SEMBANG SANTAI

~PERSONALITI MENGIKUT WARNA~

Aug 3, 2011

Assalamualaikum…dah lama asenya Puteri xupdate blog nih…rindu sgt3…
Hari nih da msuk 3Ramadhan..Alhamdulillah..

Hari nih Puteri nak bercerita and share dgn korang semua pasal personalit mengikut warna kegemaran masing2…
Semua org ade warna kegemaarn kan…jadi cuba kenal Diri anda melalui warna kegemaran nih…^_^v

BIRU MUDA

 suka merendah diri.

suka mengalah dan tidak sanggup menghadapi cabaran.
sanggup berkorban demi kepentingan orang lain.
cerdas dan bijak.
sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidak menonjol.
agak pendian tetapi seorang pendengar yang baik.

BIRU

 berterus terang dan jujur.


cepat beri kemaafan tetapi tegas.

tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.
setia pada pasangan.
-senang untuk pegang wang (telaga duit jugak lah nie…! huhuhu)
– mahu kemahuannya dituruti.
MERAH

berani.
– emosional dan tegas.
– sanggup hidup susah daripada berusaha.
– tamak dan gelojoh.
– suka hidup senang lenang.
– mementingkan persahabatan dan tidak gemari persengketaan.
MERAH JAMBU
tegas tetapi agak manja.
– mudah tersentuh dan menyimpan perasaan.
– suka romantis dan bermadah.
– tidak senang dengan bising dan peperangan.
– tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir.
– cepat marah tetapi mudah redanya.
HITAM
suka bermurung.
– prihatin.
– kuat menghadapi cabaran.
– tidak mudah terpengaruh.
– setia pada suami.
– baik hati tetapi cepat tersinggung.
PUTIH
mempunyai perangai elok dan tulus.
– tidak banyak prasangka.
– berkata benar, jujur, dan rendah hati.
– ramah dan sopan-santun.
– ‘open-minded’ cepat berubah ikut keadaan.
– suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.
KELABU
suka mengelamun.
– romantis.
– penyabar.
– tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
– suka mengada-ngada dan bergosip.
UNGU
murah hati.
– merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
– penuh inisiatif.
– pandai tetapi emosi.
– dingin dan kehendaknya meluap-luap.
– suka menggunakan orang lain untuk berjaya
HIJAU
 seseorang yang sukakan kedamaian.
– cintakan kebahagiaan.
– tidak suka peperangan dan huru-hara.
– patuh pada agama.
– teguh pendirian.
– agak konservatif.
KUNING
-amat menyukai ilmu.
– gemar membaca.
– tekun dan cerdas.
– tabah menghadapi cabaran.
– lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada buat keputusan sendiri.
– teguh pendirian dan mudah berdolak-dalik.
COKLAT
-memiliki sifat keibuan.
– suka merendah diri.
– sopan dan halus budi.
– hati sentiasa was-was takut tersalah.
– sukar memberi kepercayaan.
– takut untuk membuat keputusan.

JINGGA
-seorang yang tahan lasak.
– garang dan berrhati kering.
– mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.
– sukakan wang dan agak kebendaan.
– suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
– suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata dan kadang-kadang agak menyakitkan.
HAaaa….lepas korang da baca nih…jgn lupa tinggalkan komen @follow my blog yerkk,,,,:)

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply