Home SEMBANG SANTAI Duit Raya 10 Sen

Duit Raya 10 Sen

9
8
SHARE

Assalamualaikum.

 

Malam ni datang idea nak share dengan semua  pembaca mengenai pengalaman hari raya FA 10 tahun yang lalu.Walaupun dah lama berlalu,tetapi masih segar dalam ingatan sebab pengalaman ni memang FA tak dapat lupa sampai bila-bila.Semua orang pasti ada pengalaman pahit manis korang menyambut hari raya kan?hehe.

Pengalaman yang tak dapat FA lupakan ialah dapat duet raya 10 sen.Kejadian ni berlaku masa umur FA 11 tahun,darjah 5 masa tuh.Pagi hari raya ke-3 kalau tak silap FA,FA pergi beraya dekat rumah jiran FA yang bekerja sebagai cikgu.Cikgu ni pun rumah dia memang besar la.Biasa la masa tu kan budak-budak lagi.Kalau pergi beraya,memang la nak duit raya kan?

Duit Raya 10sen

Sampai dalam rumah dia,FA dengan adik-adik makan la kuih yang ada.Lepas siap makan semua,apa lagi,beratur nak bersalam sambil tunggu duit raya la.Semangat tadah tangan,alih-alih dihulurnya duit syiling 10 sen.Masa tu memang terkejut la dalam hati.Balik rumah,terus cerita kat mak.Mak dengan ayah cuma mampu gelak je kat kitorang.Nak buat macam mana,bukan rezeki kami la hari tu.Reda je la.Tapi lepas dari peristiwa hari tu,raya tahun akan datang memang kami tak pergi la.Tiap kali lalu depan rumah dia,memnag teringat la peristiwa pahit tu ==’.

Macam-macam ragam manusia kan?Tapi pengalaman banyak mengajar kita untuk lebih dewasa.Tak kira pengalaman pahit,mahupun manis.Korang mesti ada jugak pengalaman hari raya yang tak dapat dilupakan?Betul tak?Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen ^^,

Wsalam.

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here