SEMBANG SANTAI

Cara Nak Isi SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2016

Mar 13, 2016
SPABAR

Cara Nak Isi SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2016 | Rentetan komen dan persoalan yang bertubi-tubi datang dari artikel lama saya iaitu ‘Cara Nak Isi SPA’,saya ‘terpaksa’ menulis dan menceritakan semula cara-cara untuk mengisi borang online SPA8.Whatsapp bertubi-tubi masuk bertanyakan perihal yang sama mengenai SPA.Kadang-kadang soalan yang saya rasa remeh pun mereka bertanya.Bukan tak mahu menjawab,tapi kalau sekadar tanya macam mana nak ‘edit’ nama penuh,saya rasa itu sangat remeh dik oi.Hehe.Maaf nah.

Ada masa,saya jawab.Ada masa saya senyapkan sebab saya pun kurang pasti perihal tersebut.Untuk makluman semua pembaca,saya bukan kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ye.Saya cuma rakyat biasa yang rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bagaiman cara-cara untuk masuk ke sektor pekhidmatan awam.Ada rezeki,insyaAllah anda berjaya menempatkan diri ke sektor awam.Tiada rezeki?Jangan susah hati,Allah dah tetapkan rezeki lain untuk anda.

Okai,jom kita ke langkah-langkah mudah untuk mengisi borang SPA8.

Sebelum tu!!!

Ya,sebelum tu pastikan anda mempunyai bendaย ini:

EMAIL GMAIL YANG SAH DAN AKTIF

Kenapa mesti GMAIL?Kenapa bukan yahoo atau rocketmail atau hotmail?

.
Untuk makluman anda,sebaik-baik akaun email,saya sangat syorkan akaun GMAIL kerana mengikut pengalaman saya,salah seorang staff SPA pernah memberitahu saya bahawa akaun GMAIL paling mudah berurusan dan paling cepat respon iaitu dalam masa 24jam sahaja.Kalau akaun email lain dalam masa 7 hari bekerja.So anda pilih yang mana.Tapi saya tegaskan kat sini,tolonglah pakai akaun GMAIL ye!Jangan degil!

Langkah PERTAMA

SPABAR

1.Buka laman web portal SPA ->ย http://www.spa.gov.my/

2.Klik pautan yang saya tunjuk dalam gambar.

Langkah KEDUA

SPABARU

1.Kalau ini kali pertama anda nak mendaftar untuk SPA8,Klik ‘DAFTAR AKAUN BARU’.

Kemudian anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah ini.Isi kesemuanya okai!

Kemudian tekan DAFTAR !

SPABARU1

2.Kalau sudah mendaftar akaun SPA8,LOGIN terus.

3.Kalau LUPA KATA LALUAN,tekan sahaja LUPA KATA LALUAN.Nanti dia akan bagi arahan untuk set kembali kata laluan baru.Sebab tu EMAIL GMAIL penting.Kalau guna email GMAIL,dalam masa 24 jam boleh dapat kata laluan.Kalau email lain,dalam masa 7 hari bekerja.

Langkah KETIGA

Kemudian anda akan nampak paparan ini.

SPABARU2

Isi kesemua yang saya tunjukkan dalam gambar atas ni.Jangan tinggal satu pun!

Langkah KEEMPAT

Bahagian ni PALING PENTING ! Bahagian ni jugak yang ramai orang Whatsapp tanya saya.Buat apa yang saya tunjukย macam dalam gambar ni.Isi kesemua peringkat permohonan.Baik Diploma,SPM,Bakat atau SEPARA PERUBATAN.

Isi je semua.Mana nak tahu nak kena rezeki ada yang tersangkut satu dua.SPA ni kadang boleh diduga,kadang tidak.Jadi berdoalah banyak-banyak ya.

Pilih yang anda rasa anda mampu laksanakan kalau terpilih nanti.

SPABARU3

Oh ya!Jangan lupa klik ‘SIMPAN’ dan pilih tempat temuduga yang korang senang nak pergi.Kalau duk KL jangan mengada pilih nak interview dekat Terengganu pulak!

Langkah KELIMA

SPABARU4

Lepas isi kesemua bahagian.Ini bahagian yang ramai terlepas pandang.Bahagian ini bahagian akhir untuk submit permohonan anda.Jadi pastikan anda periksa betul-betul kesemua maklumat anda beserta jawatan yang anda pohon tu.

Jangan lupa tick ‘SAYA SETUJU’ dan jangan lupa tekan ‘HANTAR’

Kalau anda tak buat yang saya bagitahu kat atas ni,berkurun la permohonan korang tak ada orang nak tengok.Faham ke FAHAM?

SELESAI SUDAH !

Ya.Lepas anda dah hantar permohonan anda,anda boleh lihat semakan permohonan anda.

Kalaulah tiba-tiba anda nak edit balik jawatan yang anda pohon,pastikan anda tick ‘SAYA SETUJU’ dan ‘HANTAR’ semula permohonan anda.Ini kerana setiap edit yang dibuat selepas permohonan dihantar,akan membatalkan permohonan lama anda.

Faham ke FAHAM?

Tolonglah faham ye! Hehe.Jenuh cheq nak terang.Haha

SPABARU5

Pastikan anda sentiasa cek email gmail anda untuk mengetahui status permohonan anda.
Kalau nak semak melalui portal SPA sendiri pun boleh untuk status permohonan anda ni.

Saya akan ajar dalam artikel seterusnya macam mana nak semak status permohonana anda ya!

Dah.Tidor dulu!

Selamat mencuba dan good luck! :D

Xoxo

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply