SEMBANG SANTAI

Seminggu Di Sepang International Circuit

Nov 3, 2014

Seminggu Di Sepang International Circuit | Minggu lepas saya berada di Sepang International Circuit (SIC) selama seminggu.Pengalaman yang cukup menarik dan berharga.Hehe.Balik dari SIC,happy sangat tengok kulit muka sebab dah bertukar warna.Dari putih jadi hitam.Konon perasan dulu putih.Tapi yang pastinya bertukar warna.Sekarang dalam proses nak putihkan balik kulit muka.Nak jugak cantik macam Adira tu.Yang rasa muak dengan statement ni pergi main jauh-jauh walaupun hakikatnya dia pun nak cantik jugak.

Entri kali ni malas sangat nak menulis.Rasa nak berkongsi gambar sahaja walaupun tak banyak.

Dah.Jom layan!

20141025_082242

Gambar-gambar ni semua tak edit noh sebab muka dah hitam legam macam apa dah.Gambar pertama atas ni merupakan gambar team saya.Dari kiri yang tinggi lampai macam muka Shamsul Yusof tu Doktor Hafiz (HUKM),sebelah saya tu Izzanies budak Lincon dan sebelah Izz tu Adam dari Rumah Sakit Angkatan Tentera Kluang.Yang Shamsul Yusof tu,budak-budak ni yang panggil,bukan saya ye.

20141025_082822

Nampak tak tahap kehitaman kami semua tu?Mata pun semua dah sepet.Awal pagi kena masuk trek untuk medical Inspection.Kami semua dah terlebih Vitamin C sebab awal pagi lagi duk berdiri tengah padang tu.Lepas ni kena amik Vitamin C Shaklee pulak kot nak bagi putih balik.Haha

IMG-20141022-WA0010

Banyak anggota perubatan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang meneyrtai team Medical Standby kali ni.Memang syok dan happening sebab dapat kenal ramai orang.Kebanyakkanya berasal dari pantai timur.Jadi tak susah lah nak bercakap sebab loghta timur ni semua boleh masuk.Hehe.

IMG-20141027-WA0008

 

C360_2014-10-22-18-45-57-573

 

Suasana senja dekat Sepang International Circuit.Layan perasaan betul masa ni.Tapi pemandangan dia MasyaAllah cantik sangat.Tapi maklumla tangan tak berapa nak ketar jadi photographer.Macam ni ja la hasilnya.Hehe.

 

 

C360_2014-10-23-07-01-53-703

Atas ni pulak Kak Lee La dari Rumah Sakit Angkatan Tentera Kluang.Dia jugak merupakan roommate saya masa di hotel.Kepoh dan kecoh dia ni.tak lekang mulut duk ketawa dengan dia.Hehe.Tambah pulak dia orang Kedah,lagi syok dengar dia duk bercakap.Hehe

C360_2014-10-23-10-57-41-714

Ni pulak tiket yang saya dapat secara percuma untuk race Motogp ni.Boleh kata sebagai saguhati tambahan dekat kami sebagai Medical Standby.

C360_2014-10-26-07-15-18-353

 

Suasana senja di Sepang International Circuit.

C360_2014-10-26-07-37-45-074

Lagi gambar ahli kumpulan kitorang.Masing-masing satu kepala,Alhamdulillah senang sikit.Hehe.Doktor pulak sempoi kemain.Tak ada stress langsung sepanjang satu kumpulan dengan dia,

C360_2014-10-26-07-38-00-481

Gambar ni guna Apps 360 sebab tu nampak cerah sikit.Haha

C360_2014-10-26-07-38-25-787

 

Trek di Sepang International Circuit.Kali pertama saya masuk dan lihat trek di Sepang ni.Selama ni tengok dalam TV je.Kali ni boleh berjalan atas trek siap.Haha.

Ok dah habis.Tak banyak pun gambar tapi tetap nak kongsi jugak sebab happy.Hehehe

Harapan lepas ni boleh jejak lagi kaki ke sini tahun depan.InsyaAllah! :)

 

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply Farid Laham Nov 4, 2014 at 1:39 AM

    Untunglah dapat joging atas litar sepang… :p

  • Reply Azhafizah Nov 4, 2014 at 4:56 AM

    Pengalaman yang best ni..Fiza pun pernah sekali je ke sini tengok A1 :)

  • Reply akubiomed Nov 4, 2014 at 10:18 PM

    Masuk tahun kedua tidak dapat menonton perlumbaan MotoGP berturut-turut. :(

  • Reply Noriza Rahman Nov 5, 2014 at 12:23 PM

    Amboi2 berkampung kat Litar Sepang, I is jeles sebab masuk FREE pulak tu

  • Reply onlajer Nov 6, 2014 at 2:58 PM

    oh dah lama juga tak pergi sepang nih

  • Reply Zul Nov 11, 2014 at 4:50 PM

    syok ah dpt p litar sepang..dah lama teringin nak meremit di sana…jalan litar sama tak macam jalan tar biasa?

    • Reply admin Nov 14, 2014 at 1:32 PM

      Tak sama.Alhamdulillah rezeki dapat masuk.Jalan tar dia lebih kemas dan licin.

  • Reply Yeen Feb 10, 2015 at 7:06 AM

    Sepang memang semacam kan panas die? dulu penah gi tgk F1, adui tak tahan btol

  • Leave a Reply