TRAVEL

Hotel Murah Bawah RM100 Di Kota Bharu,Kelantan

Dec 9, 2014
hotel murah di kota bharu

Hotel Murah Bawah RM100 Di Kota Bharu,Kelantan | Kesinambungan dari artikel percutian singkat saya ke Kota Bharu bulan lepas.Lupa nak cerita pasal hotel tempat saya menginap di Kota Bharu tempoh hari.Kebiasaannya saya tumpang tidur di rumah kakak ipar Along.Tapi kali ni tukar angin sikit nak sewa hotel di tengah-tengah bandar Kota Bharu.Hehe.Ini juga merupakan kali pertama saya belajar cara nak booking hotel.Cuba sesuatu yang baru memang menyeronokkan.

Perancangan memang nak cari hotel bawah RM100 di Kota Bharu ni.Memang saya bajet dalam RM100 ke bawah sahaja.Survey punya survey,saya terjumpa sebuah hotel yang terletak betul-betul di sebelah pusat beli-belah KB MALL iaitu TUNE HOTEL.Setahu saya TUNE HOTEL memang hotel yang mempunyai pakej yang murah dan berpatutan.Memang banyak pakej yang disediakan oleh mereka.

hotel murah di kota bharuGambaran hadapan TUNE HOTEL KOTA BHARU CITY CENTRE.Saya tak sempat nak ambil gambar hadapan muka hotel ni.Jadi kita creditkan jelah dekat Cik Booking.com.Hehe.

Sebelum saya bagitahu berapa harga hotel ni,saya nak tunjuk dulu gambar-gambar dalam bilik hotel yang sewa tu.InsyaAllah selesa untuk dua-tiga orang.Meh tengok dulu gambar-gambar di bawah.

hotel murah di kota bharu

 

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

hotel murah di kota bharu

Kalau korang nak layan secara LIVE suasana hotel ni,boleh tengok video di bawah ni pulak.

Haa.Macam mana?Puas hati ke tidak?Mewah jugak kalau dilihat.Pendek kata cukup pakej jugak la kalau datang dari keadaan yang letih.

Mesti nak tahu berapa harga untuk sebuah bilik ni kan?

RM71/Malam

Murah ke tidak?Hehe.Dan apa yang saya dapat dengan harga RM71 ialah:

Sebuah bilik  DOUBLE ROOM yang mempunyai:

  • Katil yang agak besar untuk dua orang yang kering macam saya dan adik saya.Hehe
  • Kipas yang berfungsi dengan kelajuan yang boleh diselaraskan.
  • Hair Dryer.
  • Bilik yang mempunyai tingkap dan view yang agak cantik.
  • Sehelai tuala dan toiletries kit (syampoo dan sabun mandi)-RM6

Harga basic sebuah bilik cumah RM65.Tetapi saya ADD-ON tuala dan toiletries kit.Jadi caj tambahan RM6 dikenakan.TUNE HOTEL ni selalu buat promosi.Jadi kalau nak lebih jimat selalu lah tengok website diorang.Bagi saya memang berbaloi dengan harga yang dikenakan dengan tahap servis yang diberikan.

Cuma ada satu sahaja yang saya kurang berkenan.Mungkin bilik yang diberikan sudah lama tak digunakan memandangkan saya lihat meja di sebelah katil mempunyai tompokan kotor seolah-olah meja di lap menggunakan kain basah yang kotor.Sedikit berdebu juga di meja tu.Bilik air pun boleh tahan.

Tetapi bilik jenis DOUBLE ROOM yang saya amik ni memang sesuai dan muat untuk 2 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak.Nak sumbat ramai-ramai tu agak merimaskan la.Hehe.

Dekat TUNE HOTEL ni banyak pakej .Korang jugak boleh pilih samada nak ON kan TV atau tidak,nak AIRCOND ke tidak,nak WIFI ke tidak.Saya ambil yang basic sahaja.Sebab bukan berkurung dalam hotel 24 jam pun kan.Jadi TV,AIRCOND,WIFI tidak diperlukan.Balik-balik hotel confirm letih,terus tidur.Jadi berjimatlah selagi boleh ye.Hehe

hotel murah di kota bharu

Nampak tak dalam gambar di atas tu.Kalau korang nak ADD-ON secara pakej COZY atau COMFORT,korang boleh pilih terus.Mudah sahaja.Tapi kalau korang jenis yang teliti dan suka berjimat,korang boleh pilih secara personally apa yang nak atau tidak di bahagian ADD-ON tu.

Ok dah.Semoga perkongsian saya dapat membantu korang yang masih tercari-cari hotel murah di sekitar Kota Bharu.Mungkin TUNE HOTEL ni salah satu daripada hotel murah di Kota Bharu.Rasanya ada lagi ni.Lepas ni saya nak terjah hotel lain pulak dengan bajet yang rendah InsyaAllah.

Maklumat lanjut:

www.tunehotels.com

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

11 Comments

  • Reply Prof Hariz Dec 9, 2014 at 6:37 PM

    Murah dan selesa. Nanti nak ke kelantan boleh singgah sini. inshaAllah.

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 3:57 PM

      Jangan lupa singgah.Meman tak menyesal kalau singgah sini.

  • Reply ikhwan Dec 9, 2014 at 7:46 PM

    dijangkakan ramai orang menginap hotel sebegini pada tahun depan, setengah orang tak kisah bab hotel asalkan dapat berjalan-jalan.

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 3:57 PM

      Betul tu tuan.Hehe.Jimat habis

  • Reply Azhafizah Md Nor Dec 10, 2014 at 3:17 PM

    cantik dan kemas hotel ni..murah pun murah..berbaloi kot kalau stay sini kan

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 3:58 PM

      Sangat berbaloi Kak fiza.Kalau datang Kelantan pilih hotel ni je taw.Hehehe

  • Reply emalinmohd Dec 10, 2014 at 6:32 PM

    Sesuai sangat untuk yang nak cari tempat lelapkan mata selepas puas berjalan-jalan di Kelantan. Murah pun murah. Ambil yang perlu sahaja.

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 11:22 PM

      Betul tu akak.Ambil yang perlu sahaja

  • Reply fyna Dec 11, 2014 at 11:22 AM

    oklah tue kan. berbaloi dengan harga. ^_^

  • Reply Calrase Patrick Dec 11, 2014 at 2:29 PM

    Wow terbaik :)

  • Reply Malaysia Tercinta Sep 17, 2015 at 2:11 PM

    Memang bagus konsep hotel ni, pakej asas untuk basic amenities sahaja. Bayar lebih kalau nak extra.

  • Leave a Reply