SEMBANG SANTAI

Dijamin Syurga

Aug 25, 2013
Dijamin Syurga

Assalamualaikum.

Berkurun lamanya FA tidak mengupdate entri memandangkan FA bercuti sakan baru-baru ni.Sekarang kembali aktif memaksa diri untuk mengupdate blog.Hehehe.Walaupun aura ingin bercuti masih belum hilang.Sedang FA meng’scroll’ timeline facebook tadi,FA terbaca satu post dari salah satu fanpage mengenai isteri yang dijamin masuk syurga.Eh,kenapa sejak dua menjak ni FA rajin nak baca tentang suami isteri ni ek?heee..Alright,jom baca macam mana yang dikatakan seorang isteri itu dijamin masuk syurga.

TAAT selama menjadi isteri,

TAAT menjaga maruah suami,

TAAT menjaga rumah tangga dan anak-anak suami

Sabda Rasulullah kepada anaknya Fatimah :

Mana-mana wanita yang melayani suaminya,meminyakkan rambutnya,menyikat janggutnya,memotong kukunya,menggunting misainya maka diakhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air di syurga dan diringankan siksaan ketika sakaratul maut,didalam kubur dia diberi taman-taman seperti taman syurga dan namanya tercatat sebagai orang yang terlepas siksaan neraka,melintasi titian sirat dengan mudah.-HR Hassan Bin Sofwan,Attabrani dan Ibnu Asakir.

Maksudnya:Wanita yang mentaati suaminya,redha dengan pemberian suaminya,melayan suami dengan baik,bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan,menjaga aurat dan kehormatan diri serta memelihara maruah suami.

Mudahnya nak masuk syurga tapi susahnya nak laksanakan perkara yang mudah ini kan?Betul tak?Tepuk dada.tanya iman kita.InsyaAllah,andai kita semakin dekatkan diri kepada Allah,kita akan mudah melakukan amal ibadat yang senang ini bagi menempah tiket ke syurga.Entri ini sekadar motivasi pagi FA hari ini.

Wsalam.

Dijamin Syurga

Dijamin Syurga

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply nadia Aug 28, 2013 at 4:07 PM

    hehehe..biasalah bakal menjadi isteri kan..sama la ngan nad

  • Leave a Reply