SEMBANG SANTAI

Beri saya 1minit sahaja.Tolonglah :'(

Sep 8, 2012
Assalamualaikum πŸ™‚
Alhamdulillah..Syukur sangat2 hari nih sebab Allah masih beri FA peluang untuk menikmati segalaΒ 
nikamt dan zat2 NYA..
Sebenarnya hari ini FA nak kongsi sesuatu yang FA rasa sepanjang FA berklinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.
Jadi FA nak mintak korang sedekah hanya 1minit je untuk baca entry FA nih.
Sebagai pedoman dan peringatan kepada kita sebagai manusia yang mudah leka nih.
Dalam banyak2 tempat yang FA praktikal,kat Wad pediatrik la tempat yang sangat2 menyentuh hati FA..
Kat situ FA dapat lihat betapa besarnya pengorbanan sorang mak dan ayah ..
Sanggup bersekang mata demi menjaga anaknya.
Tak pernah sekalipun FA tengok mereka merungut keletihan,bosan..
Malah mereka sentiasa melemparkan senyuman kepada anak mereka.
Mereka tak pernah menunjukkan reaksi muka yang letih kepada anak mereka.
Kat situlah FA benar2 tersentuh.Kagum dengan semangat seorang ibu dan ayah..
Ada satu lagi situasi yang jugak menyentuh hati FA..
Situasi di mana tiap kali FA tengok seorang pesakit berusia 22tahun,menghidap penyakit Thalassaemia.
Melihat keadaan dia yang kurus kering,tak bermaya,membuat hati FA jadi sebak sangat.
Ya Allah,masa tuh Tuhan je yang tahu apa yang bermain dalam fikiran FA.
Kalau boleh,FA nak ganti tempat dia,supaya dia boleh bergembira macam anak2 muda laen rasa.
Tapi mungkin ade hikmahnya Tuhan timpakan ujian sebegitu kat dia..
Semoga penyakit yang dihidapinya menjadi kafarah dosanya..amin3..
Jai kat sini FA nak ajak pembaca semua,sama2 lah kita tengok balik diri kita.
Tepuk dada,tanya iman.
Apakah kita telah bersyukur pada hari ini??
Jika belum,cepat2 panjatkan setinggi kesyukuran kepada Yang Maha MemilikiΒ 
wsalam.

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Nurulee Sep 9, 2012 at 6:54 AM

    Kesiannya. Ya Allah T__T

  • Leave a Reply