SEMBANG SANTAI

Kata-kata Motivasi

Jul 22, 2013

Assalamualaikum

Sebenarnya tak tahu dah nak update ape hari ini.Tapi tetap kena update jugak,kalau tak berhabuk la nanti blog ni.Jadi FA akan kongsikan dengan korang sedikit sebanyak kata-kata semangat yang boleh menjadi penyuntik kepada mereka yang sedang bersedih,lemah semangat,kecewa sekarang.

Okai,Jom baca!

“Jangan bersifat negatif terhadap kegagalan dan kekalahan, kerana saya pasti ada kebaikan disebalik kekalahan dan kegagalan itu”

‘Orang yang gagal setelah berusaha adalah lebih baik daripada orang yang tiada usaha’

‘Kawan : kalau kita susah kawan tidak akan kenal kawannya
Sahabat : susah senang, sahabat tetap selamanya bersama’

‘Jika nasihat itu baik, maka dengar dan terimalah dengan hati yang terbuka walapun yang menyampaikannya adalah orang yang kurang bijak dari kita..’

‘Mengadu dan meluahlah kepada Allah bukan dengan manusia, kerana Allah maha mendengar lagi maha mengetahui, sedangkan manusia hanya boleh mendengar tetapi belum tentu boleh memahami’

‘Gagal bukan bererti kalah. Gagal bukan bererti gagal selamanya. Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas. Kegagalan mematang dan mendewasakan kita. Kegagalan juga mengajar kita berdiri di kaki sendiri.’

‘Saya pernah gagal dalam mendapatkan sesuatu yang diimpikan, tapi itu bukan bermakna saya tidak boleh mendapatkannya, satu perkara yang perlu saya lakukan adalah mencuba lagi.’

‘Allah akan menguji seorang hambanya dengan kesedihan dan kegembiraan, oleh itu janganlah terlalu sedih atau gembira kerana yang sedih pasti akan gembira dan yang gembira pasti akan sedihAllah akan menguji seorang hambanya dengan kesedihan dan kegembiraan, oleh itu janganlah terlalu sedih atau gembira kerana yang sedih pasti akan gembira dan yang gembira pasti akan sedih’

‘Jika tidak mampu menghormati seseorang, janganlah pula kita merendahkannya, mungkin saja kita lebih rendah darinya.’

‘Tiada istilah gagal dalam hidup ini. Kegagalan hanya akan hadir apabila kita berhenti mencuba.’

‘Biarlah kita hina di pandangan manusia yang penting mulia disisi Allah swt, insyaAllah.’

‘Biarkanlah semua orang membenci kita atau memulaukan kita, yang penting kita tidak memulaukan mereka atau memutuskan silaturrahim sesama mereka.’

‘Jika hari ini kita dipandang rendah, yakinlah bahawa satu masa nanti kita akan dipandang mulia, begitulah juga sebaliknya.’

‘Semakin kuat sebuah kesabaran, semakin kuatlah pula ujiannya. Yang pasti, orang yang bersabar pasti ada hikmahnya, insyaAllah.’

“Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah, tetapi boleh memberi iktibar dan pengajaran kepada yang menghayatinya. yang boleh diubah adalah hari esok.”

Β 

Dah habis baca?Tu baru sikit kan?Tapi FA ia sedikit sebanyak dapat membangkitkan kembali semangat korang yang telah luntur.Kenapa perlu bersikap negatif sedangkan Allah sentiasa beri peluang untuk kita bersikap positif.Betul tak?

Jadi,mulai saat ini,detik ini jom sama-sama ubah diri kita ke arah yang lebih positif kerana orang yang sentiasa positif adalah orang yang sentiasa dahagakan kejayaan.

Wsalam.

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply boni kacak Jul 22, 2013 at 2:06 PM

    betul tu.. jadi jangan sesekali bersikap negatif tau πŸ™‚

  • Leave a Reply