SEMBANG SANTAI

Lelaki Maut Ditembak Di Pulau Pinang

Aug 8, 2013
Mati Itu Pasti

Assalamualaikum.

Saban hari pembunuhan demi pembunuhan berlaku.Subhanallah,dunia akhir zaman.Hari ni FA baca berita terkini di web TV3,seorang lagi kena tembak di Pulau Pinang.Baca keratan berita di bawah ni:

Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson, Georgetown, Pulau Pinang, pagi tadi.

Saspek dikatakan melepaskan 14 das tembakan ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata kejadian berlaku jam 11.50 pagi tadi.

Katanya, mangsa yang menaiki kereta BMW berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson.

Dua lelaki menaiki motosikal menghampiri kereta mangsa dan mula melepaskan tembakan.

Salah satu tembakan dipercayai mengenai leher mangsa, menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Mangsa yang berusia 37 tahun, berasal dari Ayer Itam dan kereta dipandunya milik individu lain.

Semakan mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Polis kini meneliti rakaman litar kamera tertutup dan sedang mengenalpasti saspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh

Kita dengar macam biasa.Tapi sebenarnya kita sudah berada di penghujung zaman.Tanda-tanda kiamat kecil sudah keluar dan nyata semuanya.Tunggu tanda-tanda kiamat besar pula.Dalam bergembira menyambut Syawal,jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba kepadaNya.

Wsalam.

You Might Also Like

7 Comments

  • Reply Manan Qayyim Aug 10, 2013 at 7:28 AM

    bnyak dah kes tembak2 kat M’sia skrang… mcm citer muviii pon ade….

  • Reply Faizal Fredley Aug 10, 2013 at 1:36 PM

    haishhhh hari1 ada kes tembak… syukurlah malaysia masih aman…

  • Reply Anuar Aug 11, 2013 at 6:02 AM

    Hari ini ada sahaja berita terbaru tentang orang kena tembak… Dahsyat betul Malaysia sekarang ni… Macamana ler penjahat-penjahat ni boleh dapat pistol dengan begitu senang sekali… huhuhu

  • Reply Mohd Shubhi Aug 11, 2013 at 2:19 PM

    Setiap kali berhenti kat lampu trafik merah rasa suspen. Tambah lagi bila ada motor datang dari tepi….alahai tak senang jadinya sekarang. Bukan apa takut tersilap orang!

  • Leave a Reply