FESYEN

Jubah Couple Furqon Yang Cantik Dari Sola

Feb 8, 2015
jubah lelaki moden

Jubah Couple Furqon Yang Cantik Dari Sola | Artikel ni merupakan kesinambungan dari artikel sebelum ini iaitu artikel Jubah Couple Moden by Sola.Tetapi hari ni saya nak sembang dan sajikan dengan lebih banyak gambar-gambar terbaru koleksi jubah couple Furqon by Sola ni.Apa yang pasti,korang tak akan senang duduk lepas tengok gambar-gambar ni.Hehe.

jubah couple yang lawa

Jubah Couple Furqon Penyeri Hari Bahagia

Saya tahu ramai yang tercari-cari jubah yang sedondon dengan pasangan mereka.Terutama cik akak manis kan.Jarang nak jumpa lelaki beli baju sedondon dengan pasangannya.Biasanya cik akak la yang rajin mencari.Kalau boleh semua benda nak sedondon dengan cik abang dia.Hehe.

Jadi,dengan adanya koleksi Jubah Couple Furqon by Sola ni,korang tak perlu nak peningkan kepala dah.Semua dah ada.Baik untuk majlis keraian biasa,majlis istimewa,majlis rasmi bahkan majlis nikah dan tunang pun korang boleh pakai jubah couple Furqon ni taw.Meletup la nanti bila semua tetamu tengok jubah tu.Hehe.

jubah couple yang murah

Jubah Couple Yang Cantik Dan Berkualiti

Koleksi jubah Furqon by Sola mulai mendapat tempat di hati peminat ketika keluaran pertama Jubah Lelaki Moden mereka.Rekaannya yang sangat unik,ringkas,bersahaja dan maskulinity yang tinggi membuatkan mata yang memandang tidak jemu malah tak akan berpaling selagi tidak menjadi milik mereka.Kuat kan penangan rekaan jubah by Sola ni?Dengan rekaan yang sangat cantik,kualiti kain yang sangat eksklusif dan kualiti jahitan yang sangat kemas membuatkan pelanggan mereka ‘repeat order’ buat kali kedua.

Untuk koleksi jubah couple Furqon kali ini,designer Sola cuba mengetengahkan penggunaan material Velvet supaya rekaan beliau tampak eksklusif dan kemas.Berbeza dan sangat lain daripada rekaan jubah pereka pakaian yang lain.Haruslah berbeza barulah namanya versatil.Kan?

jubah lelaki moden

Jubah Adam Furqon Penuhi Impian Jejaka

Jubah Adam Furqon bagi set Couple kali ini sangat eksklusif dan berbeza dengan koleksi Jubah Lelaki Moden by Sola pada keluaran yang lalu.Rekaan designer Sola kali ini sangat berbeza dan unik.Apa yang unik?Jom tengok gambar di bawah dan bandingkan dengan rekaan designer lain.

jubah couple hari raya 2015

Sebenarnya sekarang dah ramai golongan muda yang suka memakai jubah.Seiring dengan perkembangan itu,designer Sola cuba menerapkan elemen moden dan muda di mana semua peringkat umur boleh menggayakan jubah Furqon by Sola ini.Semua orang berhak untuk cantik ye uolss.

jubah lelaki yang cantik dan moden

Kolar pada jubah Adam Furqon juga berlainan daripada yang lain.Sentuhan designer Sola membuatkan si jejaka mampu menggayakan jubah tanpa rasa ‘rimas’.

jubah lelaki

Biasanya kita hanya mendengar jubah Hawa sahaja yang ‘wuduk friendly’ kan?Tetapi dengan jubah Adam Furqon,si jejaka juga boleh mengambil wudhu dengan mudah dan selesa kerana terdapat zip di bahagian tangan jubah.Kemas dan cantik kan?

jubah lelaki eksklusif

Jahitan yang kemas serta penuh dengan elemen kemodenan dan eksklusif.Jangan risau,semua peringkat umur boleh menggayakan jubah Furqon by Sola ni.Semua orang akan kelihatan cantik,handsome dan bergaya apabila mengenakan jubah yang cantik dari Sola ini.InsyaAllah.

Jubah Hawa Furqon Berkualiti Tinggi

jubah muslimah yang cantik

Untuk jubah kaum Hawa pula,designer Sola ‘berani’ bermain dengan penggunaan French Lace yang mana menampakkan lagi kematangan si pemakai apabila lace dikenakan pada jubah yang feminin itu.Malah Sola berani bermain dengan lace tersebut dan menvariasikan penggunaan lace tersebut pada jubah kaum Hawa.

Apa yang saya berani janjikan kepada pembaca wanita khususnya mengenai jubah Hawa ialah,anda tidak perlu risau mengenai lace pada jubah tersebut kerana lace tersebut tidak akan ‘berbulu’ setelah proses pembasuhan jubah.Best ke tidak??

jubah lace yang berkualiti

Kemas kan bahagian lace jubah Hawa?Saya ada tips bagaimana untuk mengelakkan jubah yang mempunyai lace daripada berbulu.Jangan basuh jubah berlace dengan basuhan mesin.Sebaiknya hanya gunakan ‘dry cleaning’ atau rendaman sahaja.Simple kan?Cara penjagaan yang sangat mudah.jubah lace yang berkualiti

jubah nursing friendly

Jubah Hawa Furqon juga sangat mesra untuk ibu yang mengandung kerana mempunyai zip di bahagian hadapan jubah.Yela,nursing friendly la pendek kata.Memudahkan si ibu untuk menyusukan anak ketika berada di luar atau pun di mana-mana majlis.Si ibu pun berhak untuk tampil anggun bergaya.

10984970_972927066058481_620335125_n

Selain itu,jubah Hawa Furqon juga ‘wudhu friendly’ kerana mempunyai zip di bahagian lengan jubah.Memudahkan proses untuk mengambil wudhu berjalan lancar tanpa perlu melipat bahagian lengan jubah.

Koleksi Jubah Couple Yang Cantik Dan Berpatutan

Sejujurnya memang sangat susah nak mencari jubah yang sedondon dengan pasangan kita.Kalau jumpa pun,bukan 100% boleh sama pun kan.Sekarang jom cuci mata tengok koleksi jubah couple Furqon by Sola ni ye.

jubah couple

Rona hitam klasik membuatkan si pemakai kelihatan ringkas dan bersahaja.Sesuai untuk mereka yang gemarkan persalinan yang simple dan boleh digayakan ke pelbagai majlis keraian.

jubah couple

jubah nikah yang cantik

jubah couple warna hitam dan cantik

jubah lelaki moden

jubah lelaki moden

jubah coupleWarna di atas pula sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang kurus kerana warna gelap seperti di atas membuatkan si pemakai tampak sedikit berisi.

jubah couple yang cantik

jubah warna kuning yang cantikWarna kuning warna kegemaran ramai.Warna yang sangat berani malah mampu menarik perhatian orang ramai yang melihat si pemakainya.Warna ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang berisi kerana ianya membuatkan si pemakai kelihatan lebih kurus dan anggun.

jubah lelaki moden

jubah couple yang cantikWarna merah hati juga bakal menceriakan hari si pemakai kerana warna ini sangat garang dan sesuai digayakan oleh pelbagai jenis bentuk badan.Cutting yang dibuat oleh Designer Sola membolehkan semua peringkat umur dan jenis bentuk badan menggayakan jubah eksklusif ini.Tanpa sebarang halangan semua orang layak untuk tampil cantik dan anggun pada hari istimewa mereka.Dan saya sebenarnya sangat menggemari warna merah hati ini. ;)

jubah nikah yang cantik

jubah couple hari raya 2015

Warna hijau turquoise sangat lembut malah tidak jemu dipandang.Sesuai untuk pelbagai jenis bentuk badan.

jubah couple yang cantik

jubah couple hari raya 2015

Rona biru laut juga sangat menarik malah mampu menaikkan seri si pemakai dan menampakkan lagi kematangan si pemakai.Juga sesuai untuk bentuk badan yang sedikit berisi.

jubah couple hari raya 2015

jubah warna kuning yang cantik

Warna putih krim ni memang sangat sesuai untuk mereka yang masih mencari persalinan untuk majlis nikah mereka.Dengan harga yang sangat berpatutan,hari bahagia anda bukan lagi satu mimpi tapi realiti.Rekaan yang sangat ringkas dan bersahaja.Sejuk mata yang memandang mereka yang mengenakan persalinan ini di majlis nikah nanti.InsyaAllah.

Macam mana?Dah rambang mata melihat kesemua warna dan rekaan jubah couple Furqon by Sola?Saya dah agak,pasti korang dah tak senang duduk.Sejujurnya saya sukakan rekaan jubah couple by Sola ni.Sangat bersahaja dan eksklusif.Sesuai diberikan sebagai hadiah kepada ibu dan ayah.Tak kurang juga sebagai hadiah perkahwinan sahabat kita.Kan?Lain daripada yang lain ni.Hehe.

Penat dah sembang panjang,untuk korang yang dah tak sabar untuk rembat set jubah couple Furqon by Sola ni,boleh cepat-cepat buat tempahan dan pembayaran kepada mereka.Untuk pengetahuan korang,jubah couple Furqon by Sola ni sangat limited.Setiap warna sangat terhad.Ini bukan propa untuk meraih perhatian,tapi kenyataan ye.Jadi kalau nak mencari baju untuk raya pun,inilah masanya.Time murah macam ni la korang kena rembat taw.

Ok.Dah boleh pergi buat order cepat-cepat.

ORDER DAN BUAT TEMPAHAN DI SINI ..!!

Website:www.furqon.my [KLIK]
Instagram: @solaweddingcouture [KLIK]
Facebook:Furqon by Sola Couture [KLIK]
Hotline: +6019 645 8618

Selamat membeli!

You Might Also Like

3 Comments

  • Reply islam di dadaku Feb 16, 2015 at 10:01 AM

    bestnya karena couple bisa belanja istri sekaligus

  • Reply Cik Nad Mar 3, 2015 at 11:20 AM

    cantiknye……. kne ajak pakai sekali ni kot2 time pre wed ke haha kne kurus ni :P pakai jubah lawa sket

  • Reply umizariff Aug 14, 2016 at 1:19 PM

    saya berminat membeli jubah borong untuk dijual

  • Leave a Reply to Cik Nad Cancel Reply