SEMBANG SANTAI

Iklan yang menyentuh hati

Jul 28, 2013
Iklan yang menyentuh hati

Assalamualaikum.

FA ada satu iklan yang menyentuh hati untuk dikongsikan dengan semua pembaca.Iklan ni terbitan sebuah syarikat besar yang tidak asing lagi iaitu Petronas Sdn.Bhd.Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita dapat dari iklan ini.Antaranya,rezeki yang berkat datang dari usaha yang gigih.Kalau nak sebut semua,memang panjang la entri ni nanti.Jadi korang boleh tengok video ini dan buat ulasan serta ambil iktibar dari video tersebut.

Bagi diri FA,iklan tersebut sangat menyentuh hati ditambah pula time layan video ni waktu malam yang sangat hening.Bila masa air mata keluar tengok video ni pun tak sedar.Tersentuh sangat dengan ketabahan seorang mak yang sanggup bersengkang mata setiap malam demi mencari sesuap nasi bagi kita yang bergelar anak.Pengorbanan seorang ibu memang tak ternilai.Wang ringgit bukan pengukur kepada keringat yang diperah oleh ibu bapa kita.Banyak sebenarnya yang FA dapat dari iklan tu.Tapi itu sahaja yang mampu dikongsi bersama pembaca.
Jadi buat semua pembaca,anda disarankan melihat video ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua.Ingatlah,hidup ini tidak selalunya diatas.Kadang kita di bawah,kadang kita diatas.

Wsalam.

 

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply nadia Jul 29, 2013 at 4:15 PM

    memang sedih

  • Leave a Reply