SEMBANG SANTAI

15 Ramadhan Terakhir

Jul 25, 2013
Iklan yang menyentuh hati

Assalamualaikum.Salam Subuh semua pembaca.

Subuh ini FA  ingin mengajak para pembaca bersama-sama memuhasabahkan diri masing-masing.Pejam celik pejam celik,kita sudah berada dalam lingkungan 15 Ramadhan terakhir.Tetapi apa khabar dengan amalan kita 15 Ramadhan terakhir ini?Tepuk dada,tanya iman.Masing-masing sudah pasti tahu jawapannya kan?

15 Ramadhan Terakhir

15 Ramadhan yang terakhir ini begitu menggugat keimanan masing-masing.Yela,hakikatnya pada hari ini,masjid semakin berkurangan dengan jemaah yang mengerjakan solat tarawih.Saf-saf hanya dipenuhi dengan golongan ‘warga emas’.Mana pergi anak-anak muda yang masih kuat fizikalnya?Soalan ini anda jawab sendiri.Manusia hari ini lebih gembira dan teruja menyambut Aidilfitri daripada Ramadhan.Sedangkan kedua-duanya perlu diseimbangkan.Pernah tidak anda terfikir andai ini Ramadhan terakhir kita?

Ramadhan adalah bulan yang boleh kita ‘top-up’ pahala sebanyak mungkin.Nak harapkan diri sendiri mengerjakan solat sunat,memang liat.Betul tak?Jadi inilah masa dan inilah saatnya kita perlu melakukan perubahan pada tahap keimanan kita.Kejarlah dan burulah amalan-amalan yang boleh meningkatkan tahap keimanan kita.Itulah bekalan yang bakal menerangi liang lahad kita nanti.

Semoga tazkirah ringkas ini sedikit sebanyak berkesan di hati pembaca.Segala yang baik itu dari Allah,dan buruk itu dari diri saya sendiri walaupun hakikatnya kedua-duanya dari Allah.

Wsalam.

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply MK Kimi Jul 25, 2013 at 6:47 AM

    bg saya, terawih di rumah pon tidak menjadi masalah. Nabi SAW sendiri tidak mewajibkan umatnya menunaikan solat terawih dimasjid…tp kena buatlah kat rumah. sunat muakkad hukumnya. masalahnya, solat fardhu di masjid masih lengang. jom qiyam di masjid 🙂

  • Reply Irwan Alessa Jul 25, 2013 at 11:12 AM

    3/4 Bulan Ramadan akan kita temui.. ada satu malam yang di janjikan oleh -Nya satu malam yang amalannya akan di hisab menyamai dengan pahala kita beribadat selama 83 Tahun,, kita takkan tahu..

  • Leave a Reply