SEMBANG SANTAI

Surah Yusuf-Ayat 4

Aug 4, 2013
Surah Yusuf Ayat 4

Assalamualaikum.

Pagi tadi FA ada terbaca satu post dari salah satu fanpage di facebook.Post fanpage tersebut berbunyi sebegini:

Assalammu’alaikum…

Usia perkahwinan saya baru masuk 2tahun 8bulan…tapi bila saja perkahwinan saya masuk 2tahun suami saya mula berubah…menjadi panas baran..ada perempuan lain…yang paling menyedihkan saya dia lebihkan perempuan itu dari saya…dia mula tinggalkan saya setiap malam…subuh baru balik..hampir setiap malam dia tinggalkan saya…perempuan tu tahu yang suami saya dah berkahwin…tapi tetap nak berkawan dengan suami saya…

Hati saya hancur betul terjumpa gambar mesra mereka…mesej2 mereka…saya ada mendengar perbualan mereka berdua..sangat2 jelas….suami saya memburukkan saya…..pada masa itu hanya ALLAH saja yang tahu betapa hancurnya hati seorang isteri ni….

Saya cuba bersabar dan mmperbetulkan kesilapan saya..saya cuba jadi lebih baik untuk dia..tapi sia2…bila dirumah suami saya cakap baik saja dengan saya…tapi bila dia keluar dari rumah dia mula tengking2 saya..xbagi saya call or mesej..dan tetap tidak balik rumah sehingga subuh baru la dia muncul…kadang2 xbalik langsung…..

Saya punya hati dan prsaan..bila nak guna dilayan dengan baik..bila dah xnak dibuang seperti sampah……perpisahan bukan jalan yang saya inginkan…tapi da banyak peluang saya beri pada dia…tolong la kawan2…saya buntu…tahap kesabaran saya ada had…raya dah nak hampir..tapi 1 apa pun kami xready..tolong la saya…..

Bila FA dah habis baca post tu,FA teringat satu ilmu yang FA dapat dari seorang hamba Allah bagaimana nak tetapkan hati seseorang yang kita sayang agar tak berpaling dari sentiasa menyayangi kita.Tak salah kita berkongsi untuk kebaikan bersama.Amalkan surah Yusuf,Ayat ke 4.

Surah Yusuf Ayat 4

Surah Yusuf Ayat 4


Amalkan selalu ayat ini tiap kali lepas solat.Tengah korang duduk saje tak buat ape pun,elok jugak baca ayat ni.Pada akhir ayat ni,di kalimah ‘Lisajidin’,korang kita niatkan dan bayangkan muka orang tu.InsyaAllah,pertolongan Allah sentiasa bersama-sama kita selagi mana kita berdoa padaNya.Amin.

Wsalam.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply