MAKANAN

Laksa Ikan Sekoq Sedap Di Perak

Jan 26, 2015
Laksa Ikan Sekoq

Laksa Ikan Sekoq Sedap Di Perak | Alhamdulillah.Lega tak terkira bila dah dapat log in blog seperti biasa memandangkan dua hari lepas blog kena suspended sebab bandwith blog over sangat.Penangan trafik dan kunjungan pembaca yang tinggi.Alhamdulillah.Jadi hari ni lama nak sembang pasal cerita lama kita.Cerita masa kunjungan singkat dan pertama saya ke Perak bulan lepas.

Semasa kunjungan saya ke Perak bulan lepas,saya dan teman sempat singgah di gerai tepi jalan yang menjual Laksa Ikan Sekoq dan CendolΒ Bermadu Sedap.Pada mulanya saya memang tak pernah dengar pasa Laksa Ikan Sekoq.Dalam kepala duk bayang macam-macam dah macam mana rupa la laksa ni.Hehe.Saya dan teman saya order laksa ikan sekoq special dan cendol sedap.Meh kita tengok gambar pula ye.Jangan terliur ye malam-malam macam ni.Hehe

Laksa Ikan SekoqHarga satu mangkuk Laksa Ikan Sekoq ni cuma RM6 sahaja.Kalau tak silap saya lah.Memandangkan dah lama duk peram cerita ni.Asyik tertangguh ja nak bercerita.Rasa dia boleh tahan dan memuaskan memandangkan ikan dia sebati dengan kesedapan kuah laksa.Licin saya dan teman makan.Mungkin sebab kitorang sampai dalam keadaan perut yang lapar kot.Hehe.

Cendol Sedap Di PerakIni pula penyejuk tekak kami yang sudah kepedasan makan Laksa tadi.Cendol dia memang lemak berkrim disukai ramai la.Kami duduk je ramai pulak yang menyinggah nak beli cendol diorang.Pada mulanya kami tengok macam biasa sahaja cendolnya.Tapi bila dah suap ke mulut,hmmm memang tak nak pandang kiri kanan dah.Sedap sangat kak oii.Tak dak arah la kami dalam perjalanan nak pergi kenduri kahwin.Kalau tak dah lama kami tapau bawak balik.Harga cendol dia kalau tak silap dalam RM3 sahaja.

10954899_10202493170569136_135769293_o

10952552_10202493169129100_1838520264_o

Untuk makluman semua pembaca,gerai yang menjual Laksa Ikan Sekoq ni terletak di Cenderong Balai.Gerai mereka berada betul-betul di tepi jalan nak menghala ke Manjung,Perak.Jadi sepanjang perjalanan nak menghala ke Manjung tu,korang boleh slow down nak cari gerai mereka ni.Sekiranya bimbang tersesat nak mencari gerai mereka,boleh telefon mereka di nombor yang tertera di banner.Kalau berkesempatan,jangan lupa cuba taw.Pasti korang berpuas hati.InsyaAllah.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

4 Comments

  • Reply Muaz Feb 5, 2015 at 7:49 AM

    wahh,, ikan sekoq ni mesti sedap.. kalau gi perak nak kena try ni.

    • Reply admin Feb 7, 2015 at 9:25 AM

      Memang sedap Muaz! Hehehe

  • Reply aishah rameli Feb 14, 2015 at 12:19 AM

    sekarang laksa ikam sekoq harganya rm 4.50 sahaja.
    rasanya sangat osem
    rasa lemak ikannya
    cendol bermadu pula sangat segar
    memang sangat padan digandingkan bersama

  • Reply Sani Sini Sana Feb 17, 2015 at 8:54 PM

    Dekat manjung ya..Boleh terjah nanti bila balik Perak..

  • Leave a Reply