SEMBANG SANTAI

DIGI WWWOW AWARDS 2015 KEMBALI!

Sep 24, 2015

DIGI WWWOW AWARDS 2015 KEMBALI! | Raya-raya ni pulun jugak nak tulis cerita ni sebab dah janji nak tulis.Hehe.So nak atau tidak kena tulis jugak.Kalau tak,orang tak tahu.


Hari ni nk cerita pasal DIGI WWWOW AWARDS 2015.Saya akan cerita habis ringkas dan padat ye.Walaupun sebelum ni saya tak minat pun pasal DIGI Heee..Tapi kali ni honestly saya tertarik dengan DIGI WWWOW AWARDS ni.

DIGI  WWWOW AWARDS adalah satu platform di mana korang dapat merealisasikan idea,bakat atau business yang korang ada.Dan kalau idea korang terpilih,RM10,000 bakal masuk ke poket korang.Lagi best bila dah menang,korang boleh jumpa individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.Duduk semeja dan dengar pengalaman mereka.Ish,best tahap gaban dah ni kalau korang kepala bisnes macam saya.Hehe

8 kategori pencalonan akan dipertandingkan.Ala anugerah ni macam anugerah juara lagu la lebih kurang.Tapi yang ni lebih kepada mereka yang aktif di kesemua medium media sosial taw.Penyertaan bermula pada 14 Sept hingga 12 Oct 2015 dan kemudian , pengundian bermula pada 19 Oktober hingga 30 Oktober 2015. Pemenang pula akan diumumkan pada 20 November 2015 nanti!

So korang yang aktif giler dekat media sosial tu WAJIB join atau calonkan sesiapa sahaja yang korang rasa layak untuk menang.Best taw hadiah untuk pemenang UTAMA dia ni.Tak tidur malam kalau saya yang menang RM10,000 tu. *tampar pipi laju2*  Verangannnn kejap nah..!

Okai 8 kategori yang dipertandingkan itu ialah:

1) Videos & Photography

2) Social Influencers ( Personaliti Berpengaruh )

3) Independent Publishers (Penerbit)

4) Web commerce (Laman Bisnes)

5) Mobile app commerce ( Aplikasi Mobile Bisnes)

6) Social media commerce (Bisnes Media Sosial)

7) Social impact

8) Social gathering

Seandainya saya tercalon dalam Kategori Bisnes Media Sosial,apa yang saya akan buat?Saya akan hasilkan satu produk kecantikan iaitu krim muka instant khusus untuk wanita bekerjaya yang sibuk serta tiada masa untuk bersiap.Sebab memang ramai wanita bekerjaya di luar sana yang ingin tampil cantik dalam masa yang singkat. 

  
Jadi untuk korang yang menjalankan bisnes melalui media sosial baik di Facebook,Email,Blog atau di Instagram korang memang layak untuk join anugerah ni taw.Ehem kalau korang rasa blog saya ‘layak’ untuk tercalon,why not?

*hantuk kepala dekat dinding laju2*

Orait dah tak nak sembang lebih,yang pasti kalau nak tahu lebih lanjut,korang boleh terus singgah website DIGI WWWOW AWARDS 2015.

Eh..!Jom tengok video Digi #WWWOW2015 Awards.Mana tahu mungkin korang merupakan the next HERO??

#DGWWWOW

Maklumat lanjut:

http://www.wwwow.my/

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply sabree hussin Oct 3, 2015 at 10:31 AM

    Bahangnya kian terasa, sana sini mula bercerita tentang awards nih :D

  • Leave a Reply