oct 23, 2013 at 10:57 PM

    How to buy the product of magnetic aura, tq

  • Leave a Reply