SEMBANG SANTAI

Motivasi:Ibu Bapa Cerminan Anak-Anak

Apr 3, 2013


Maaf lama xupdate..sibuk memanjang tambah2 tengah prepare for final exam.sibuk siapkan research,siakan borang2 untuk apply dengan lembaga…perjuangan last untuk bidang pengajian yang aku amik.sama-sama doakan untuk kejayaan ku…insyaAllah..amin.


ok!sebenarnya sejak dua menjak ni banyak sangat yang berlaku.Banyak sangat peristiwa yang aku rasa aku patut kongsi dengan korang mengenai pengajaran dia…tentang isi peristiwa,xperlu aku cite secara detail,biar aku je yang taw..tapi yang aku nak cerita adalah tentang pengajaran dia..


dah baca kan tajuk entry kat atas??mesti korang terfikir-fikir apa sebenarnya aku nak sampaikan kan??
sebenarnya aku nak cerita kat korang tentang ibu bapa..bunyi macam mengantuk kan?tapi please guys,be alert!jangan pandang remeh benda-benda macam nih..!

aku tahu walaupun aku xberumah tangga lagi,x ada pengalaman jadi mak kepada anak2 lagi,tapi da banyak peristiwa yang mematangkan diri,yang membuka minda aku.Alhamulillah dan sekarang aku nak kongsi pulak dengan korang..

ok!back to our topic.!sebenarnya parents ni memainkan peranan yang sangat2 penting dalam mendidik anak-anak.Sebab ibu bapa ni adalah cerminan kepada anak-anak.Anak2 kita akan tengok perilaku kita,tutur kata kita,sikap kita.Semua tu mereka akan sentiasa perhatikan.Kenapa mereka tengok kita dahulu???
Sebab masa mula-mula anak lahir,dia tengok sape dulu kalau bukan parents dia??kan??so thats why mereka akan pandang kita dahulu,parents dia.

So,please dear all parents or to be,be alert with this situation!memang kita tengok macam remeh je kan?tapi sebenarnya body language,tingkah laku,tutur kata kita akan memberi effect yang sangat2 besar kepada anak2 kita..baik ibu bapa,baiklah anak-anak.InsyaAllah.


Tengok dunia hari ini..subhanallah..masa kita tak panjang dah..bila-bila masa Allah akan gulungkan dunia ini…didiklah anak-anak menjadi srikandi srikanda Islam yang boleh memperjuangkan agama Allah..
Soleh dan solehahkan anak-anak kita sekali.Jangan kita sorang jer…heret anak-anak ke jalan Allah..damping diorang dengan wangian Islamiah..Biar mereka hormat sehormatnya pada kita sebagai parents diorang.

At least nanti biarlah kita tinggalkan dunia ini dengan anak-anak yang soleh dan solehah.Yang boleh menyedekahkan Al-Fatihah kepada kita nanti..InsyaAllah..

Oklah,xnak sembang panjang-panjang,nanti korang boring pulak..aku harap sedikit sebanyak amikla input yang aku bagi..
Jom sama-sama audit balik diri kita,audit perilaku kita,audit tutur kata kita.
Niat dalam hati setiap kali bangun tidur,’Ya Allah,hari ini aku nak jadi insan yang baik tutur kata,baik tingkah laku,baik dalam amal ibadah.’

InsyaAllah,Allah akan makbulkan.Pecaya dan Yakinlah dengan kuasa Allah.

Apa yang aku cerita nih sebagai nasihat untuk diri aku dan bersama.

Wsalam.




You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App Oct 26, 2019 at 5:12 PM

    […] berumur 18 tahun ke atas.Tapi macam mana pula dengan anak-anak kita yang baru nak kenal dunia?Ke ada parents yang takut nak bagi gadget dekat anak?Atau risau tak tahu cara kawal anak main gadget nanti?Semua […]

  • Leave a Reply