SEMBANG SANTAI

Waze Peneman Setia Anda

Jul 23, 2013
Waze Peneman Setia Anda

Assalamualaikum.Salam subuh

Sebelum FA start entri FA pagi ni,FA nak ajak semua pembaca jom sama-sama ucap Alhamdulillah sebab kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya.Pagi ni FA nak share dengan korang tentang satu aplikasi yang tidak asing lagi dalam dunia gadjet.Mungkin ada yang sudah biasa dengannya mungkin tidak.Jadi FA tetap nak cerita.Tak salah kita berkongsi ilmu kan?

Waze Peneman Setia Anda

Aplikasi yang FA nak ceritakan ini adalah aplikasi yang diberi nama  Waze.Waze adalah aplikasi  trafik yang berkembang pesat berasaskan komuniti di dunia dan aplikasi navigasi. Korang juga boleh berhubung dengan pemandu lain di kawasan korang dengan berkongsi trafik masa sebenar dan maklumat jalan raya.Aplikasi ini menjimatkan semua masa dan wang gas di berulang-alik setiap hari korang.Jadi amat sesuai buat mereka yang sentiasa mementingkan ‘bajet’.

Waze Peneman Setia Anda

Laporan yang sentiasa tepat.Antara yang best tentang aplikasi ni jugak bagi FA adalah aplikasi ini sentiasa melaporkan  sebelum anda menghampiri polis, kemalangan, bahaya jalan atau kesesakan lalu lintas, semua dikongsi oleh pemandu lain dalam masa nyata.Menarik kan?Memang laporan yang diberi oleh Waze ni tepat dan padat.FA pernah terkena sekali bila Waze melaporkan yang ada polis 500m dihadapan.Tapi mula-mula FA buat tak tahu je sebab ingatkan Waze ni saja-saja je bagi report macam tu.Lepas tu sekali ternampak abang polis kat depan tuh,mula la gelabah nak pakai seat belt -,-”.itulah orang tua-tua kata, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’.erk,kena ke dengan situasi ni?Okai.Abaikan.

Waze Peneman Setia Anda

Peta yang sentiasa dikemaskini.Satu komuniti aktif peta editor Waze berfungsi untuk sentiasa memperbaiki dan mengemaskini peta Waze ini. Itulah sebabnya mereka yang pertama untuk mencerminkan perubahan yang berlaku di kawasan kejiranan anda, sentiasa memperbaiki laluan untuk semua orang.Jadi anda dan anda yang obses menggunakan aplikasi ini,sila rajinkan tangan untuk update mengenai jalan atau shortcut yang anda biasa lalu bagi memudahkan pengguna yang lain.Tak salah kalau kita berkongsi ilmu kan?

Ketahui mereka yang berada disekitar anda.Dengan Waze juga,korang boleh detect siapa kawan korang yang berada disekitar dengan korang.Canggih bukan?Jadi kalau ada kawan korang yang nak kelentong korang kononnya mereka pergi lain,memang tak dapatla.hehe.

Waze Peneman Setia Anda

Jimatkan duit pada petrol.Yang unik jugak tentang Waze ni adalah mereka juga inform pada kita mengenai harga minyak yang murah.Tapi rasanya harga minyak semuanya sama kan?Mungkin ada yang lebih murah kot?hehe.Tapi itu yang best.

 

Ok.Korang faham tak apa yang FA membebel kat atas tadi?Harap-harap faham la yer.Penat duk menaip.huhu.Tiap kali FA nak travel jauh ke atau on the way ke destinasi yang FA boleh assure tempat tu jem,memang FA akan gunakan Waze ni.Waze ni adalah pilihan terbaik bagi FA.Hari tu nak pergi Restoran Tupai-Tupai Seksyen 13,Shah Alam pun FA guna Waze.(kolotnya tak kenal jalan).hehe.

Last but not least,buat mereka yang belum memiliki aplikasi ni dalam smartphone korang,korang bolehlah download cepat-cepat sebab aplikasi ni merupakan aplikasi terhangat masa kini.Jadi nanti tak adalah korang lambat sampai tempat kerja,Waze kan ada?Selamat mencuba!

Wsalam.

Sumber:Waze

You Might Also Like

10 Comments

  • Reply jardness Jul 23, 2013 at 8:43 AM

    tak pernah pakai waze lagi.. nnt nk try la. hehe

    • Reply tajul Aug 9, 2014 at 6:16 AM

      Saya nak guna waze.
      Boleh anda bantu kami.

  • Reply Anarm Jul 23, 2013 at 11:33 AM

    Waze memudahkan urusan kerja orang yg susah nak ingat jalan macam saya ni.. Pergi mana2 asyik sesat je.. Hehe.. Sejak guna Waze, dah tak sesat dah.. Cuma kadang2 tu konfius jugak dgn Waze ni.. Pernah Waze suruh masuk jalan one way.. Entah sape laa yg update jalan shortcut one way tu..

  • Reply BroFami Jul 23, 2013 at 6:23 PM

    Waze ni kadang2 aku guna mcm haren je.. Huhu

  • Reply nurmisnan Sep 30, 2013 at 6:33 PM

    Hehe.. dah install. Tq dear

  • Reply ietams Sep 30, 2013 at 7:10 PM

    waze mmg membantu. .

  • Reply akubiomed Oct 1, 2013 at 12:24 AM

    Ada mengunakan aplikasi Waze ini setelah diperkenalkan oleh rakan sekerja. Kalau hendak tahu aplikasi Waze ini dibangunkan sebuah firma di Israel dan aplikasi ini telah dibeli oleh Google.

  • Leave a Reply